Wednesday, September 23, 2009

PUASA ENAM

Sekadar Renungan...




Barangsiapa menanam pokok kerana mengharapkan buahnya,dia akan menyiramnya pada waktu-waktunya. Tanda menyerapnya pohon itu terhadap air ialah daun-daunnya menjadi hijau subur. Apabila telah subur dan berlalu beberapa lama, kemudian terkena panas matahari dan daun-daunnya menjadi kering, nyatalah pokok itu tidak menyerap air. Apabila daunnya tidak kering, malah menghijau, nyatalah pohon itu menyerap air.

Begitu juga dengan keadaan manusia, di dalam bulan Ramadhan mereka berpuasa, mengerjakan solat, membaca Al Quran dan melakukan berbagai-bagai amalan kebaikan dan kebajikan. Iaitu semata-mata mengharapkan diterimanya semua amalan dengan sebab berkatnya bulan Ramadhan. Tanda diterimanya segala amalan itu ialah sesudah bulan Ramadhan dia masih tetap selalu taat dan selalu beribadah.

“Sesungguhnya Allah telah menciptakan tujuh langit dan bumi ini selama enam hari di bulan Syawal. Barangsiapa berpuasa enam hari di bulan Syawal itu, maka Allah mencatat baginya kebaikan sebanyak bilangan makhluk yang telah diciptakan dan menghapuskan semua kejahatannya serta mengangkat pula akan darjatnya.”


Dalil dan kelebihan puasa ini.
Hadis yang diriwayatkan oleh Jabir r.a, Sabda Rasulullah s.a.w :

من صام رمضان ثم أتبعه ستا من شوال فكأنما صام الدهر .
(رواه أحمد )

Maksudnya :
Barang sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan lalu diiringi dengan enam hari daripada bulan Syawal, maka seolah-olah dia telah berpuasa sepanjang masa.


Semoga kita dapat menjadi hamba Allah yang taat, yang dapat memelihara diri dari kemungkaran dan terpimpin menuju keredhaan Allah.

Monday, September 21, 2009

AIDILFITRI TAHUN INI

20.09.2009
الله أكبر الله أكبر الله أكبر لا إله إلا الله والله أكبر الله أكبر ولله الحمد
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.... Ucapan yg sering kali berkumandang setiap kali menyambut 1 Syawal. 1 Syawal, hari kemenangan umat Islam setelah berjaya mengerjakan Rukun Islam yg Ke-3, berpuasa sepanjang Ramadan...
Tahun ni, satu lagi pengalaman baru aku tempuhi... Pengalaman yg x akan aku lupakan. Raya kali ini, banyak linangan air mata yg dapat aku perhatikan pada wajah2 sugul sepupu2 ku... Pak Long lagilah... Dgn keadaan badan yang uzur yg x mampu berjalan... Hanya mengharapkan orang keliling mendukungnya utk menatap wajah terakhir isteri kesayangan... Mood raya langsung x ada taon ni... Memang x rayalah senang cakap... Kehilangan Mak Long pada pagi Syawal ini melenyapkan rasa gembira yang sepatutnya kami rasai setiap kali menjelang Syawal... Pukul 4 pagi, kami sekeluarga menerima panggilan mengatakan Mak Long dah kembali ke Rahmatullah setelah menderita penyakit barah rahim... Allah lebih menyayangi Mak Long.
Raya tahun ini.. Aku hanya ke rumah Mak Long setelah menunaikan solat Sunat Aidilfitri dan menziarahi kubur Tokki, Tok, Tokwan & Tokki Awang... Walaupun Mak Long belum dikebumikan di tanah perkuburan pada pagi tu, tetapi liang lahadnya telah siap digali bersebelahan kubur arwah tok dan tokki. Jenazah Mak Long sampai di rumahnya selepas Zohor. Dibawa oleh van jenazah dari Kubang Kerian. Tempat di mana Mak Long dirawat... Dalam pukul 4 petang, barulah Mak Long disemadikan... Bacaan Talkim menginsafkan aku... terasa kerdilnya diri ini... andai aku di tempat Mak Long, aduhh... tiada bekalan secukupnya nak menghadap Allah S.W.T... Rasa takut mula menyelinap dlm diriku setelah melihat jenazah mak long dibawa masuk ke liang lahad... dikambus dan ditinggalkan seorang diri... Hanya Allah yg tahu perasaan ini....
Apa pun Al-Fatihah utk Mak Long. Semoga tenang di sana. Dipohonkan kepada Allah SWT agar arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan dirahmati... Amin. Sesungguhnya MATI itu Pasti.. HIDUP InsyaAllah...


Saturday, September 19, 2009

MENJELANG RAYA

Ye..Ye.. Esok Hari Raya!!!

Esok confirm RAYA ke??? Yg pasti aku & famili dah habis kerah tenaga hari ini... Start pah sahur sampai petang dok wat persiapan sambut raya... Memang dah jadi rutin setiap tahun tiap kali sambut Syawal... Famili masak apa ya sambut raya??? Dah tentulah makanan WAJIB time RAYA... Apa dia??? Ermmm...lemang semestinya..ketupat nasi??? Of course... Sate??? Dah tentu... Rendang wajib ada coz ada lemang... Apa lagi ya??? Kuah kacang nak makan ngan ketupat lah.... Oppss, ada lagi... Tapai ler... Haa, tulah makanan tradisi keluarga kami tiap kali sambut raya... Tapi yg lain pun ada gak ler... Kek Lapis Sarawak, Kek Oren & Kek Coklat kukus...dah tentu Along buat punyer... Along memang pandai masak... Biskut??? X byk yg buat... byk yg tunjuk2 jer... Kerepek2 pun gerenti adalah.... Wah!!! X sabar nak sambut Syawal sok... Every year,Aku seronok jer sambut Raya sama2 famili aku.. Tulah saat paling bermakna dalam hidupku... Salam Lebaran utk Keluarga yg Kusayangi :0). Kaulah segala2nya... Dunia Akhirat...
My dear Family...

" Inilah dia... Makanan yang x pernah MISS time Raya!!! Kalau x der, mcm x Raya jer ."

" Kuih-muih dan aneka kerepek, biskut & kek utk disantap di Hari Raya esok"

Thursday, September 17, 2009

RAMADAN MELABUHKAN TIRAI, SYAWAL BAKAL MENJELANG

SALAM AIDILFITRI
RAYA AKAN DATANG LAGI!!!!ADAKAH MASIH SAMA SEPERTI MENYAMBUT RAYA YANG LEPAS2 ??


Tinggal 2 hari lagi puasa... Bererti esok malam terakhir solat sunat Tarawih... Dulu masa kecik2.. Akulah manusia paling happy apabila Ramadan berlalu... Maklumlah... Raya Menjelang... Tapi kini...bila usia dah meningkat...pemergian Ramadan membuatkan aku sayu... Adakala terfikir jugak di kepala... Berkesempatan x lagi utk aku menikmati Ramadan akan datang... Bulan yang penuh kerahmatan & keberkatan.... Pohon pada-Mu Tuhanku, Ya Allah semoga masih diberi kesempatan menemui Ramadan Mu akan datang... Sesungguhya Ramadan kali ini memberi pengalaman baru utk ku menyambutnya bersama-sama kedua2 ibu bapaku dan famili tersayang....

Suasana balik kampung dah x dpt nak rasa lagi thn ni... Teringat laks tahun2 yg sudah... Akulah manusia yg paling happy bila nak balik raya... Baju2, kuih-muih dah siap2 packing seminggu sebelum balik... Hanya jasad yg ada di Mersing, sedangkan hati sudah di kampung halaman. Aku jgk akan sibuk downld lagu2 raya sbg teman berhibur sepanjang perjalanan... Seronok apabila kawan2 satu sekolah bersalam-salaman dan x putus2 menasihatkan aku spy berhati2 dlm perjalanan... Hermm.. K.Ani Bukit laks gerenti bekalkan aku seplastik tempe sbg buah tgn utk keluarga di kampung... Rindunya saat tu... Tapi itu semua kenangan. Kalau terlalu bergantung pada kenangan mcm mana aku nak teruskan hidup... Biarlah... Lets bygone be bygone...

Kesempatan ni... Aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kat semua especially my followers, kekawan lama & baru, pengunjung2 blog cheau dan x lupa jgk kat kawan2 Borak-Borak di shoutmix tu.... Maaf Zahir Batin jua kupohon pada kalian. Utk yg nak balik kg... Yg nak drive jauh2... Berhati2 di jalan raya... Utk kawan2 di perantauan jgn sedih2... Kami kat sini akan ingat u all selalu... SALAM AIDILFITRI SEMUA :0)

BUAT BLOGGER DAN KEKAWAN SEKALIAN

Ampun & Maaf Seandainya Aku....

TERkasar bahasa
TERsilap bicara
TERmarah yang tak kena
TERtanya tak tentu hala
TERsasul yang tak sengaja
TERpukul kat mana-mana
TERpekik di telinga
TERhantuk di kepala
TERpinjam harta benda
TERmoody tak semena-mena
TERumpat bila-bila
TERmacam-macam lagi yang kena- mengena...
SEMOGA DIMAAFKAN KERANA U ALL LAH KAWAN I DUNIA AKHIRAT...

"I LUV U ALL"

KHATAM AL - QURAN

MAJLIS KHATAM AL_QURAN & CENDERAHATI KEPADA ANAK2 YATIM




Semalam ada Majlis Khatam Al- Quran di SKRKBB1. Sambutan sederhana tapi yang paling penting MERIAH. X banyak beza jugaklah ngan sambutan kat SKSD dulu.... Sekarang agak2 mcm mana ya sambutan di sana??? Mesti kalau dok siapkan bunga telur tu... Kak Rusni paling rancak... ( X kan luper kenangan dok siapkan pulut kuning ngan bunga telur setiap kali sambut Majlis Khatam Al- Quran kat Sawah Dato').

Ibu Bapa murid jugak, tak ketinggalan hadir ketika majlis ni... Selain drp tu... X lupa jugak kat anak2 yatim... Cenderahati dan Duit Raya jugak turut disumbangkan kepada anak2 yatim ini... Alhamdulillah semuanya berjalan lancar... Yang pasti, di raut wajah mereka jelas tergambar keceriaan & kegembiraan... Selamat Hari Raya Semua :0)

Monday, September 7, 2009

SEMOGA BERJAYA

UPSR 2009

SELAMAT BERJUANG MURID2KU...DALAM MENGHADAPI PEPERANGAN UPSR PADA 8 HINGGA 10 SEPT 2009


Tiada seorang guru yang paling unggul, berkesan dalam mengajar, dan mempunyai sikap yang luhur di permukaan bumi ini, melainkan Nabi Muhammad s.a.w. Tapi walau apa pun sebagai guru, yang pasti Cikgu Ayu dah cuba setakat yang termampu utuk murid2nya.


KAMI WARGA SKRKBB1 sentiasa mendoakan moga kalian semua berjaya menawan seberapa banyak A, sebagai hadiah kepada kami yang sememangnya sentiasa mengharapkan semua yang kami lakukan selama ini berbaloi.Kami yakin dan percaya tiada yang mustahil dalam mencipta kejayaan. Kita telah berusaha... Yakinlah USAHA + TAWAKAL = KEJAYAAN


Kami sentiasa Mendoakan Kecemerlangan ANDA... InsyaAllah

mY MEmoRieS


Ingatan Untuk Mu... Ingatan Untuk ku

Ingatan Untuk Mu... Ingatan Untuk ku