Saturday, May 9, 2009

SELAMAT HARI IBU

Get this widget | Track details | eSnips Social DNA







MAK, ENGKAULAH SEGALANYA...


Mak,
Kami tahu takkan ada syurga seorang anak tanpa keredhaan seorang ibu.Takkan lahir seorang anak tanpa kekuatan seorang ibu. Berjayanya kami kerana adanya pengorbananmu. Kami tahu dalam apa jua situasi mak sanggup berkorban, malah sanggup memberi nyawa asalkan anak-anak tahu betapa kasihnya mak pada kami.

Mak...
Kami cuba menjaga hati mak. Sebolehnya kami tidak mahu membuat hati mak terluka dan menangis kerana kebiadapan kami. Kami tahu teramat besar dosanya menderhaka kepada insan bernama mak. Hidup jua takkan diberkati Allah.

Mak,
Seronoknya kami memiliki mak, walaupun ada tika perlakuan dan leteran mak menekan minda dan perasaan. Ada waktu kami gembira bila mak tiada di sisi. Merdeka!!! Merdeka!!! Merdeka!!!. Kami boleh buat apa sahaja. Tetapi... Mak ternyata keseronokan itu tidak lama. Sehari, dua...Ya.. Masuk ketiga..Terasa kehilangan. Sepi tanpa leteran mak. Tika ini baru kami sedari leteran mak adalah penyeri rumah. Tanpanya suasana mati. Tanpa mak tiada cabaran, tiada suspense... Buat apa pun tak ada yang menegur...tak ada yang menasihati... Tak bermakna hidup ini andai tiada yang peduli dan memerhati. Silap2 kami tersungkur di dunia ini...

Mak,
Terima kasih melahirkan dan mendidik kami sehingga berjaya seperti hari ini. Tanpa perhatian mu, siapalah kami.. Kami akan ingat pesan mak. Sentiasa merendah diri, tidak sombong dan jangan sesekali memandang orang dengan kebenciaan.

Mak,
Selamat Hari Ibu untukmu. Setiap hari kami utuskan doa utk kesejahteraan mak. Kami faham..Mak tak pernah mengharapkan balasan di atas setiap pengaorbananmu... Izinkanlah kami memberi pelukan dan kucupan mesra buat mak. Kami hargaimu mak. Kami boleh mencari ribuan teman.. tetapi kami di dunia ini hanya punyai satu ibu iaitu mak.. Takkan ada yang mampu menandingi kasih sayang mu mak. Kaulah segalanya...

"SELAMAT HARI IBU"






" ANUGERAH IBU MITHALI PERINGKAT ZON PAKA 2007 & 2008"

2 comments:

  1. bersyukurlah kerana dikurniakan ibu yg hebat..moga anak2nya sehebat ibunya...

    ReplyDelete

mY MEmoRieS


Ingatan Untuk Mu... Ingatan Untuk ku

Ingatan Untuk Mu... Ingatan Untuk ku

National Geographic POD