
& My Beloved Friends...
Stay The Same
Luv' this song a lot...
Joey McIntyre
STAY THE SAME
If you've got something to say,
Reach down inside.
TRUST NO1??? TRUST nobody or TRUST is number one???May ALLAH bless us...




INTERMEDIATE
EXPERT

Hari ini aku bertolak awal pagi ke sana. Seronok jugak berada di jalan raya waktu2 begini. Best memandu. X sibuk. Udara pun nyaman. X perlu pasang pendingin udara. Ini merupakan kali ke 3 aku ke sini. Kembali lagi....Sampai di sana... Fuhhh.. Mana nak park kereta??? Dah penuh... Rasa dtg dah awal.. Agaknya nak bertolak kul berapalah baru tak penuh parking ni ya...
Siapalah pencipta alat ni ya???. Angkut pesakit silih berganti ke Dewan Pembedahan.. Banyak jasanya ....
Pada suatu malam bertepatan malam Jumaat Salih Al Mazi pergi ke Masjid jamik untuk mengerjakan solat subuh. Kebiasaannya ia berangkat awal sebelum masuk waktu subuh dan melalui sebuah pekuburan. Di situ Salih duduk sekejap sambil membaca apa-apa yang boleh mendatangkan pahala bagi ahli kubur memandangkan waktu subuh masih lama lagi. Tiba-tiba dia tertidur dan bermimpi melihat ahli-ahli kubur keluar beramai-ramai dari kubur masing-masing. Mereka duduk dalam kumpulan-kumpulan sambil berbual-bual sesama mereka.
Mama dan Papa sedang menonton TV, seraya mama berkata. " I letih la..dah lewat ni, I nak tido lah....". Mama pun pegi dapur nak tutup tingkap dapur, nanti masuk pulak lipas... Leceh pulak nanti.. Dah tu, ade pulak rice cooker dalam sink... Rendam lepas makan tadi... Basuh jap... Susun pinggan kat rak, lap dapur...terpercik kena sambal masa masak tadi...Check air panas dalam flusk..,takut habis pulak nanti.. Yalah malam anak nak susu...Ermm memang dah kering pun flusk ni, jerang la air... Sementara tunggu air masak, nampak pulak bekas gula dah kosong....Salin la gula... Check bubur untuk anak nak hantar ke taska esok.. Nasib baik ade lagi... Ishh...ni lauk bila ni, semalam...dah beku dah...,basuh la kejap....Pegi yard, masukkan baju kotor dalam mesin basuh...penat dah ni..., Hermm besok je la basuh... Sidai kaian lap je lah..Tik...bunyi air dah masak... Salin air dalam flusk...ok. Settle... Baru teringat tak semayang lagi... On da way nak g bilik, papa tgk tv lagi... Nampak pulak beg anak untuk hantar ke taska... Check...baju 2 pasang, towel...towel kecik utk selsama...calamine lotion, untuk sapu ruam...pampers 4 keping.... Alamak...!!! .Terlupa pulak masukkan botol...basuh botol jap...ok settle.... Ternampak pulak beg g keje...emm.. besok nak pakai beg polo coklat lah, asik2 pakai beg hitam ni je...salin jap barang2 ...cek sume 6 poket beg, takut la tetinggal apa2.. Leceh pulak..selalunya barang yang tertinggal tu la yang nak pakai nanti...hishhh sempit la beg ni...hangin je...nak kena beli ni beg baru...rasenya 25 hb ni Sogo sale nih...mana flyers tadi ek.. Ha ni die..ok, catit jap kat yellow sticker, nanti lupa..ok! settle...
So?....apa yang peliknya..?? Anda tahu kenapa wanita hidup lebih lama?...SEBAB ADE BANYAK KERJA NAK KENA BUAT....tu yang tak boleh nak mati cepat tu...

" Milik Kami - Pasukan Rumah Hijau"
" Wajah ceria anak2 SKRKBB1 sebelum acara bermula"

"GPK Koko & GPK 1 melepaskan peserta Merentas Desa"

" Hadiah2 yg disediakan utk pemenag2"

" Cikgu Wan menyampaikan hadiah kepada pemenang cilik - Sukaneka Pra"
" Acara Merentas Desa Bermula"
" Jom Makan Roti + Ais krim "

" Post istimewa dr Kaum Hawa SKRKBB1"
Langkah-langkah:
Ingat kembali apa yang telah berlaku.
Mengakui semua perasaan yang anda alami. Selalunya di sebalik rasa terluka atau sedih terdapat perasaan marah.
Luahkan perasaan anda dengan menulisnya, mengadu kepada kawan atau membiarkan diri anda melalui apa yang anda rasa.
Bertanggungjawab terhadap emosi-emosi anda sendiri. Walaupun anda berasa bersalah, anda mempunyai alasan-alasan sendiri terhadap emosi-emosi yang dialami. Terserah kepada anda untuk memutuskan bila masanya anda bersedia untuk berhenti daripada berasa marah atau tersinggung.
Beritahu kepada orang berkenaan mengenai kelakuannya yang telah menyinggung perasaan anda. Anehnya ialah anda tidak akan berasa benar-benar bersedia untuk memaafkannya sehinggalah anda tahu yang orang berkenaan telah mendengar dan memahami apa yang anda luahkan.
Cuba memahami pandangan orang lain, walaupun anda tidak benar-benar bersetuju dengannya.
Bina semula kepercayaan dalam perhubungan. Kenalpasi mengenai sikap atau perlakuan yang boleh diterima pada masa akan datang, apabila tiba masanya.
Buat keputusan untuk memaafkan, dan ucapkan kemaafan anda kepada orang berkenaan. Apabila anda telah melakukannya, berusahalah untuk meneruskan perhubungan dan melupakan sama sekali perkara tersebut.
Petua-petua:

Begitu indah & luhurnya apa yg telah Allah tetapkan di dlm al-Quran. Sesungguhnya Allah Maha Adil & Mengetahui apa yg ada di dlm hati naluri seseorang. Kita kena sentiasa ingat, apa jua yg dibuat oleh anak walaupun kecil diberi pahala oleh Allah. Hinggakan Rasulullah s.a.w bersabda " Seorang anak yg memandang muka ibu bapa pun satu ibadat". Belum lg tindakan yg lain seperti menjaga ibi bapa, memberikan kasih sayang, layanan yg baik, beri duit & merawatnya semua dijanjikan Allah dgn pahala. Seperti yg dijelaskan dlm Riwayat at-Tabrani ; " Berbaktilah kamu kpd ibu bapa kamu agar anak2mu kelak akan berbakti kepadamu".
"Ok lagi mtr ni... Jaga elok2 ya Pak...."
Ni laks aku beli tahun 2005. Kelisa SE. TAK 6527. Ngan keta minilah aku berulang Mersing - Paka. Ngan si comel ni jgk aku round2 Johor. Ngan si kecik ni jgk aku angkut budak2 sekolah ke mana2 tempat yg diarahkan oleh pihak sekolah... Byk kenangan ngan keta ni. Ada suka..ada duka... Skrg ni ntah jd milik saper ntah... Dah menetap di Mersing keta aku ni. Kata kwn2 ku kat sana..Keta aku ni dah dimiliki oleh seseorang. Tapi x taulah saper... Terkenang2 jgk ngan si Kelisa ni. Tapi yalah...dah jd milik org. Apasal lah aku jual??? Kalau x bleh jgk aku bwk keta ni ke sekolah br aku ni... Rasa2nya mampu lg nak byr keta ni kalau x jual... Tapi... Hemmm...Dah berlalu... Ngan keta ni, aku 2X xcdnt. Kali pertama kat depan RHB Bank kat Dungun tu... Kat traffic light. Zrrrpppp... mtr langgar aku. aduh...skt tul. Lg sakit bila mamat tu langgar lari... Kali kedua thn lepas. Kat Pekan. Blk kg nak sambut puasa. Mtr jgk. Ni gara2 keta depan aku break emergency. Aku sempat break.. tapi mtr belakang aku??? Kena lg. Tapi kali ni teruk ler... Kasihan mamat berdua tu... Tergolek kat tgh jln. Nasib x kena gilis dek bas kat belakang. Bwk g klinik...Syukur x patah ank org... Kasihan jgk kat TAK aku. Huhuhu... Sakitnyer sampai aku pun tumpang rasa. Cian nyer keta aku time tu...
" Aku dan Kelisa ku "
Ni keta terkini aku. Aku beli bln 8 thn 2008. Keta raya... Aku beli keta ni tanpa dirancang. Seminggu sebelum poser, aku jalan2 ngan Aida, housemate aku... Konon nak g psr raya beli bawang. Sekali ntah cam mana kaki kami melangkah ke bilik jualan ProDua. Aku tetiba laks tertarik kat keta ni. MyVi SE. Dok uji pandu... Dok silau2... Tup2 aku tertempah ler keta ni... X rancang pun... Hehehe... Ngan keta ni pun aku xcdnt gak. Tapi kali ni...aku langgar bontot keta org... Asyik aku jer yg kena langgar kan... Wat cerita br laks...Langgar keta org ( Hehehe.. X niat pun... X sengaja.. Xcdnt )...Keta cikgu sekolah aku jgk... Keta Dibah... Sajer nak cium keta org... Hurmppp... Biawak punyer pasal... Cian Dibah time tu... Aku tau perasaan dia... Tapi aku pun sedih jgk.. Huhuhu... 1st time MyVi aku luka parah bahagian depan... Sedih tuhan ajer yg tahu... Tapi x pelah... Benda dah nak jadi...

" JLE 1204... Kereta kesayanganku. Tanda kenangan dr Mersing "
Ni laks keta yg aku pandu dlm mimpi jerlah... Just tgk kat jln2 jer... Sesambil memandu MyVi ku... Jeling2lah keta yg lalu. Mana tau kot2 terpandang si dia ni...Nak pandu sendiri x adanyer... Huhuhu... X salahkan kalau bermimpi jer.... Toyota Harrier Hybrid Alcantara...


Baru2 ni aku sajer jer amik quiz kat facebook... Konon nak tgk " What Is My Biggest Fear???". Amik haaa... Ni dia result nyer... Fear of opinions... Berat jugak ni... Kalau betul... Heeemmmm really need help... Hahahaha..."I don't like it when people tell me what they think of me, either it is good or bad. I enjoy life more when people keep their comments to themselves (which is not easy for any of my friends). I need to just calm down and take their advice. Even if it goes against everything I believe in. "
Tapi aku rasa..aku ni jenis x kisah... Katalah apa org nak kata. Tapi jgn terover sangat sudah... Gunung berapi meletup plak nanti... Aku ni memang suka pendam sesuatu. Tapi kalau dah meletup... Aku x jamin... Huhuhu :0) Apa pun.. byk2 lah bersabar dan beristigfar... Perasaan takut tu salah satu mainan syaitan... Cukuplah takut pada Yang Esa, Allah s.w.t.


Apa tu??? Hemm...e-book ni adalah komputer riba atau buku elektronik yang memuatkan semua sukatan buku teks. (Kali ni utk Year 5 ).Sama isinya ngan buku2 tekslah... Exactly you know... Hehehe... Cuma yalah di zaman IT ni dah tak nak lg guna buku teks...berat... Lg mudah guna e-book... Simple. Cute dan comel plak tu... Keberkesananya??? Kita tunggu dan lihat.
Penyerahan e-book ni utk PKG Paka dibuat pada 25 Jun baru2 ni. YB MB, Dato' Ahmad Said telah menyempurnakannya di SMK Paka.. Agihan e-Book sama seperti Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) iaitu pada penghujung tahun dan kemudahan itu mesti dipulangkan kembali kepada pihak sekolahlah. e-Book ini dilengkapi perisian buku-buku teks sekolah rendah serta perisian tambahan termasuk al-Quran, doa dan amalan solat.Selain itu, dengan pelaksanaan program ini juga, Terengganu kini menyertai Portugal dan Venezuela iaitu negara yang menggunakan buku elektronik sepenuhnya menggantikan buku teks di sekolah. Pelaksanaan e-Book dengan akses Internet juga adalah usaha kerajaan negeri untuk meningkatkan capaian pendidikan bagi menyediakan tenaga kerja dalam era k-Ekonomi... Gitulah apa yang aku dgrlah... Apa pun tahniah utk Negeri Terengganu...
Dan ini dia gelagat murid2 ku.. Org ada e-book...Muka cikgu pun dah tak nak tgk lagi... huhuhu... Aku pun kadang2 join sama gak ngan budak2 ni... Tapi awas kata mereka... " Kalau rosak cikgu ganti..." Haru budak2 5 Arif ni... Apa-apa jerlah...

" Makan dik oiii... Telan jerlah!!!"

"Jom Beriadah"

" Ni masuk tentatif program tak??? Pulun durian nampak???"

Ni gambar yg sempat aku snap pada waktu pagi time g joging ngan bebudak kat tepi pantai... Aku suka pada sang Matahari... Sinarnya dinanti2... Menyinari alam ni... Cantikkan ciptaan Allah SWT... SubhanaAllah...
