Friday, January 30, 2009

Jom Try Nasi Dagang Ganu Kiter...






***********************
RESEPI NASI DAGANG
***********************


Nasi Dagang Terengganu


  • 3 cawan beras
  • 1 cawan beras pulut
  • sedikit halba
  • 2 cawan santan pekat
  • garam secukup rasa
  • 3 helai daun pandan

Bhn utk DiMayang

  • 10 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 4 cm halia
Cara-cara membuatnya

1.Beras dan pulut disatukan dan dibersihkan.Rendam semalaman.
2.Ambil periuk pengukus dan belah dua atau tiga daun pandan kemudian aturkan silang
menyilang atas periuk pengukus. Tujuannya bagi mengelakkan beras daripada banyak jatuh
kedalam lubang pengukusdan baunya yang sedap. Kukus hingga masak.
3.Apabila sudah masak masukkan pulut kedalammangkuk besar. Gaul dengan santan yang
telah dibubuh garam, bahan-bahan yang sudah dimayang serta halba sehingga samarata.
4.Kukuskan sekali lagi sehingga nasi tanak.
5.Angkat nasi dagang sudah dimasak dan hidangkan bersama gulai nasi dagang dan acar.


GULAI IKAN TONGKOL UNTUK NASI DAGANG
  • 1 ekor ikan tongkol/tenggiri..(potong, bersih, kukus/rebuskan dengan 6 keping asam keping garam secukupnya
  • 3 s/b rempah kari ikan
  • 2 s/b cili mesin
  • 4 ulas bawang kecil....tumbuk halus
  • lengkuas...tumbuk kasar
  • 2 cawan santan pekat
  • 1 s/b gula merah
  • 1 s/b kerisikair asam jawa secukupnya
  • minyak untuk tumis
  • cili api
  • belimbing buluh

Cara memasak:

1. Tumiskan bawang sehingga wangi. Masukkan cili dan rempah kari yang dibancuh dgn sedikit

air asam jawa. Biarkan garing.

2. Masukkan rebusan ikan dan santan. Biarkan mendideh.

3. Perlahan api dan masukkan kerisik, gula merah, belimbing buluh dan cili api

4. Biarkan api perlahan-lahan sehingga gulai naik minyak.

ACAR TIMUN

  • Timun
  • Lobak Merah (Carrot)
  • Cili merah & Hijau
  • Bawang Besar
  • Cuka, gula dan garam
  • Air kapur
Cara membuatnya.

1. Timun dipotong 2 inci dan buangkan biji tengahnya. Mayang halus saperti batang macis.

2. Lobah merah, cili merah & cili hijau dimayang halus saperti timun juga.

3. Bawang besar dibelah 2 dan mayang halus juga.

4. Rendamkan semua bahan yang dimayang dalam besen besar yg berisi air kapur selama 30
minit. Tapiskan dan biarkan sehingga kering.

5. Gaulkan gula, garam dan sedikit cuka sehingga sebati.

6. Masukkan semua bahan dalam bancuhan cuka. Gaul rata.

7. Hidangkan bersama nasi dagang.

RENUNGAN... INGATI MATI

MENGHADAPI kematian (sakaratul maut) adalah detik paling dahsyat yang tiada bandingannya dengan segala bahaya dan bala bencana di muka bumi ini.Justeru, apabila terkenang sakaratul maut, ada di kalangan sahabat Rasulullah SAW pengsan dan sentiasa menangis.Rasulullah pernah bersabda dalam sebuah hadis diriwayatkan Ibnu Abi Dunya dari Ibnu Umar bermaksud: “Kematian itu apabila dikenangkan, seseorang itu lebih banyak menangis daripada ketawa.”Daripada Abu Hurairah, katanya, Rasulullah bersabda bermaksud: “Tidakkah kamu lihat apabila seorang manusia mati, matanya terbeliak ke atas?” Jawab mereka: “Ya kami melihatnya, ya Rasulullah.” Sabda baginda lagi: “Hal itu terjadi kerana penglihatannya mengikut rohnya ketika roh itu pergi.” (Riwayat Muslim) Kehidupan yang singkat di dunia ini amat penting dalam menentukan kehidupan yang panjang di akhirat kelak. Manusia, selain tidak mengetahui hari kematiannya, mereka juga tidak mengetahui nasib akhirnya sama ada mati dalam keadaan ‘husnul khatimah’ atau ‘su’ul khatimah’, sekalipun amal ibadat dirasakan semakin bertambah. Rasulullah bersabda bermaksud: “Dan Dialah Tuhan dan tiada Tuhan selain Dia. Sesungguhnya salah seorang antara kamu beramal dengan amalan ahli syurga sehingga jarak antara dia dengan syurga itu hanya sehasta. Tiba-tiba kitabnya mendahuluinya, lalu dia pun beramal dengan amalan ahli neraka, maka dia masuk ke dalam neraka. Dan sesungguhnya salah seorang antara kamu beramal dengan amalan ahli neraka sehingga jarak antara dia dengan neraka itu sehasta saja. Tiba-tiba kitabnya mendahuluinya, lalu dia pun beramal dengan amalan ahli syurga, maka ia masuk ke dalam syurga.” (Riwayat Bukhari)Hadis itu mengingatkan kita bahawa tidak ada manusia yang dapat menjamin kesudahan yang baik bagi dirinya. Namun, dalam meniti saat-saat kematian, ada kalanya Allah menunjukkan kepada hamba-Nya tanda baik (husnul khatimah) atau tanda buruk (su’ul khatimah) dalam mengakhiri ajal seseorang. Oleh itu, kita hendaklah sentiasa berhati-hati supaya tidak terjerumus dengan godaan syaitan ketika di dunia atau menghadapi sakaratul maut. Sabda Rasulullah bermaksud: “Ada dua perkara yang sangat ditakuti dan dibenci manusia:
Manusia itu takut dan benci pada maut, padahal ia lebih baik kepada orang mukmin daripada ancaman fitnah.
Manusia juga takut dan benci kepada miskin, padahal itu lebih baik baginya daripada susah dan menderita dihisab di akhirat nanti.” (Riwayat Ahmad)Daripada Anas bin Malik bahawa Rasulullah bersabda bermaksud: “Sesungguhnya malaikat mengawal dan menjaga orang yang menghadapi mati supaya tidak menggelepar dan lari kerana terlalu takut dan sakit.”Rasulullah bersabda: “Sakitnya sakratul maut itu umpama tiga ratus kali tetakan pedang.” (Riwayat Abi Dunya)Abdullah bin Umar berkata: “Apabila kamu berada pada waktu pagi, janganlah kamu tunggu waktu petang untuk beramal. Gunakanlah kesempatan sihatmu sebelum sakitmu dan hidupmu untuk kematianmu."Saidina Umar bin Abdul Aziz berkata: ”Mengapakah engkau terpesona dengan kecantikan wajahku, keputihan gigiku dan kehitaman rambutku? Demi Allah sekiranya engkau melihat aku selepas beberapa hari dikebumikan orang nanti, nescaya engkau pasti akan melarikan diri.”Saidina Ali bin Abi Talib berkata: “Bahawa manusia itu tidur lena.“Apabila kematian tiba barulah dia terjaga daripada tidurnya."Abu Darda berdoa kepada Allah: “Ya Tuhanku, aku bermohon kepadamu agar Engkau beri kepadaku pimpinan-Mu, semoga tidaklah amalanku akan memalukan ibu bapaku dan juga kaum keluargaku yang berada di alam barzakh."Saidina Hassan berkata: “Tiadalah kesenangan bagi orang mukmin kecuali dia bertemu dengan Allah dan barang siapa yang saat gembiranya adalah saat pertemuannya dengan Allah, maka kematiannya menjadi saat kegembiraannya, kemuliaannya dan saat yang dinantikan."Syaddad bin Aus berkata: “Kematian itu adalah hal yang paling ditakuti orang mukmin, baik di dunia mahupun di akhirat. Kematian lebih pedih daripada luka disebabkan gergaji ataupun gunting dan lebih panas daripada api.“Sekiranya mayat itu dibangkitkan dan dapat memberitahu ahli bumi mengenai kepedihan kerana kematian pasti mereka berasa tiada kenikmatan makan atau tidur.”Hukamah berkata: “Empat perkara yang boleh menyelamatkan seksaan kubur iaitu menjaga solat, bersedekah, membaca al-Quran dan bertasbih.“Empat perkara yang menyebabkan seksaan kubur adalah berdusta, khianat, mengumpat dan tidak membersihkan air kencing pada tubuh.”Sesungguhnya mengingati dan menghayati erti kematian adalah satu motivasi diri yang terbaik supaya diri kita menjadi lebih insaf dan tidak leka dengan keindahan dunia yang hanya sementara ini.

Wonder Pets









WONDER pETS! woNDer Pets!!! Kami datang....
Apa YanG PenTiNg? KERJASAMA...




I dedicated this post for you my dear Ejah...





Thursday, January 29, 2009

My Dear Family....



Ya Allah...
Limpahkanlah rahmat-Mu ke atas kami
keluarga dan anak-anak kami serta
sesiapa sahaja yang bersama-sama kami

Jangan Ya Allah
Engkau biarkan nasib kami ditentukan oleh kami sendiri
Walaupun sekadar sekelip mata
atau sekadar masa yang lebih pendek daripada itu...
Wahai Tuhan yang paling mudah dan
cepat memperkenankan permintaan...
Amin, Ya Rabbal Alamin....














Thank you ALLAH for My MOTHER...





My Mak....




Puan Kamariah Haji Muhammad




Mother's Day Poem
What is a Mother?© By Ashley E. Mcglasson



A mother is someone who loves you
Who cares for you in every way
She sits down and listens to what you have to say
She always thinks your beautiful
Never puts you down
She always has a smile
To wipe away your frown
A mother is someone who believes in you
Always pushes you to go far
Tells you to believe in yourself
No matter who you are
A mother is like an angel
Although without the wings
She tells you to enjoy
Lifes most smallest things
I really love my mother
She means so much to me
Mommy I really love you
And that's how it always will be.










mY MEmoRieS

To My Dear Friends...

Miss You Soooo Much...


I’m lucky

I’m in love with my best friend

Lucky to have been where I have been




Life without a friend is death without a witness


The Past, the Present and the Future are really one....
they are TODAY




Meet You Soon
Lots Of Love.........






To be what we are, and to become what we are capable of becoming... is the only end of life







Wednesday, January 28, 2009

Never, Ever Give Up


There maybe times when things aren't the way we hope it to be,

everything looks impossible and we feel like just giving up....


But then, sometimes, we just have to give it another chance, another try, just one more time..

Take things a step at a time. Do what works best for you.

Be hopeful as you embrace each moment...


Use your inner strength and qualities. Keep on believing that you can do it. Look out for the positive light to shine on you. You may just find that what seem difficult has just been made right...

mY MEmoRieS


Ingatan Untuk Mu... Ingatan Untuk ku

Ingatan Untuk Mu... Ingatan Untuk ku