Saturday, May 30, 2009

Good Night!



Nak kongsi satu lagu ngan kengkawan sume.. lagu " Twinkle... Twinkle Little Star". Hehehe... Sebenarnya nak wish GOOD NIGHT coz mlm dah semakin tua... Semoga bangkit dr tido esok menjanjikan harapan baru kepada kita semua... Semoga harapan yg kita impikan akan termakbul di kala kita membuka mata apabila siang menjengah... Selamat Malam semua :0)



Twinkle Twinkle Little Star
Traditional, Written By: Jane Taylor, Copyright Unknown



Twinkle, twinkle, little star,
How I wonder what you are
Up above the world so high,
Like a diamond in the sky.
Twinkle, twinkle, little star,
How I wonder what you are!

When the blazing sun is gone,
When there's nothing he shines upon,
Then you show your little light,
Twinkle, twinkle, through the night.
Twinkle, twinkle, little star,
How I wonder what you are!

In the dark blue sky so deep
Through my curtains often peep
For you never close your eyes
Tili the morning sun does rise
Twinkle, twinkle, little star
How I wonder what you are!

Twinkle, twinkle, little star
How I wonder what you are!

ADIK OH ADIK


28th, May 2009

"Satu2nya adik2 ku... Ayie"

Menjelang cuti sekolah pertengahan tahun ni... Aku dikejutkan ngan berita yg sebolehnya aku mahu elakkan.. Aku paling tak suka telefon berdering apabila ada ahli keluarga ku tiada di sisi. Apatah lagi pada waktu malam...Hujan plak tu... Bukan apa, mcm2 perkara negatif yang berlegar dalam kepala aku ni... Tetapi, akhirnya apa yg aku mahu elakkan itu menjadi realiti... Panggilan pada pukul 1o.45pm pada malam Jumaat tu nyata memberi aku tamparan hebat... Badanku terasa terhoyong-hayang...seperti semua darah terkeluar ntah ke mana... Kami adik beradik tak tahu mcm mana nak bg tahu kat mak ngan pak. Adikku, Ayie accident??? Mau pengsan mak aku kalau terus melulu kami g tau tentang perkhabaran buruk tu...Aku cekalkan semangat mengejutkan mak dari tidurnya... Perlahan-lahan aku menyusun ayat.. Terdiam mak... Air mata ajer menitis... Abg aku dah berkejar ke Pusat Kesihatan Paka seorang diri... Pak ngan sebujur tubuhnya yg dah dimamah usia bgn dr katil menyarungkan baju, mahu melihat keadaan adik... Kami menenangkan pak supaya bersabar menanti perkhabaran dari abang. Abang memaklumkan adik terpaksa dibawa ke Hospital Dungun.

Ambulan membawa adik ke Hospital Dungun. Manakala aku, abang dan Along mengekori dari belakang. Hampir 2 jam adik menerima rawatan di unit kecemasan. Jam hampir menunjukkan 3 pagi, doktor memberitahu kami, adik perlu di bawa ke Hospital Zanariah Kuala Terengganu... Luka di mukanya agak teruk. Hemm..x tido kami dibuatnya malam itu...

Pada pg itu juga,ambulan membawa adik ke sana. Along ikut serta manakala aku dan abang pulang ke rumah. Pukul 4 lebih adik tiba di hospital tu... Kami di rumah hanya berhubung ngan sms bertanyakan khabar adik drp Along...Kasihan Along seorang diri menemani adik. Ntah tido mcm manalah di sana...

Pg Jumaat tu, kami sekeluarga ke Kuala Terengganu. Di sana, adik ditempatkan di wad 5 (Melor) iaitu wad mata dan surgery. Mulanya doktor nak buat plastic surgery, namun setelah diadakan perbincangan ngan pakar... luka adik boleh dijahit. Pada pukul 9.00 pagi, adik dibawa ke Unit Kecemasan... Luka adik mula dijahit. Selama 2 jam lebih barulah adik dibawa keluar. Nak jahit kena teliti kata doktor. Takut tersilap,kerepot laks muka adik.. Kami bersyukur kerana semua selamat... Tunggu adik dibenarkan keluar wad jerlah lagi... Kasihan tgk adik... Mukanya aku tengok dah macam alien. Bengkak sana-sini... Tu lah.. asyik kuar malam... Cakap mak pak x nak dengar. Harap dijadikan teladanlah ya dik...
Adik terbabas dan cium divider jalan kat area Telekom Paka tu... Dia membonceng ngan kawannya, Faizal. Nasib Faizal baik coz mendapat rawatan sebagai pesakit luar... Syukurlah dia mengalami cedera yang tidak serius...

Aku pulak mcm mana??? Alamak..ada kelas Sabtu, 29 hb ni... Aku x dpt nak hadir coz masalah ni... Aku call KP Sc aku...Kak Maznah dan maklumkan padanya.. Kak Nah mintak aku jgn risau coz dia akan uruskan... Apa bleh buat... Bg aku family aku paling utama... X pelah.. InsyaAllah.. X ada keuzuran, x ada aral...Aku ganti ler balik kelas tu.... InsyaAllah...

Hemm... mcm2 bleh jadi ek... Dugaan Allah. Aku harap dan doakan adik cepat sembuh. Hrp2 muka alien dia tu x makan masa utk sembuh... Rawatan diteruskan lagilah pada Khamis nanti... X pelah... Kena ikut ckp doktor spy luka cpt sembuh... So, ke KT lg lah aku nanti...

Utk kakitgn Hospital Zanariah... Terima kasih aku ucapkan ngan rawatan dan layanan yg baik kami terima... Semoga perkhidmatan yang diberikan akan terus lebih cemerlang...


"Koleksi gambar Adik selepas terima rawatan. Gambar sebelum rawatan??? X sanggup nak amik coz???"

Apa pun.. sebagai manusia kenalah redha... Setiap apa yang berlaku ada sebab musababnya... Saper x sayang darah daging sendiri... Air dicincang x akan putus... Itulah hebatnya erti Famili... Susah senang tetap bersama... Kami sayang adik :0)

Happy School Holidays

SELAMAT BERCUTI


Hooray! Cuti sekolah telah bermula!Inilah masanya untuk bercuti bersama keluarga dan teman2. Semoga guru-guru dan murid-murid boleh melepaskan sedikit tekanan .
Walaubagaimanapun, mana2 yang terlibat ngan kelas tambahan tu... terpaksalah jugak berkorban ya utk kejayaan anak-anak didik kita. Untuk murid2 ku, belajarlah sedikit semasa cuti sekolah terutama bagi mereka yang ingin menghadapi peperiksaan UPSR, PMR dan SPM. Happy holiday kepada semua guru dan murid! Bercuti dengan seronok... OK.

Thursday, May 28, 2009

PINTAR BAHASA

FIKIR-FIKIRKANLAH...



MANA YANG LEBIH BAIK...
" Menjadi orang yang selalu salah kerana tak faham, atau menjadi orang yang selalu salah faham."


SIAPAKAH YANG LEBIH TERHORMAT...
"Orang yang melawan sebelum kalah, atau orang yang mengalah sebelum berlawan"


SIAPAKAH SAHABAT ANDA...
"Yang selalu berkata benar kepada anda, atau yang selalu membenarkan kata-kata anda".


PELAJAR MANAKAH LEBIH CERDIK...
"Yang jawapannya semua betul, atau yang menjawab semua dengan betul".


MANAKAH CARA YANG BIJAK...
"Mengambil makanan sebagai ubat, atau mengambil ubat sebagai makanan".


SIAPAKAH YANG LEBIH PINTAR...
"Yang berusaha keras menambahkan bekalan, atau yang gigih mengurangkan bebanan".


MANAKAH SIKAP YANG BAGUS...
"Berusaha mencintai apa yang dimiliki, atau berusaha untuk memiliki apa yang dicintai".


SIAPAKAH YANG LEBIH HEBAT...
"Menjadi orang kaya kerana ilmu, atau menjadi orang kaya ilmu".


SIAPAKAH YANG LEBIH MULIA...
"Orang jahil yang malas belajar, atau orang alim yang malas mengajar'.


MANAKAH YANG LEBIH ANDA SETUJUI...
"Memohon disegerakan mati untuk cepat berjumpa dengan Allah, atau memohon dipanjangkan umur bagi menambahkan taqwa kepada-Nya".


Tepuk dada... Tanyalah iman...

Tuesday, May 26, 2009

SENYUM

9 MACAM SENYUM...



Menurut Dr. Paul Ekman, psikologi University of California di San Francisco, terdapat 18 jenis senyum. Tiap senyum menggunakan kombinasi otot yang sedikit berbeza dan menyampaikan pesan yang berbeza. Diantara jenis senyum antara lain:
  • Senyum yang dipaksakan, senyum yang disengaja ini tidak menyebar ke mata.
  • Seringai, menarik sudut mulut ke belakang, sehingga menunjukkan gigi geligi.
  • Senyum mulut tertutup, senyum ini merupakan tanda penghargaan, digunakan dengan cara yang sopan.
  • Senyum terbuka, senyum ini menunjukkan gigi atas dan memberitahukan kepada orang lain bahwa ia ingin berkenalan.
  • Bibir dikerutkan, jika seseorang mengerutkan bibirnya, ini bererti ia merasa tertarik dengan lawan jenisnya.
  • Bibir tegang, menyatakan ketegangan dalam hati atau ketidaksepahaman.
  • Menggigit bibit, jika seseorang menggigit bibir bawahnya dan menggelengkan kepala, orang ini sedang menyatakan kemarahannya.
  • Telunjuk jari menyentuh bibir secara vertical, menyatakan mohon tenang.
  • Telunjuk jari menyentuh bibir bawah dan mulut sedikit terbuka, menyatakan, aku ingin bicara denganmu.
Sumber:Body Talk, L.A. Justice, 2000, alih bahasa, Bahasa Tubuh, Irwin Lim Nan Sen, Interaksara, 2000


P/S : Senyum Sokmo Dehhh... { Tapi jgn kerap bebenor... Takut org kata Something Wrong plak pd empunya senyuman tu ya... :0) }


Saturday, May 23, 2009

My Best Friend, Nani


Nani, Harnani Abd Razak... Gadis yg aku kenal pertama kali aku menjejaki dunia kampus... At 1st, aku amat segan ngan dia... Kaki study... Lepas kuliah, blk bilik terus study... Waduh... Tension... Tapi itu mula2lah... Makin lama mengenalinya, makin seronok aku berkawan dgnnya... Kami satu course, satu roomate lg... 3 tahun aku bersamanya di kampus, x pernah renggang.. Gaduh tu biasa2 ah, tapi x lama coz aku jd haru tanpa senda guraunya... Kami mula berkongsi minat yang sama, terutama bab???? Hehehe... Dia faham aku, aku faham dia... Tu paling bermakna...

Hubungan kami bukan setakat 3 tahun ajer, kami bertemu kembali di KUSTEM sebagai Research Assistant di sana... Kami tinggal serumah. Sewa umah Kak Ti ku di Kuarters Kesihatan Seberang Takir... Makin intimlah kami... Hubungan kami bukan setakat antara aku dan dia tapi famili aku dan famili dia turut join sama mengeratkan hubungan silaturrahim...

Kami sama2 pergi interview KPLI. Kami juga sama2 masuk maktab. Cuma, Aku di Besut dan dia di KT. Kini dia mengajar di SMK Tengku Intan Zaharah, Dungun dan aku di SKRKBB1... Ada masa terluang dah tentu kami akan bertemu... Kat tepi pantai, kat McD, kat warung2 tepi pantai Teluk Lipat...Haaa situlah kami selalu berjumpa... Tiada rahsia antara kami... Waktu aku di Johor pun, mestinya aku luangkan masa bertemunya setiap kali bercuti... Sekarang walaupun dekat tetapi susah jugak nak jumpa coz BZ... Hanya sms jerlah jd penghubung... Tapi kalau tension sgt ngan sesuatu, x terbeban dek kepala, start enjin kereta..."Hai Nani, need to talk!!!"

Apa aku harapkan dan doaku semoga hubungan kami akan terus berkekalan sampai bila2 coz aku amat menyayanginya...

"Kawan satu course"

"Time konvo : Kak Ti, Chea_u, Mak aku, Mak Nani, Nani"

Special dedicated to Nani

Sahabat dan Cinta

Satu hari CINTA & KAWAN berjalan dalam kampung…

Tiba-tiba CINTA terjatuh dalam telaga…Kenapa??

Kerana CINTA itu buta...

Lalu KAWAN pun ikut terjun dalam telaga…Kenapa??

Kerana… KAWAN akan buat apa saja demi CINTA !!

Di dalam telaga CINTA hilang…Kenapa??Kerana…

CINTA itu halus, mudah hilang kalau tak dijaga, sukar dicariapa lagi dalam telaga yang gelap…

Sedangkan KAWAN masih lagi tercari-cari dimana CINTA & terus menunggu..Kenapa??

Kerana… KAWAN itu sejati & akan kekal sebagai KAWAN yang setia…kan ??

So, hargai lah KAWAN kita selagi kita terasa dia BERARTI….

Walau kita punya couple, teman tetap yang paling setia.

Walau kita punya harta banyak, teman tetap yang paling berharga.

( Ni aku dapat dr kiriman SMS... Siapalah ek yang mengarangnya... )

Kongsi

Dah jadi rutin setiap Sabtu aku akan ke Dungun; hantar mak pak aku berkursus haji kat umah Ustaz Ali... Aku ni x taulah bila nak pi hajinya... Tunggu cukup duitlah...atau mungkin x sampai seru lagi kot. Hehehe...

Sementara tunggu mereka tamat kursus, aku round2 lah bandar Dungun tu... Tempat biasa lepak kat Pustaka Sri Intan.. Then, cuci2 mata kat kedai2 jual kain... Nak g window shoppingkan, kat mana sangatlah kat bandar Dungun tu...

Tengah2 aku dok cuci2 mata tu... Anak buah aku, Ejah merungut lapar... Lapar giler katanya... Ntah dari mana belajar perkataan giler tu... Then, aku pun pi lah kat sebuah warung makan kat Sura... Aku tabik springlah kat makcik warung tu... Siap pakai name tag walaupun warungnya dah agak uzur... Ala2 waiter kat hotel gitu... Hehehe.. X kisahlah, janji warungnya bersih, makanannya lazat, harga berpatutan dan pelanggan pun ramai... Pah makanan siap dibungkus, aku beredar ke taman permainan kat Pantai Teluk Lipat.. Ramai pulak org kat sana... Ada yang memancing, ada yg bersama keluarga dan x kurang jugak yg dok dating... Org mudalah katakan...

Aku dan anak buahku terus menuju ke pondok rehat kat taman tu... Kami apa lg makanan dah dpn mata, ngap ajerlah... Tapi kami bsh tgn dululah pe2 hal punkan... Kebersihan mesti diutamakan... Doa??? Dah tentu..

Aduh mak... Malunya aku... Aku kalau dah makan x ingat dunia... Tapi si kecilku yang pada mulanya dok mengadu lapar giler sempat lg menoleh ke arah si meow yg terbiar kelaparan di situ.. X kusangka si kecil tu sanggup berkongsi makananya kat kucing2 tu.. Tersentuh hati aku. Aku bukan x dengar kucing2 tu mengiau.. Tapi sajer jer wat2 x dgr... Hai.. Sepatutnya aku yg tua ni tunjukkan cth yg baik, ni si kecil tu pulak yg mengalahkan aku... Alhamdulillah, kecil2 dah tersemai nilai2 murni dalam dirinya... Ummmmphhh mwahh... Ni chea_u sayang nihhhh :0). Semoga berkekalanlah sifat tu ya cayannggg... InsyaAllah.














"Yummy..Yummmy... Lapor nih.. Mai makan...."














"Makan tu hati2, nanti tercekik tulang, haru..."















"Rezeki kau si meow... Jom kongsi2 makan ek..."

Selamat Pagi Semua

Awal pagi ni tiba2 laks rasa nak ucap SELAMAT PAGI pada diri sendiri dan pada seseiapa yang mengunjungi blog inilah... Semoga hari ini lebih baik dari semalam... InsyaAllah :0)
صباح الخير
Selamat Pagi
Good Morning
早晨好
buenos días
bonjour
おはよう
доброе утро
guten Morgen
좋은 아침
buongiorno
Selamat Siang
सुप्रभात
สวัสดีตอนเช้า
bonus oriens

Walau apa bahasa.... Cuma nak ucap selamat pagi jer.... Hehehe...
Mulakan Hari Anda Dengan Senyuman...
Have a nice day

Tuesday, May 19, 2009

SAMBUTAN HARI GURU DI SKRKBB1

Perayaan taon ni aku dah x ada di bumi Mersing... Hemm.. Kali pertama sambut Hari Guru di Negeri sendiri... Sekolah baruku... SKRKBB1... Sambutan seronok... X ada byk beza ngan kat Sawah Dato'. Tetapi, yg ketara... Kami di sini x begitu formal.. Yalah awal2 lagi aku dah lengkap berpakaian sukan sampai balik. Kalau dulu kami di Sawah Dato', cantik bergaya ngan batik sekolah... Then baru bersalin pakaian utk acara seterusnya... Setiap tahun berbaju baru... Ada dengar bunyi kompang (rindu nak dgr budak2 berkompang walaupun kadang2 x taulah irama apa... tapi taulah bunyi kompang.. he,he,he)... Kami diarak ke dewan... Disambut mesra oleh murid2... Wah.. BEST nyer... Emmm, X kisahlah...janji dapat sambutnya dengan meriah... Kat mana2 pun lah...Hari Guru Tetap Hari Guru... Siapa lagi nak sambut kalau bukan Kami yg bergelar GURU ^_^. "HIDUP GURU! HIDUP CIKGU!!!"

Kumpulan Paling Best... "APER-APER AJER..." Merangkul JOHAN KESELURUHAN... OoooYEAAAH


ACARA PERAYAAN HARI GURU 2009 DI SKRKBB1


Ini dia.... Senaman beramai2.... Wah!!! Gelek seeeyyyyy :0)

Acara sukaneka guru-guru... "Enjoy + Fun + Happy"


Pihak Pentadbir Sekolah pun turun padang memeriahkan acara permainan Hari Guru
" Jom Release Tension"

Persembahan Istimewa Utk Guru2 SKRKBB1


Jom Kita Makan!!!

Oppsss... Lupa nak berkhabor... 1A berjaya jd pemenang Kad Gergasi Tahun 1.. Hehehe... Tahniah 1A... Arif bukan sebarang Arif... Arif, kecil2 cili padi... Semoga terus berjaya..." Tahniah 1 Arif "

"Hadiah Kecilku... Untuk guru2 1 Arif... Ikhlas dari kami WARGA 1A"

Friday, May 15, 2009

Sajak Untuk Guru

GURU OH GURU...

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

SELAMAT HARI GURU

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA


Bersedia melangkah megah
Walaupun sukar baktiku curah
Demi mu ibu pertiwi
Sumpah ku lafaz janji kukota
Berikrar eratkan bangsa
Kukuhkan cinta kepada Negara
Berjasa terus berjasa
Menyebarkan ilmu tiada batasnya
Guru Pembina Negara Bangsa
Gagah perjuangkan visi Negara
Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
Demi agama dan nusa tercinta
Guru Pembina Negara Bangsa
Tetap Unggul senadakan suara
Sehaluan menggapai matlamatnya
Cemerlang dan gemilangkan Malaysia


Pencipta Lagu : Khairulrizam bin Khalid
Pencipta Lirik : Ili Nurbahirah bt Baharudin
Pengubah Muzik : Marzuki bin Tambi






LAGU GURU MALAYSIA


Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita
Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua
Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu.... Membina Negara yang tercinta
Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan

Lagu & Lirik : Hashim Ahmad



IKRAR HARI GURU


Bahawasanya kami

Guru-guru negara Malaysia .....Dengan ini berikrar
Mendukung terus cita-cita kami
Terhadap tugas kami
Dan menyatakan keyakinan kami
Pada cita-cita murni pekerjaan kami
Kami akan berbakti
Kepada masyarakat
Dan negara kami.
Kami sentiasa menjunjung

Perlembagaan negara
Kami mengamalkanPrinsip-prinsip Rukun Negara.....Pada setiap masa.


KAD GERGASI

SeLAMat HarI GUrU...

Tahun ni merupakan tahun pertama aku menyambut Hari Guru di SKRKBB1... Pengalaman baru... Mcm2 pertandingan diadakan sempena hari guru ni... Antara yang aku suka pertandingan mereka Kad Gergasi atr kelas... Menang kalah aku tak kisah.. Yang penting keseronokan ketika membuat kad... Seronok tgk murid2 aku ngan pelbagai ragam nak menolong... Tak kisahlah... Janji kami happy... Sambutan Pra Hari Guru kat sek baru ni kira oklah... Aku ditugaskan mengetuai AJK hadiah sempena sambutan yg akan disambut 17 Mei ni... Maklumlah.. 16 Mei hari Sabtu.. Cuti... Emm.. Just wait and see :0)


Ni dia kad kami... Dari 1 Arif utk guru2 SKRKBB1

"Emmm... Special dedicated to our loved teacher"

Kami Hasilkan KhaS Utk Cikgu2 1 Arif lah...

"Siap juo akhirnyo.... Huhuhu...

" Edisi tampal-menampal... Jom pakat lekat gambar masing2"

" Dah siap sepenuhnya... Khas utk cikgu2 1 Arif"

"HAppY TEacHer'S Day"

Saturday, May 9, 2009

SELAMAT HARI IBU

Get this widget | Track details | eSnips Social DNA







MAK, ENGKAULAH SEGALANYA...


Mak,
Kami tahu takkan ada syurga seorang anak tanpa keredhaan seorang ibu.Takkan lahir seorang anak tanpa kekuatan seorang ibu. Berjayanya kami kerana adanya pengorbananmu. Kami tahu dalam apa jua situasi mak sanggup berkorban, malah sanggup memberi nyawa asalkan anak-anak tahu betapa kasihnya mak pada kami.

Mak...
Kami cuba menjaga hati mak. Sebolehnya kami tidak mahu membuat hati mak terluka dan menangis kerana kebiadapan kami. Kami tahu teramat besar dosanya menderhaka kepada insan bernama mak. Hidup jua takkan diberkati Allah.

Mak,
Seronoknya kami memiliki mak, walaupun ada tika perlakuan dan leteran mak menekan minda dan perasaan. Ada waktu kami gembira bila mak tiada di sisi. Merdeka!!! Merdeka!!! Merdeka!!!. Kami boleh buat apa sahaja. Tetapi... Mak ternyata keseronokan itu tidak lama. Sehari, dua...Ya.. Masuk ketiga..Terasa kehilangan. Sepi tanpa leteran mak. Tika ini baru kami sedari leteran mak adalah penyeri rumah. Tanpanya suasana mati. Tanpa mak tiada cabaran, tiada suspense... Buat apa pun tak ada yang menegur...tak ada yang menasihati... Tak bermakna hidup ini andai tiada yang peduli dan memerhati. Silap2 kami tersungkur di dunia ini...

Mak,
Terima kasih melahirkan dan mendidik kami sehingga berjaya seperti hari ini. Tanpa perhatian mu, siapalah kami.. Kami akan ingat pesan mak. Sentiasa merendah diri, tidak sombong dan jangan sesekali memandang orang dengan kebenciaan.

Mak,
Selamat Hari Ibu untukmu. Setiap hari kami utuskan doa utk kesejahteraan mak. Kami faham..Mak tak pernah mengharapkan balasan di atas setiap pengaorbananmu... Izinkanlah kami memberi pelukan dan kucupan mesra buat mak. Kami hargaimu mak. Kami boleh mencari ribuan teman.. tetapi kami di dunia ini hanya punyai satu ibu iaitu mak.. Takkan ada yang mampu menandingi kasih sayang mu mak. Kaulah segalanya...

"SELAMAT HARI IBU"






" ANUGERAH IBU MITHALI PERINGKAT ZON PAKA 2007 & 2008"

mY MEmoRieS


Ingatan Untuk Mu... Ingatan Untuk ku

Ingatan Untuk Mu... Ingatan Untuk ku