Sunday, December 25, 2011

RAHSIA HATI

What Is In Your Heart???


Alihkan matamu ke laut, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan, tetapi hanya Allah sahaja tahu rahsia di dalamnya, begitulah dengan kehidupan manusia, riang ketawa.. tetapi hanya Allah yang tahu rahsia kehidupannya, jika kau kecewa, maka pandanglah sungai.. airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu menghalang, jika kau merasa sedih pandanglah ke langit, kau akan sedar bahawa Allah sentiasa bersamamu..

Namun ketahuilah di sebalik rasa sedih ini,sebenarnya Allah bakal memberikan kegembiraan kepada kita dan di sebalik kekecewaan itu Allah bakal memberikan harapan yang lebih baik kepada kita,kerana kesedihan dan kekecewaan tak bermaksud kasih sayang Allah telah padam untuk kehidupan kita.Bahkan terus bersama kita.Cuma bagaimana kita cuba untuk menerima ketentuan dan memahami kehendak hidup ini..

Friday, December 23, 2011

DUNIA

Apa Itu Dunia???


Dunia itu hanyalah 3 hari....

1. Hari Yang Telah Berlalu
    ~ Maka tidak ada lagi kesempatan di tanganmu... Dari hari tersebut

2. Hari Esok
   ~ Hari yang tidak dapat mengetahuinya , entahkan dapat menemuinya atau tidak...

3. Hari Ini
  ~ Hari pada saat kamu berada di dalamnya

***Oleh itu, pergunakanlah "hari" dengan sebaik-baik mungkin ^_^***



 MENGAPA BEGITU???

Tak usahlah sebut pasal cinta, jika anda tidak sebenar-benarnya mengambil kisah...

Tak usahlah bercakap tentang perasaan, jika ia tidak berada di hati anda...

Tak usahlah menunjuk ke dada, jika anda berhasrat melukakan hati pasangan anda...

Tak usahlah sebut cinta abadi, jika ada di hati anda untuk berpisah...

Tak usahlah memandang anak matanya, jika anda berbohong kepadanya...

Tak usahlah sebut helo, jika kelak anda akan mengucapkan selamat tinggal...

Tak usahlah katakan dia satu-satunya, jika ada orang lain di sisi...

Tak usahlah kunci hatinya, jika anda tiada anak kunci untuk membukanya kelak.



Tuesday, December 20, 2011

RAPUH

Ruang Kemaafan




Detik waktu terus berjalan
Berhias gelap dan terang
Suka dan duka tangis dan tawa
Sergores bagai lukisan

Seribu mimpi berjuta sepi
Hadir bagai teman sejati
Di antara lelahnya jiwa
Dalam resah dan air mata
Ku persembahkan kepadaMu
Yang terindah dalam hidup

Meski ku rapuh dalam langkah
Kadang tak setia kepadaMu
Namun cinta dalam jiwa
Hanyalah padaMu

Maafkanlah bila hati
Tak sempurna mencintaiMu
Dalam dadaku harap hanya
DiriMu yang bertahta

Detik waktu terus berlalu
Semua berakhir padaMu



Sunday, December 18, 2011

JODOH

Jangan Mencari Terlalu Sempurna...


Jika kamu memancing ikan... Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu... Jangan sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu sahaja... kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.


Begitulah juga...

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang... Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya... Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja... Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatimu.

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh... Cukuplah sekadar keperluanmu... Apabila sekali ia retak... Tentu sukar kamu menampalnya semula... Akhirnya ia dibuang...Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi.

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya... Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa... Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya... Akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.

Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya... Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... Yang kamu pasti baik untuk dirimu... Mengenyangkan... Berkhasiat... Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain... Terlalu ingin mengejar kelazatan... Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya... Kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan... Yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu... MENYAYANGIMU... MENGASIHIMU... Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain...

Terlalu mengejar kesempurnaan... Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia berlalu... Kamu juga yang akan MENYESAL...


Saturday, December 17, 2011

PENANTIAN YANG ABADI

Sabarlah Duhai Hati...

Kesabaran manusia ada batas nya... Seberapa maksimum dari kata sabar untuk ku lewati?? Ibnul Qayyim rahimahullah menerangkan bahwa bersabar adalah menahan hati dan lisan dari berkeluh kesah serta menahan anggota badan dari perilaku emosional. Dengan kata lain, dengan kita belajar menjadi peribadi yang pendiam insyaAllah sangatlah membantu untuk membentuk diri menjadi jiwa yang penyabar.

Yang disebut sabar adalah di awal musibah, bukan di akhir musibah; setelah lisan mengeluh dan bersikap emosional sebagai tanda tidak redha.

“Yang... namanya sabar seharusnya dimulai ketika awal ditimpa musibah.” (HR. Bukhari no. 1283).

Tidak perlu mengeluh atas musibah, tahanlah lisan dan anggota badan lainnya dari banyak mengeluh dan merasa tidak suka. Sesungguhnya ada kemudahan di sebalik kesulitan. Yakinlah bahwa di balik setiap kesulitan pasti ada kemudahan. Di balik kesulitan pasti ada jalan keluar.

Allah Ta’ala berfirman :
“Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.” (QS. Alam Nasyroh: 5)



Dalam musafir ini….
Tercari-cari aku akan hakikat sebenarnya cinta…
Ke mana akan ku bawa hati ini…
Adakah kepada manusia atau buatMU, TUHAN yang esa

Musafir ini aku tidak pasti bilakah penghujungnya…
Penghujung yang bukan selamanya…
Hanya sekadar di dunia…
Menanti pengakhiran hidup
Menuju alam yang abadi akhirat sana…

Tuesday, December 13, 2011

SELAMAT KEMBALI KE DARUL IMAN

Daulat Tuanku...

Selamat kembali ke "Negeri Cantik.. Budaya Menarik"...
Kami menanti keberangkatan pulang Tuanku dan Permaisuri

Yang di-Pertuan Agong ke-13, Tuanku Mizan Zainal Abidin telah berangkat pulang ke Terengganu semalam, meninggalkan tempoh lima tahun pemerintahan negara yang gilang-gemilang dan keperihatinan yang tinggi terhadap kesejahteraan negara dan rakyat... ( 13 Disember 2006 ~ 12 Disember 2011 )

" Menjunjung Kasih, Tuanku"

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah telah diputerakan pada 22 Januari 1962 bersamaan 15 Syaaban 1381 Hijrah di Istana Al-Muktafi, Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong adalah putera sulung daripada tujuh bersaudara. Pada 28 Mac 1996 Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah selamat diijabkabulkan dengan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah . Pada masa berkenaan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong adalah Yang Dipertuan Muda Terengganu. Perkahwinan bahagia Baginda bertambah lengkap apabila dikurniakan empat orang cahaya mata, dua orang Puteri dan dua orang Putera iaitu Yang Amat Mulia Tengku Nadhirah Zahrah, (diputerakan pada 18 Disember 1996), Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Terengganu, Tengku Muhammad Ismail, (diputerakan pada 1 Mac 1998), Yang Amat Mulia Tengku Muhammad Mua’az, (diputerakan pada 22 Disember 2000) dan Yang Amat Mulia Tengku Fatimatuz Zahra’, (diputerakan pada 19 April 2002).

 

Rotan saga banyak di hulu...
Diikat raga di bawah persada...
Walau apapun akan berlaku...
Rakyat dan Raja berpisah tiada...

Sunday, December 11, 2011

MUSLIM SHARING

JOM KONGSI...


Panduan ini dikirim oleh rakan-rakan di laman FB dan saya sekadar ingin berkongsi dengan teman-teman sekelian. Semoga ianya memberi kemanfaatan pada kita semua……amiiin

 
Dikatakan :-

۞ Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT.

۞ Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.

۞ Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.

۞ Surah Al-Waqi’ah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.

۞ Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur.

۞ Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan.

۞ Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.

۞ Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.

۞ Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.

۞ Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was.
 
 
Seterusnya, bagi menangani Syaitan Durjana, dikatakan juga:-

۞ Ketika anda membawa AL-QURAN, respon syaitan ialah biasa saja, tengok je...

۞ Ketika anda membukanya, syaitan mula curiga.

۞ Ketika anda membacanya, syaitan mula gelisah.

۞ Ketika anda memahaminya, dia mula kejang.

۞ Ketika anda mengamalkan AL-QURAN, dalam kehidupan setiap hari, dia stroke....


Teruskan membaca AL-QURAN dan mengamalkannya agar syaitan terus stroke.

۞ Ketika anda ingin menyebarkan pesanan ini, syaitan pun mencegahnya.

۞ Syaitan kata, 'JANGAN SEBARKANNYA, KERANA IA TIDAK PENTING LANGSUNG!'
 

~Sebar-sebarkan info ini Wahai SaudaraKu~
 

Saturday, December 10, 2011

ALHAMDULILLAH...

Selamat Bertunang Kak Mie ^_^


10 Disember 2011...
Semoga jodoh ini kekal menuju ke gerbang perkahwinan..

Keputusan untuk mengikat tali pertunangan adalah satu keputusan bersama bukan keputusan individu dalam perhubungan itu. Ianya mestilah lahir daripada rasa kepercayaan dan cinta yang abadi pada pasangan dan bukannya kerana rasa terpaksa atau untuk tidak melukakan hati seseorng.. Tidak guna kita mengorbankan diri dan perasaan kita hanya kerana itu.. kerana seseorng itu boleh mengetahui apa yg kita mahukan dan sesungguhnya perkara itu akan lebih melukakan hati dan perasaan seseorng itu apabila ianya tidak menjadi seperti apa yg kita rancangkan setelah ikatan pertunangan itu terjalin…

Pertunangan adalah sesuatu perkara adat dalam memberi tanda bahawa sepasang lelaki dan perempuan itu telah diiktiraf perhubungan mereka oleh keluarga masing-masing berdasarkan perhubungan yang dibina oleh lelaki dan perempuan itu atas rasa Kasih, Sayang, Keutamaan, Tanggungjawab dan Simpati sebelum ini. Bukannya membenarkan ikatan itu melangkau erti perkahwinan tetapi adalah asas dalam pembentukan persefahaman dalam erti perkahwinan yang bakal dilayari…

Doaku untuk Kak Mie semoga perhubungan ini senantiasa di dalam lindungan Allah... Jika keputusan pertunangan ini sememangnya diambil dengan keikhlasan sepenuh hati, layarinya dengan penuh tanggungjawab dan menjagai maruah kedua2 pihak dan keluarga… Setiap permasalahan yang timbul dalam tempoh ini anggaplah sebagai cabaran untuk diselesaikan dengan sebaik mungkin kerana itu adalah ujian untuk ikatan perkahwinan yang akan dilayari… Sesungguhnya setiap perkara itu ada penyelesaiannya...


Pertunangan itu adalah kunci kepada alam perkahwinan, pengiktirafan kepada perhubungan yang dibina…..

Wednesday, November 30, 2011

HITAM PUTIH KEHIDUPAN

Special Dedicated To My Beloved Friend...
(07042009)




Lihatlah sekitar alam
Dunia luas terbentang
Langit tinggi kebiruan
Pohon-pohon kehijauan
Hembusan bayu yang menyegarkan

Dengarkan di sana-sini
Beburung riang menyanyi
Berbunga aneka warna
Sumber kedamaian jiwa
Mensyukuri nikmat Maha Esa

Begitu berharga kehidupan ini
Bagi mereka yang tahu menghargai
Mengapa terdorong oleh perasaan
Kalau turutkan hati diri menjadi korban

Tiada yang dapat lari dari masalah diri
Hadapi lah dengan tenang
Tiap cabaran yang datang
Atasinya dengan keimanan

Sekadar buat renungan
Untukmu teman tersayang
Hitam putih masa depan
Sendirian menentukan
Hidup ini usah persiakan

Friday, November 25, 2011

SOMBONG BERTEMPAT

~ JOM KONGSI~

Untuk Hawa

Apabila lelaki mengatakan diri mu seorang yang sombong, itu lebih baik kerana itu menandakan diri mu, sukar untuk di dekati dan kamu telah berusaha untuk menjaga diri mu dan dirinya jua.

Untuk Adam

Mereka sombong kerana mereka ingin menjaga pergaulan mereka, dan mereka berusaha untuk menghindari dirinya serta diri mu bergelumang dengan dosa. Bersyukurlah kerana dia, anda terselamat dari melakukan dosa. Hormatilah keputusan mereka dan jagalah mereka mengikut peraturan yang telah di tetapkan di dalam ISLAM.

Tuesday, November 22, 2011

WE ARE THE CHAMPION ^_^

Love U Malaysia




Malaysia Boleh!!!Tahniah skuad bimbingan Ong Kim Swee. Kemenangan ke atas Sang Garuda di Stadium Utama Gelora Bung Karno membuktikan ngauman Harimau Muda adalah yang terhebat di Asia Tenggara. Kemenangan Sang Harimau pada temasya Sukan Sea XXVI meranapkan ego peminat fanatik  Indonesia... Sesungguhnya menang di tempat lawan dikelilingi lautan penyokong Indonesia bukanlah sesuatu yang mudah. Tahniah Malaysia !!! Tahniah kepada jurulatih dan pemain-pemain skuad Harimau Muda.. Kejayaan anda kebanggaan Malaysia :)

Monday, November 21, 2011

SELAMAT PENGANTIN BARU SAHABATKU...

My dEar TweeTy " Nani"


20112011....

Selamat pengantin baru sahabatku..
Semoga Allah memberkahi kalian berdua dan menyatukan kalian berdua pada kebaikan...

Bernama perkahwinan itu
Adalah ikatan setia murni
bertapak pada nawaitu suci
berdiri atas kasih tulus
berpaut di puncak munajat
bernaung di persada kerukunan
demi keharmonian hakiki
kebahagiaan abadi

Di bahu kalian sebenarnya
Terbeban amanah
pikullah dengan tabah & gagah

Di tangan kalian sebenarnya
Tergenggam kewajipan
corakkan dengan cermat & nikmat

Di jiwa kalian sebenarnya
Terkandung harapan
hiasi dengan kecerdikan & kecantikan

Kelak akan kalian rasai
senang & tenang rohani
iman & aman nurani

 
"Semoga jodoh berkekalan
bahagia berpanjangan
dirahmati & diberkati Tuhan!"
- KanvasKarya

Thursday, November 17, 2011

TAHNIAH SKFSR... UPSR 2011

Terima Kasih ^_^



"16 bintang SKFSR 2011"


17 November 2011...
Result UPSR diumumkan... Thn ni pengalaman pertama ke PPD untuk ambil keputusan UPSR.. Berkumpul di bilik mesyuarat bersama-sama penyelaras sekolah2 daerah Dungun cukup mendebarkan... Gigil menantikan sampul keputusan diserahkan...Alhamdulillah.. Bila buka sampul tu.. Terukir jugak senyuman...

Syukur Alhamdulillah kupanjatkan kepada Illahi... Target sekolah tercapai juga.. Ucapan terima kasih kepada team UPSR 2011... Tanpa kalian.. Mustahil untuk mengecapi kejayaan ini.. Tahniah!!! Berkat usaha dan doa.. Kita berjaya... Tak dilupakan kepada ibu bapa dan penjaga anak2 didik SKFSR serta guru2 SKFSR yang menyokong dan menyumbangkan tenaga sepanjang mendidik ank2 Seri Rasau... Ucapan TERIMA KASIH dan TAHNIAH sekali lagi untuk TEAM UPSR 2011...

( Cg. Noriada, Sir Engku Muzaffar, Cg.Suria, Cg.Kamal, GB, Sir Najme, Cg.Maznah, Cg.Noora, Sir Azuan, Sir Azrul & Cg.Zainudin )

Untuk anak2 murid yang cikgu sayangi.. Terima kasih ngan usaha yang bersungguh-sungguh... Tahniah untuk kalian... Semoga kejayaan akan beterusan dan tidak terhenti di sini... Best of Luck ^_^

Tuesday, November 1, 2011

SURAH AL-KHAUSAR

JOM KONGSI ...


Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan ber...maksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.

Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.


Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya'allah hilang dahaga.

 
3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

 
4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

 
5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.




Friday, October 28, 2011

PETEH TERENGGANU PETEH

"Selamat Berjuang"


Bahang Piala Malaysia semakin terasa... 29 Oktober 2011 akan mencatatkan 1 lagi sejarah "SIAPAKAH YANG AKAN MENGUNGGULI TROFI BERPRESTIJ PIALA MALAYSIA 2011?"




TEMBOK Kota Bharu telah diruntuhkan, benteng Shah Alam sudah dipecahkan. Kini '11 Tentera Putih' kendalian Irfan Bakti sedia merobohkan kubu Seremban dalam misi membawa pulang Piala Malaysia ke bumi Kuala Terengganu. Semangat pasukan penyu berada di kemuncak untuk bawa pulang Piala Malaysia dengan menewaskan Negeri Sembilan di perlawanan akhir piala berprestij itu.


Sebagai penyokong setia pasukan Terengganu.. dah tentu aku mendoakan kejayaan pasukan Terengganu.... Menang atau kalah adat permainan... Semua boleh berlaku... Yang penting semangat berjuang itu ada... Semoga kejayaan milik kita...Untuk adikku, kawan2, jiran2 dan semua penyokong Skuad Peteh Terengganu Peteh... Berhati-hatilah sepanjang perjalanan ke Stadium Shah Alam.. Semoga selamat pergi dan selamat kembali...


All The Best...
Sebelum tu meh kita pakat tengok makna di sebalik SLOGAN Pasukan Terengganu ini...

Peteh bermakna menewaskan pasukan lawan.

Nelang bermaksud tidak takut kepada mana-mana pasukan baik pasukan besar, gagah, kecil atau tinggi akan terus melawan sampai habis. Bukan bermakna bekeng atau garang.



"PETEH GANU PETEH" ... Semoga Berjaya

AL-QURAN... Kalamullah

LUAHAN AL-QURAN




Waktu engkau masih kanak2...
Kau laksana kawan sejatiku
Dengan wudu'...
Aku kau sentuh dalam keadaan suci,
Aku kau pegang
Aku kau junjung dan kau pelajari
Aku engkau baca dengan suara lirih atau pun keras setiap hari
Setelah selesai engkau menciumku mesra.

Sekarang engkau telah dewasa.....
Nampaknya kau sudah tak berminat lagi padaku....
Apakah Aku bahan bacaan usang yang tinggal sejarah...?
Menurutmu mungkin aku bahan bacaan yang tidajk menambah pengetahuanmu...
Atau, menurutmu aku hanya untuk anak kecil yang belajar mengaji.....

Sekarang, Aku tersimpan rapi sekali sehingga engkau lupa di mana Aku tersimpan...
Aku sudah engkau anggap hanya sebagai pengisi setormu....

Saturday, January 22, 2011

BAGAIMANA MENGHADAPI KRITIKAN

Kritik Mengkritik...




Kritikan biasanya negatif semata-mata untuk menegur kesalahan anda. Ada juga kritikan dibuat untuk menjatuhkan anda. Dalam situasi lain, seseorang mengkritik anda dengan kata-kata kesat semata-mata untuk memalukan anda di khalayak ramai. Jika anda dikritik, apa yang sepatutnya dibuat supaya anda kekal bermotivasi? Berikut adalah 3 langkah bagaimana untuk memberi respon positif terhadap kritikan - kritikan negatif.

1.Maafkan Si Pengkritik Dan Maafkan Kata-katanya.

Kemaafaan adalah cara paling penting untuk membuat anda bersemangat pada tahap tinggi walaupun di kritik hebat. Lupakan kata-kata yang mengkritik anda, ambil ia sebagai satu pengajaran sahaja. Jadikan kritikan sebagai cara anda mempelajari sesuatu. Katakan itu bukan kritikan, tapi cara untuk mengajar anda membuat perkara yang betul. Maafkan si pengkritik. Menyimpan rasa marah terhadapnya hanya akan membuat anda tidak bermotivasi.

2.Diam Dan Tenang Ketika Di Kritik.

Jangan berpeluk tubuh ketika di kritik. Pamerkan air muka tenang, walaupun ketika itu hati anda membara, panas sebab dikritik dan telinga anda pedas mendengar suara si pengkritik.Turunkan ego anda. Pakai mindset belajar dari kehidupan sepanjang masa untuk menjadi insan lebih baik. Untuk anda kekal bermotivasi, anda juga perlu berfikiran positif dan bersangka baik sepanjang masa. Anggap kritikan adalah salah satu cara untuk memberitahu anda bahawa tindakan anda salah, sehingga tidak memenuhi sesetengah 'standard'. Bertekadlah untuk membuat yang lebih baik di lain kali sekiranya anda mempunyai peluang.

3.Sembunyikan kehebatan,Pamerkan Kesanggupan Untuk Berubah & Perbaiki Diri.

Sehebat manapun anda, elak untuk merasa riak atau merasa diri anda lebih bagus dari orang lain. Sembunyikan kehebatan. Pamerkan kesanggupan memajukan diri melalui perubahan berterusan. Bentuk diri anda agar menjadi semakin baik dari sehari ke sehari! Pelajari cara yang betul, kemudian lakukanlah. Jangan memajukan diri semata-mata mahu mengalahkan si pengkritik sebaliknya majukanlah diri supaya anda berpuas hati dengan apa yang anda berjaya capai. Dengan itu, anda akan bersemangat mencapai satu tahap pencapaian yang lebih tinggi. Jika anda mahu berjaya semata-mata kerana mahu kalahkan si pengkritik, anda hanya akan kecewa apabila dia semakin maju. Lantas anda tidak akan bersemangat disebabkan oleh rasa iri hati, dengki dan tidak berpuas hati dengan kemajuannya. Cara terbaik yang dapat dilakukan adalah menyembunyikan kehebatan dan pamerkan kesanggupan untuk terus berubah dan memperbaiki diri. Setkan matlamat untuk diri sendiri kemudian capai matlamat itu!

Ingatlah bahawa Mindset persaingan membunuh semangat, manakala mindset yang berusaha mencapai matlamat akan menyuburkan lagi semangat. Dengan ini, anda akan sentiasa bermotivasi!

Friday, January 21, 2011

KESEMBUHAN ITU MILIK ALLAH

ALLAHUAKBAR....

Sesungguhnya kesembuhan itu milik Allah. Kata-kata yang telah dijadikan perangsang bagi memotivasikan diri sendiri dan insan lain yang sedang sakit dalam menghadapi keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan. Begitulah antara ujian kecil berupa penyakit yang dihidapi oleh kebanyakan insan yang telah dipilih oleh Allah sebagai bukti kasih sayang-Nya, kafarah dosa dari-Nya, dan peningkatan darjat hambaNya.
Sesungguhnya penyakit yang diturunkan oleh Allah banyak menguji ketahanan fizikal dan mental, kerana tempoh tersebut merupakan titik tolak ke arah kesedaran bahawa kematian akan mengejar kita bila-bila masa sama ada bersedia atau tidak. Sama ada kita bersedia atau tidak, bertaubat atau belum bertaubat, ajal itu pasti akan datang, cuma waktu dan ketikanya sahaja tidak diketahui. Cuma persoalannya, adakah kita telah bersedia dengan bekalan-bekalan yang disediakan? Adakah cukup bekalan yang disediakan? Bagaimanakah keadaan kita semasa dalam alam kubur? Bernasib baik atau sebaliknya?

"Di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (bila sampai ajal), sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh." [al-Nisaa' 4:78]

Apabila kita bergantung sepenuhnya kepada Allah, menyerahkan segala-segalanya kepada Dia, berdoa bersungguh-sungguhnya kepada-Nya, Sesungguhnya Dia yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, akan mengabulkan dan memperkenankan doa kita. Berusaha, berdoa,berserah, bertawakal itulah tanda pergantungan seorang hamba kepada Tuhannya.
"Hai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan kepada Allah dengan sabar dan solat. Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar." [Al-Baqarah, 2:153]
Segala masalah penyakit, rujuklah kepada Allah. Daripada-Nya datang segala kebaikan, dan kejahatan juga tidak berlaku dengan izin Allah. Kita perlu berikhtiar, berusaha dan doa-doa kita yang dimakbulkan dan ada juga yang Allah tangguhkan tetapi semuanya perlu dilakukan dengan hati yang ikhlas.
Kuasa penyembuhan semuanya dari Allah. Kita sebagai hamba-Nya perlu redha dengan apa yang ditetapkan kerana setiap apa yang diturunkan kepada kita adalah ujian, sama ada kita dapat redha menerima atau tidak, semuanya untuk meningkatkan darjat kita di samping membersihkan dosa-dosa yang dilakukan.
Tidakkah semua ini adalah rezeki dari Allah, dimana Dia sering memberi perhatian kepada kita, tidakkah ini akan membuatkan kita sentiasa ingat pada-Nya? Anggaplah suatu penyakit itu sesuatu yang positif kerana jika kita redha dengan suatu ujian, Allah akan melipat gandakan pahala kita. Redhalah dengan ujian yang kecil ini kerana ujian itu adalah hadiah dan cinta dari Allah. Bersabarlah dengan penyakit yang menimpa ini dan yakin akan sembuh kerana sesungguhnya kesembuhan itu milik-Nya, tiada apa yang kita cari melainkan dalam kembara hidup ini selain memburu cinta dan rindu-Nya.

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta." [Al-Ankabut, 29:2-3]

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." [Al-Imran, 3:139]

Sesungguhnya Dialah yang mencipta perasaan cinta dan rindu itu. Semoga Dia yang sangat kita cintai dan kita rindui akan tetap terpahat kukuh dalam jiwa dan sanubari kita.

Wallahua'lam.

Friday, January 14, 2011

KENAPA AKU MASIH SOLO???

Discover The Beauty Of Islam

Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk keseberang. Kalau panjang jambatannya, jauhlah perjalanan kita. Ada orang jodohnya cepat sebab jambatannya singkat.Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa-apa kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda dalam doa-doa lewat solat. Allah itu Maha Mendengar.Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Yakinlah pada janji-Nya kerana kita orang yang beriman.Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr. Right dan biar seorang diri daripada menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti. Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar-benar mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga datang bersama masalah.
Kita juga selalu melihat orang memandu kereta mewah dan terdetiklah dihati kita, alangkah bahagianya orang itu. Hakikatnya, apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah, kita ditimpa pelbagai karenah.Tidak mustahil pula orang yang memandu kereta mewah terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan. Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh dihadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang motosikal itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta. Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan.

Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda pasti ada baik dan buruknya. Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebagai saluran yang betul untuk melepaskan syahwat tapi ramai juga orang yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus. Ramai orang menempah neraka sebaik melangkahkan kaki kealam berumahtangga. Bukankah dangan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut bertambah? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka? Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asal impian menjadi nyata? Jika tidak sanggup bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu bergelar ibu ayah, belajarlah dulu. Jika belum bersedia untuk bersabar dengan karenah anak-anak, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi setelah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik. Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar-benar mengerti segala tuntutannya. Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus-putus bagi yang menjadikannya gelanggang untuk menjadikan syurga sebagai matlamat.

Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan bagi yang mengetahui rahsia-rahsianya. Berkahwinlah demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong-lorongnya agar jemputan itu mudah sampai. Kadangkala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya, kemana menghilangnya sinar. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi. Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi ada imbas kembali. Hati remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada. Kekayaan yang paling kaya adalah akal, kemiskinan yang paling besar adalah jahil, keburukan yang paling hodoh adalah sesat. Tidak berguna adanya mata andai tidak dapat melihat, tak guna adanya hati kalau tak tahu menilai. Nilailah hati itu dengan teliti sebelum pergi mengundur diri kerana segalanya bermula dengan niat yang bertempat di hati.

Tips: Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.

Tips: Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.

Tips: Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.

mY MEmoRieS


Ingatan Untuk Mu... Ingatan Untuk ku

Ingatan Untuk Mu... Ingatan Untuk ku