Wednesday, June 3, 2009

KONGSI KEGEMARAN...

JOIN THE CLUB :0)

"Cinta adakala bawa bahagia,
Dan cinta adakala bawa derita...
Cinta sesama manusia... Manusia akan mati...
Tetapi cinta kepada Illahi jua yang kekal abadi"

* Bagaikan Puteri *

Sebut nama Ramlee Awang Murshid... Kami bertiga mesti tertanya-tanya... Dah kuar novel baru ke??? Novel thriller beliau memang kami nantikan... Peminat setialah..Siapa kami bertiga tu??? Dah tentu aku, K.Aida dan Zaimi... Di Sawah Dato', kami selalu kongsi novel. Kak Aida memperkenalkan aku dgn novelis ni.. Novel pertama karya Ramlee yg aku baca ialah "Bagaikan Puteri". Kemudian aku mula mencari karya2 beliau di pasaran... Dari situlah aku mengumpul beberapa buah novel Ramlee Awang Murshid... Aku dah mula tangkap cintan ngan novel2 beliau... Novel yang paling aku tertanya2 ending nya dah tentu "Rahsia Perindu"... Waduh..tercari2 siapa pembunuhnya...rupa2nya??? Hem.. Seronok coz kebanyakan novel beliau sukar nak guess endingnya. Nak x nak mesti kena baca sampai titik penamat...





"Inilah dia peminat Ramlee Awang Murshid... FC Ramlee kat SKSD
Aku, Zaimi @ Ramlee Sawah Dato & Kak Aida @ Maharani... Huhuhu..."





"Hatiku di Harajuku" buat aku teringin sangat nak ke Jepun... Baca buku ni bleh jugak aku belajar sket2 bahasa Jepun... Huhuhu.. Org Malaysia jadi yakuza.. Ryu Watanabe..."Biar betapa jauh... hatiku sentiasa di sisimu".

Zaimi punya koleksi tak mampu aku tanding... Yg jeles nyer,dia dah dptkan tanda tgn Si Ramlee ni... Ni yg aku dengki... Yalah..ekau dok Putrajaya..Bila2 masa ada expo senang ler ekau muncul... Bestnyer lah...

Novel yang paling aku suka.. Dah tentu Trilogi Bagaikan Puteri... Dari novel ni aku selalu berangan kalaulah ada Laksamana Sunan di zaman ini.. Hemmm tangkap lentok ler jadinya... Hai Sunan... My Prince Charming... Hahaha... Giler dah aku ni... (Hai K.Aida... jgn marah ek...)Pengakhiran cerita yang di luar jangka sememangnya sudah aku jangkakan dalam trilogi ni kerana Ramlee gemar membuat "pengakhiran" dengan satu "permulaan". Jadi, kepada mereka yang inginkan sesuatu yang luar biasa, thriller, suspen, penuh aksi tetapi Islami, Trilogi Bagaikan Puteri adalah pilihan yang terbaik untuk dibaca.



Antara novel2 yang dah pun aku khatamkan ialah... ADAM, PERSOANAL JUSTICE ( translate dr cerita ADAM ni), TRILOGI TOMBIRUO, SATU JANJI, RAHSIA PERINDU, UNGU KARMILA, MANDATORI & RANGGAU.. Tu jerlah... Yg aku x baca lagi tak silap aku novel PEI PAN, ANUGERAH PERTAMA & IGAUAN MAUT...Sekarang ni aku dah jadi salah seorang ahli Ramlee FC. Novel terakhir aku baca ialah Mikhail.. Sekarang dok tertunggu Novel terbaru beliau... X silap aku maybe tajuknya " 9 Nyawa"... Just wait and see :0)





" Ni ajer yang ada dalam simpanan aku kat umah... Ada yg belum dipulangkan, ada juga yg aku hadiahkan kepada teman special aku kat Sawah Dato'... Simpan elok2 ek... Tu tanda kita berkongsi minat yang sama tau... "

" Cinta Sang Ratu...
Laksana langit mencengkam purnama... Ibarat mutiara di lautan biru...
Saujana mata memandang, seluas langit terbentang..."

"Tatkala cinta berbisik,
Suaranya memuji TUHAN,
Pabila rindu terusik, rasulnya jadi pilihan.."
"Sampai masanya cinta jadi taruhan
Sang Ratu menjadi impian..."


Ini adalah video ucapan oleh saudara Ramlee Awang Murshid sempena pelancaran novel Hijap Sang Pencinta dari triliguo Bagaikan Puteri pada 20.08.08 di Hotel Singgahsana Petaling Jaya.

1 comment:

  1. emm..sunan tetap di hati tiada bandingan..masih tak padam gelaran akak maharani tu..jahatla dia seksa cinta hati sunan tau.tengok zaimi kepala sebijik mcm ramlee.huhuhu tp kita gelar ramlee SKSD la..hai kita dah lama tamat MIKHAIL tau..tengah lentok AYAT-AYAT CINTA (Habiburrahman)zaimi ckp best! Pinjam saniah..Cinta tp Islami..tangkap leleh akak dah tengok filemnya ni nak feeling bukunya plak.Ok awaiting for 9 NYAWA adaptasi dr khayalan anak ramlee..mesti best tp bleh lawan x trilogi Sunan?

    ReplyDelete

mY MEmoRieS


Ingatan Untuk Mu... Ingatan Untuk ku

Ingatan Untuk Mu... Ingatan Untuk ku