Friday, June 26, 2009

KEM KECEMERLANGAN UPSR

24 JUN 2009 - 26 JUN 2009



Pada tarikh kat atas tu, SKRKBB1 adakan KEM KECEMERLANGAN BAHASA INGGERIS... Aku ditugaskan sebagai urusetia program... Tak lah berat sangat tugas tu cuma boring sketlah coz x ada teman satu sekolah yang boleh dok pot-pet ...pot-pet... Usually kalau ada kem masa kat sekolah lama aku sentiasa berteman ngan cikgu satu sekolah aku... Hilang lah sket boringnya.. Tapi kali ni, alone laks... Cikgu lelaki ada tapi yalah...x kan aku nak dok semeja nak bergosip laks sampai 2,3 jam...Kem ni combine ngan SK Dendang...cikgu dia pun ada jgk lah yg jadi urusetia. Sempat jugaklah berkenalan ngan salah seorang darinya iaitu Mazni... Ada jgk teman...

Kem ni di adakan di D'Teratai Beach Resort Rantau Abang.. Yg best kat tempat ni... Makanan dia. Huhuhu... Makan pg, tgh hari, petang mahupun malam...semua sedap... Kalau lama aku kat sini ntah2 jadi belon lah aku... Buncit ler.... Silap2 jadi Doraemon :0).

Aku ada jgk tolong apa yang diperlukan oleh fasilitator sepanjang kem ni... Seronok tengok Cikgu Nik isteri GB aku time ngajor budak2 tu... English dia...wah HEBAT... Suka plak aku dengar... Aku kat kem ni bertugas sampai 25 Jun jer coz tukar shift ngan Mazuini... Cikgu2 lain yg jd urusetia Sir Engku dan Sir Azuan (layan diaorang ni tak kering gusi)... Malam2 adalah kelibat Cikgu Din...Rasanya dua malam tu, Cikgu Din tido kat chalet tu kot... Ustaz Z pun ada m'imamkan solat Maghrib dan Isyak pada malam 24 Jun..Dia dtg ngan isterinya... Isterinya Cikgu satu sekolah ngan Along aku (SMK Paka). X silap aku, next day nyer Ustaz Lukman kot yang jd imam... Cikgu2 lain aku x sure lah coz aku dah balik sebelum kem tamat.

Perjalanan kem tu berjalan ngan baik cuma ada seorang murid dr SK Dendang ada problem sket... Home sick kot... Anak bongsu...Alih2 cikgu Mazni bawak ler dia balik keesokannya... Student lain oklah... Cuma kadang2 adalah yg sakit kepala, sakit perut... Biasalah budak2... Yg suspen sket pada malam hari pertama menginap kat chalet tu... Adalah sebuah bilik yg dihuni oleh murid perempuan, bilik 210 x silap aku.. terjerit2 ngan lemah gemalai... Lipang..lipang... Aku ngan Mazni pun berkejarlah ke tempat kejadian... Ohh lipan rupanyer... Then bila aku tanya lg sekali nampak apa... LIPEeerrr laks bunyi nya ( longhat Kelate')... jap cakap Ganu...jap kecek Kelate budak2 ni... Kecik jer lipannya. Tapi kalau kena gigit... Ouchhhh sakit jugak tuuu... Lipan tu akhirnya tamat juo riwatnyer apabila ditenyeh-tenyeh oleh Uncle chalet tu ngan batang penyapu... Settle... Maka tamatlat riwayat lipan tu... Kul 11.30 mlm semua bilik murid perempuan gelap... Tidolah mereka...yalah sok aktiviti byk lagi menanti...

Makan Time.... Nyumm..nyummm

Siapa hebat??? Sesi presentationlah plak....


Aktiviti dalam dewan... Khusyuk mendengar tips dari Cikgu Nik


Aktivti luar dewan... Tengah discuss ni...
Wah.... Task apa tu ya???



Aku bertolak balik ke Paka dalam pukul 5 petang. X sempat ler nak join aktiviti riadah diaorang... Dgr2 nak wat "sand castle" petang 25hb tu... Tapi keadaan x mengizinkan... Sakit perut ... Aku punyer tahan dr malam tu dah... Tapi ada ubt thn sakit... Dapatlah cover.. Ubt dah abis... so sebelum aper2, aku nak tak nak chow ler... Sampai umah, aku rehat2..mandi...then tidolah... Seronoknya tido kat katil sendiri... lena tido... Hem.. Kat mana2 g pun... bantal busuk aku jugak yg aku rindu... Maka pada malam Jumaat tu...aku pun tido selena-lenanya...tido lena diulit intan ler... Dan aku pun tido dan tido sehingga menjelang esoknyer.... Esok gerenti penuh aktiviti aku bersama my parents and famili... Apa lg..rutin mingguan lah bersama2 mereka...

Saturday, June 20, 2009

THANK YOU

20th June 2009


Emmm... Naik lagi satu angka hari ini... Huhuhu... Biasalah dah putaran hidup... Macam KITAR HIDUP KATAK jugak kan... From egg- tadpole - frog... Step by step... Life cycle... ( Tetiba laks cerita pasal katak, gara2 layan ank buah aku baca buku tajuk I AM A FROG ).
Awal2 pagi Famili aku dah buat surprise kat aku. Sebiji kek terhidang kat meja... Wah, ingat rupanya mereka kat birthday aku. Terharu plak. Thanks my parents, Along, Ateh, Abg Mie, Kak Mie dan Ayie... Seronoknyer... Hehehe... Dah tua2 pun masih ada kek ke??? Usually aku sambut birthday ngan kawan serumah dan kawan2 rapat kat Mersing jer setiap tahun. Bukan wat birthday party pun... sekadar makan2 jajan jer... Huhuhu...X sangka laks tahun ni sambut kat umah famili di Paka ni.

Untuk sahabat2ku, Nani, Syieda, Xin Li, Arol, Ejah dan Tini thanks wish birthday kat aku... Dan dah tentu teristimewa jugak thanks a lot utk rakan2 seperjuangan di Mersing... terutama K.Aida, K. Zu, K.Mizal, Uri dan teman seposting ku, Kimi :0) Emmm dah tentu x luper juga utk Ustaz Selamba kat SKSD... Ustaz Zaimi.... Ingat plak u all ek... Hahaha... Utk kawan2 chating : !mile dan Farah, thanks ngan TAGS yg diberi... Walau x pernah bersua kita tetap kawan di alam cyber ya....

Terima kasih ngan ingatan yang diberi. Tak kisahlah hantar hadiah, kek, bunga kot e-mail, e-card, kot sms pun huhuhu... Semoga apa yang dihajati akan termakbul jua... Amin






Love you my dear FAMILY & FRIENDS :0)
Panjang umur jumpa lagi...
( Potong Kek... Jom makan sama2 ek ^_^)

Friday, June 19, 2009

HUJAN

HUJAN OH HUJAN...

Dunia kini hangat dibahang mentari ... Ingin sekali aku melihat titisan air dr langit membasahi bumi yang kian dahagakan setitis air dari langit yang terbentang...
Sudah lama aku melihat pokok2 kekeringan... Kekuningan...menanti titisan air membasahi bumi... Akar semakin bertungkus-lumus menjalar jauh ke dalam bumi mencari sumber air.... Mengharapkan proses fotosintesisnya berjalan lancar... Untuk apa??? Sudah tentu untuk kahalifah Allah di dunia ini... Menyumbangkan oksigen untuk kehidupan makhluk di planet Bumi ini...

Hari2 yang berlalu kurasakan semakin galak memaksa tubuhku dibanjiri peluh... Tekak ku semakin hari semakin perit... Batuk ku menjadi-jadi... Hampir 3 minggu kata2 yang hendak diluahkan terganggu dek batuk yang mengganggu... Badan pun terasa letih... Demam kejap2 menjengah..kejap2 kebah... Letih aku dibuatnya... Ditambah pula kerja yang sentiasa menghambat waktu...Kadang2 aku kalah jua dek kesihatan yang tidak mengizinkan... Betul ke kata Doktor semua ini kerana keadaan persekitaran??? Banyak2 minum air... Emm...dah berbotol rasanya aku teguk...

Melihat bumi yang berdebu... Tanah yang kering... Terlintas aku kepada mereka yang bekerja dibumbungi langit.. Disinari sang mentari yang memancar cahayanya tanpa belas... Kasihan mereka... Penat ... Berpeluh..hangat badan mereka dijamah mentari membahang... Perit aku bayangkan kerana aku yang dok di rumah ni pun tak tahan dibuatnya...Tapi tanpa mereka yang gagah perkasa ini... aku, malah kita semua tak dapat merasai kenikmatan dan kemudahan yang dikecapi sekarang ini... Mereka sabar membina bangunan pencakar langit....jalan2 raya yang digunakan sehari-hari adalah hasil titik peluh mereka... Nelayan2 di lautan dipanah mentari... petani2 yang mengharapkan hujan menghilangkan dahaga pokok2nya... Akur dengan kehendak Illahi... Redha dengan ujian yang diberi....

Teringat aku sewaktu zaman kanak2... Ayahku berhempas-pulas mencari wang ringgit... Seorang buruh yang kerjanya awal pagi meninggalkan anak2 yang masih tidur.. Malam di kala anak telah pun melelapkan mata..barulah kembali ke rumah... Kasihan Ayah... Dibanjiri peluh, dibaham mentari..mencari sesuap nasi untuk keluarga.. untuk menyekolahkan ku sehingga ke menara gading... Terima kasih ayah... Semoga aku dapat mengukir senyumanmu di sisa2 usia mu ini...

Uppps... berbalik cerita hujan... Oh Hujan... Sedekahilah setitis air mu kepada kami di bumi ini... Kami amat mengharapkan hujan rahmat membasahi tanah yang dipijak ini... Sesungguhnya setiap yang dianugerahkan Allah ada hikmah yang tersembunyi....


Hujan yang turun bagaikan mutiara...Berkilau bersinar berkerdipan.
Subur menghijau bumi terbentang...Dan bayu berpuput lembut
Cinta yang bersemi..Diwaktu hujan turun
Menyirami ketandusan hati
Dan hujan turut mengiringi...Engkau pergi...
Selembut hujan bercurahan...Begitulah cinta ini
Semesra bumi yang disirami...Begitulah hati ini
Hujan yang turun bersama air mata...Bersama pedih, bersama rindu
Kau datang dan kau pergi jua...Rindu lagi...

SELAMAT HARI LAHIR

RENUNGAN UNTUK DIRIKU




SELAMAT,SELAMAT,SELAMAT HARI LAHIR
SELAMAT DARI KEMURKAAN ALLAH
SELAMAT DARI MAKSIAT LAHIR DAN BATIN
SELAMAT BERSYUKUR SELAMAT BERSABAR...

DEMI MASA SESUNGGUHNYA MANUSIA ITU RUGI
KECUALI YANG BERIMAN DAN YANG BERAMAL SOLEH
JUGA YANG INGAT MENGINGATKAN
KEPADA KEBENARAN DAN KESABARAN

SELAMAT,SELAMAT,SELAMAT HARI LAHIR
SELAMAT DARI KEMURKAAN ALLAH
SELAMAT DARI MAKSIAT LAHIR DAN BATIN
SELAMAT BERSYUKUR SELAMAT BERSABAR

DARI ALLAH KITA DATANG KEPADA ALLAH KITA KEMBALI
UMUR YANG DIPINJAMKAN HARGAILAH
GUNAKAN UNTUK BERBAKTI DAN MENYEMBAH ALLAH
BILA DAPAT NIKMAT MALULAH DENGANNYA
BILA DAPAT UJIAN REDHALAH DENGANNYA
BERSIAPLAH UNTUK PULANG PADANYA
HIDUP DI DUNIA SEBENARNYA TIPU DAYA

SELAMAT,SELAMAT HARI LAHIR
SELAMAT DARI KEMURKAAN ALLAH
SELAMAT DARI MAKSIAT LAHIR DAN BATIN
SELAMAT BERSYUKUR SELAMAT BERSABAR

WAHAI AYAH DAN BONDA YANG TERCINTA
DIDOAKAN PANJANG UMUR MURAH REZEKI
SIHAT BADAN DAN DIRAHMATI OLEHNYA
TERIMA KASIH MELAHIRKAN DIRIKU
SEMPENA HARI LAHIR INI
SEMOGA ILMU DAN IMAN BERTAMBAH

DARI ALLAH KITA DATANG KEPADA ALLAH KITA KEMBALI
UMUR YANG DIPINJAMKAN HARGAILAH
GUNAKAN UNTUK BERBAKTI DAN MENYEMBAH ALLAH
BILA DAPAT NIKMAT MALULAH DENGANNYA
BILA DAPAT UJIAN REDHOLAH DENGANNYA

SELAMAT,SELAMAT,SELAMAT HARI LAHIR
SELAMAT DARI KEMURKAAN ALLAH
SELAMAT DARI MAKSIAT LAHIR DAN BATIN
SELAMAT BERSYUKUR SELAMAT BERSABAR
INFO :
Bulan kelahiran Islam KU adalah pada 6 Sya'aban 1400 Hijrah iaitu jatuh pada hari Jumaat.
Maksud : Bulan ini terbit dari perkataan "Syu'ba", bermaksud berpecah/menyimpang. Masyarakat Arab dahulu sering keluar dan berpecah untuk mencari air.
Sifat : Mempunyai perwatakan yang baik. Hidup selamat dan rezeki tidak putus-putus. Sewaktu kecil mudah mengalah semasa bermain dengan kawan-kawan. Kelakuan baik, berbudi bahasa hingga semua orang sayang . Semasa dewasa,akan berjaya dalam segala kerjaya dan mudah mendapat rezeki.

SELAMAT HARI BAPA

Hari2 adalah hari BAPA... X semestinya menjelang 21 Jun baru nak sambut Hari Bapa... Tapi, apa pun... sempena HARI BAPA ni... Aku coretkan entri ni khas utk bapa ku... ENCIK SAID BIN AWANG...

I LOVE YOU :0)


SENTUHANMU
Terpanar aku pada sentuhan keramatmu
Mengheret aku mentafsir memori silammu
Dulu ku ragu apa terbungkam dibenakmu
Kini ku tahu apa yang terbuku di hatimu
Surut dedarku pada usapan manteramu
Tunduk ungkalku pada ketegasan dirimu
Terpasak semangat pada keyakinan tekadmu
Keakuranku pada tunjuk dan titah arahanmu

Oh ayah,
Tak pernah ku tanya
Kemana tumpahnya keringatmu

Oh ayah,
Tak pernah ku hitung
Berapa banyak kerutan di dahimu

Yang ku pinta hanyalah kemahuan hatiku
Yang sedaya ayah laksanakan
Kau pendorong bukanlah pendesak
Apalagi memaksa diriku
Aku terlorong bukan terdesak
Apalagi rasa terdera

Tak terkuis dugaan menduga
Apalagi takdir yang menerpa
Aku mengharap bukan menolak
Apalagi cuba melupa

Lestari kasihmu tanpa batasan
Sempadan waktu yang memisahkan
Abadi hingga ke hujung usia akhiran masa
Sentuhanmu amat bermakna..


Thursday, June 11, 2009

TERIMA KASIH

To Someone Special....


Thanks my dear...
This entry for you...
Someone really special in my life...

Terima kasih untuk satu hari yang cukup bermakna dalam hidupku...
Terima kasih kerana memahami diriku dengan begitu telus...
Terima kasih dengan ikatan yang telah disimpul rapi selama hampir 10 tahun....
Terima kasih kerana hadir dalam hidupku tika aku amat memerlukan seseorang...
Terima kasih menghulurkan tanganmu ketika aku dalam kesusahan dan kesedihan...
Terima kasih dengan pertolongan yang diberikan...
Terima kasih untuk satu hari yang cukup bermakna ( 10 June 2009)
Terima kasih untuk segala-galanya...

Wednesday, June 3, 2009

KONGSI KEGEMARAN...

JOIN THE CLUB :0)

"Cinta adakala bawa bahagia,
Dan cinta adakala bawa derita...
Cinta sesama manusia... Manusia akan mati...
Tetapi cinta kepada Illahi jua yang kekal abadi"

* Bagaikan Puteri *

Sebut nama Ramlee Awang Murshid... Kami bertiga mesti tertanya-tanya... Dah kuar novel baru ke??? Novel thriller beliau memang kami nantikan... Peminat setialah..Siapa kami bertiga tu??? Dah tentu aku, K.Aida dan Zaimi... Di Sawah Dato', kami selalu kongsi novel. Kak Aida memperkenalkan aku dgn novelis ni.. Novel pertama karya Ramlee yg aku baca ialah "Bagaikan Puteri". Kemudian aku mula mencari karya2 beliau di pasaran... Dari situlah aku mengumpul beberapa buah novel Ramlee Awang Murshid... Aku dah mula tangkap cintan ngan novel2 beliau... Novel yang paling aku tertanya2 ending nya dah tentu "Rahsia Perindu"... Waduh..tercari2 siapa pembunuhnya...rupa2nya??? Hem.. Seronok coz kebanyakan novel beliau sukar nak guess endingnya. Nak x nak mesti kena baca sampai titik penamat...





"Inilah dia peminat Ramlee Awang Murshid... FC Ramlee kat SKSD
Aku, Zaimi @ Ramlee Sawah Dato & Kak Aida @ Maharani... Huhuhu..."





"Hatiku di Harajuku" buat aku teringin sangat nak ke Jepun... Baca buku ni bleh jugak aku belajar sket2 bahasa Jepun... Huhuhu.. Org Malaysia jadi yakuza.. Ryu Watanabe..."Biar betapa jauh... hatiku sentiasa di sisimu".

Zaimi punya koleksi tak mampu aku tanding... Yg jeles nyer,dia dah dptkan tanda tgn Si Ramlee ni... Ni yg aku dengki... Yalah..ekau dok Putrajaya..Bila2 masa ada expo senang ler ekau muncul... Bestnyer lah...

Novel yang paling aku suka.. Dah tentu Trilogi Bagaikan Puteri... Dari novel ni aku selalu berangan kalaulah ada Laksamana Sunan di zaman ini.. Hemmm tangkap lentok ler jadinya... Hai Sunan... My Prince Charming... Hahaha... Giler dah aku ni... (Hai K.Aida... jgn marah ek...)Pengakhiran cerita yang di luar jangka sememangnya sudah aku jangkakan dalam trilogi ni kerana Ramlee gemar membuat "pengakhiran" dengan satu "permulaan". Jadi, kepada mereka yang inginkan sesuatu yang luar biasa, thriller, suspen, penuh aksi tetapi Islami, Trilogi Bagaikan Puteri adalah pilihan yang terbaik untuk dibaca.



Antara novel2 yang dah pun aku khatamkan ialah... ADAM, PERSOANAL JUSTICE ( translate dr cerita ADAM ni), TRILOGI TOMBIRUO, SATU JANJI, RAHSIA PERINDU, UNGU KARMILA, MANDATORI & RANGGAU.. Tu jerlah... Yg aku x baca lagi tak silap aku novel PEI PAN, ANUGERAH PERTAMA & IGAUAN MAUT...Sekarang ni aku dah jadi salah seorang ahli Ramlee FC. Novel terakhir aku baca ialah Mikhail.. Sekarang dok tertunggu Novel terbaru beliau... X silap aku maybe tajuknya " 9 Nyawa"... Just wait and see :0)





" Ni ajer yang ada dalam simpanan aku kat umah... Ada yg belum dipulangkan, ada juga yg aku hadiahkan kepada teman special aku kat Sawah Dato'... Simpan elok2 ek... Tu tanda kita berkongsi minat yang sama tau... "

" Cinta Sang Ratu...
Laksana langit mencengkam purnama... Ibarat mutiara di lautan biru...
Saujana mata memandang, seluas langit terbentang..."

"Tatkala cinta berbisik,
Suaranya memuji TUHAN,
Pabila rindu terusik, rasulnya jadi pilihan.."
"Sampai masanya cinta jadi taruhan
Sang Ratu menjadi impian..."


Ini adalah video ucapan oleh saudara Ramlee Awang Murshid sempena pelancaran novel Hijap Sang Pencinta dari triliguo Bagaikan Puteri pada 20.08.08 di Hotel Singgahsana Petaling Jaya.

mY MEmoRieS


Ingatan Untuk Mu... Ingatan Untuk ku

Ingatan Untuk Mu... Ingatan Untuk ku