Monday, August 31, 2009

HATI

9 SEBAB HATI TIDAK BAHAGIA



1- Pemarah - Paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang.

2. Pendendam - Tersembunyi ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.

3- Hasad Dengki - Amalannya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.

4- Bakhil - Sentiasa merasakan orang lain menginginkan kesenangan, pangkat dan lain-lain dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk.

5- Tamak - Orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut, walau berapa banyak yang diminum tetap tidak habis juga (lagipun orang tamak selalu rugi).Ingat! Yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita (mungkin ada hak orang lain di situ). Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6- Tidak Sabar - Andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar.

7- Ego - Ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. Pasal semua orang ada egonya sendiri, cuma tinggi atau rendah tahap keegoan tersebut.

8- Riak - Terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakon-lakon di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. Allah marah kalau kita riak, takabbur dengan apa yang kita ada.

9- Cinta Dunia - Tidak dapat menderita, dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah, tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu (bila mati cuma bawa amalan dan doa anak yang soleh atau solehah). Cinta dunia merupakan 'neraka dunia' kerana dunia itu 'panas' akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.

Sunday, August 30, 2009

SENDA GURAU SEKALI SEKALA

Alahai Menantuku....



Pak Kasim seorang yang tamak harta. Dia menawarkan anak dara suntinya yg cun melecun kepada golongan yangg kaya raya sahaja. Suatu hari datang la Seman, seorang usahawan muda ingin melamar anak Pak Kasim. Beliau cukup sifat tanpa cacat cela tetapi beliau malas solat.

Setelah 3 hari berkahwin. Seman masih duk kat umah mentuanya. Setelah azan Maghrib berkumandang, Pak Kasim mengajak Seman utk solat Maghrib berjamaah. Seman gelabah. Sebelum ini dia tak pernah solat. Lalu Seman masuk ke bilik untuk menemui isterinya. "Yang! Camner ni... abg tak penah solat ni" "Takpe bang. Abg ikut je ape yg ayah buat", isterinya berbisik perlahan.

Seman pun keluar untuk solat bersama Pak Kasim. Setelah Pak Kasim takbir. Seman ikut takbir.. Lalu Pak Kasim membaca surah Al-Fatihah. "Bismillahirrahmanirrahim.." Seman pun turut membaca bismillah dengan lantang.. "Bismillahirrahmanirrahim.." Aisyh! Pelik menantu aku ni. Mazhab mana yg dia ikut? Setahu aku imam je yg baca kuat. Getus hati Pak Kasim. Pak Kasim buat selamba. Dia terus membaca surah Al-Fatihah. Seman pun turut membaca surah Al-fatihah dgn kuat seolah-olah seorang budak yg baru nak belajar mengaji.

Pak Kasim pelik. Lalu dia terus berpaling ke belakang utk melihat Seman. Seman turut berpaling ke belakang kerana mengikut gerak langkah Pak Kasim. "Ish! gila ke menantu aku ni??" Pak Kasim berjalan ke depan utk menjauhkan diri dari Seman. Seman turut berjalan ke depan mengikut langkah Pak Kasim. Pak Kasim terus melarikan diri melalui pintu depan dan terus menuju ke sawah di tepi rumahnya.

Seman terus berlari mengejar Pak Kasim sampai ke tepi sawah. Tiba-tiba Pak Kasim tergelincir lalu jatuh ke dalam sawah padi. Seman pun turut menjatuhkan badannya ke dalam sawah seolah-olah tergelincir. Pak Kasim pun terus bertanya kepada Seman. "Seman.... apesal yg ko ikut aku sampai ke sawah ni?" "Ayah... susah ye nak solat maghrib ni, baru saya tau, sampai kena berlari."

Begitulah kisah Seman dan Pak Kasim... Alahai Pak Kasim... Harta punyer pasal...

SAMBUTAN ULANGTAHUN KEMERDEKAAN

Peringkat SKRKBB1

" Ini dia Jalur Gemilang Kami"

Hari ni diadakan sambutan Kemerdekaan peringkat sekolah. Oleh kerana sambutan diadakan pada bulan puasa, sambutan diadakan secara sederhana. Walaubagaimanapun,bolehlah dikatakan agak meriah jugak. Aktiviti2 diadakan di dewan SKRKBB1. Penglibatan adalah dari semua murid dan guru2. Antara aktiviti yang dijalankan ialah Deklamasi Sajak ( X sempat nak amik gmbr), mewarna Tahap 1 dan Pra Sekolah, membuat bendera ; Jalur Gemilang Tahap 2 ( Tahun 4 & 5 ) dan mengarang esei Tahun 6. Lain2 aktiviti tambahan ; dgr Cikgu Din & Cikgu Alias bercerita tentang Sejarah Malaysia.... Pukul 1, majlis bersurai !!!

" Jom Mewarna"

SALAM KEMERDEKAAN... SELAMAT ULANGTAHUN KE 52 MALAYSIAKU.....

Saturday, August 29, 2009

PESAN NABI SEBELUM TIDUR

Perkara Sebelum Tidur (Tafsir Haqqi)

Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : "Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, iaitu

1. Sebelum khatam Al Qur'an

2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir

3. Sebelum para muslim meredhai kamu

4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah....

Bertanya Aisyah : "Ya Rasulullah.... Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika? "Rasul tersenyum dan bersabda : "Jika engkau hendak tidur bacalah;

1. Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.
"Bismillaahirrohmaanirrohiim,Qulhualloohu ahad' Alloohushshomad' lam yalid walam yuulad' walam yakullahuu kufuwan ahad'" ( 3 x )

2. Membacalah selawat untukku dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat.
"Bismillaahirrohmaanirrohiim, Alloohumma shollii 'alaa syaidinaa Muhammad wa'alaa aalii syaidinaa Muhammad" ( 3 x )

3.Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhai kamu.
"Astaghfirulloohal adziim aladzii laa ilaaha illaa huwal hayyul qoyyuumwa atuubu ilaih" ( 3 x )

4. Perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah.
"Bismillaahirrohmaanirrohiim, Subhanalloohi Walhamdulillaahi walaailaahaillalloohu alloohu akbar" (3 x )

KAWAN

Apa Kata Anda???

Kata mak, KAWAN tu ibarat LEBAH, habis madu sepah dibuang....... Kata abah, KAWAN tu umpama BUNGA ROS, dipandang cantik dipegang sakit..... Kata atuk, KAWAN tu seperti AIR terus mengalir..... Kata nenek, KAWAN tu bak BULAN dipuja dan disanjung tp nun jauh di sana.... Kata sedare, kawan tu mcm MAKANAN, kawan makan kawan!! Kata abang, KAWAN tu seperti LEMBU mengikut saje ape dikata........ Kata kakak, KAWAN tu tak ubah macam DURIAN bau je busuk tp sedap dimakan.... Kata adik, KAWAN tu macam BISKUT sekejap ade sekejap takde....... Kata aku, KAWAN TU TAK KISAHLAH CAMNER... Walaupun dia IBARAT LEBAH, UMPAMA BUNGA ROS, SEPERTI AIR, BAK BULAN, SEPERTI LEMBU, TAK UBAH MACAM DURIAN & MACAM BISKUT!!! Dia tetap kawan... Tau tak sebab ape??? Sekali aku dah kawan ngan dia selamanye dia ttp kawan aku... Itu cara aku berkawan..!! Walaupun kita mempunyai kekasih, tapi teman tetap paling setia. Walaupun kita punyai harta yg banyak, teman tetap paling berharga.

Friday, August 28, 2009

AL - KURSI

Sinar Cahaya Ayat Al-Kursi


Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:

1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi bila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dalam lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.

3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, dia akan masuk syurga dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT akan memelihara rumahnya dan rumah-rumah disekitarnya.

4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap shalat fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur, setiap perbuatan orang yang benar, pahala nabi2, serta Allah melimpahkan rahmat padanya.

5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang, Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid..

7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.


Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S..A..W. bersabda,

"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."
"Utamakan SELAMAT dan SIHAT untuk Dunia-mu, utamakan SOLAT dan ZAKAT untuk Akhirat-mu"

Subhanallah...

Thursday, August 27, 2009

KEMERDEKAAN

Apa Erti Kemerdekaan???



Merdeka bermakna bebas, mampu berdikari, mampu buat keputusan sendiri, dihormati dan tidak diperlekehkan oleh orang lain. Kemerdekaan tidak harus disamaertikan dengan penerimaan bulat-bulat aspek pemodenan bangsa asing yang lebih maju. Kalau kita tidak dapat membezakan antara yang baik dan yang membawa kehancuran, ini bermakna kita belum merdeka sepenuhnya.Kemerdekaan adalah sebuah perjalanan yang panjang, berliku dan tak berpenghujung. Akan tetapi, berjayalah sesebuah bangsa jika ia gigih menempuh ranjau, bijak menawan selekoh, tahan meredah cuaca dan matang menerjang lumpur.

Buat pertama kalinya dalam sejarah kita, 31 Ogos 1957; rakyat Malaysia sedar bahawa kemerdekaan adalah lebih dari pembebasan dari penjajahan.

Jiwa kemerdekaan itu telah memberi makna kepada rakyat biasa dan ia juga harus membantu mewujudkan persekitaran yang memberi kebebasan kepada rakyat untuk berfikir, bersuara atau bertindak tanpa dibelenggu oleh kepentingan diri dan sikap mengampu.

SUMPAH ANAK MERDEKA

Aku anak merdeka
Bangkit dari persada luka
Berdiri megah di pentas wira
Inginku tebus maruah bangsa
Aku anak merdeka

Terjaga dari ranjang kecewa
Berpaksi gagah di panggung perkasa
Ingin ku bela nasib bangsa
Aku anak merdeka
Harapan nusa dan bangsa
Akan kutentang petualang negara
Yang tegar membuat angkara
Aku anak merdeka
Di hati semangat waja
Di dada penuh satria
Ini Tuah akan membela
Untuk kubalut luka lama

"Serunai Faqir_Wangsa Maju"


Generasiku yang merdeka...Kita tidak pantas meneruskan nafas perjuangan ini...Andai kita menjadi api yang marak diam merentungkan sekam....Kita tidak pantas mengembangkan kuntum kemerdekaan ini...Jika gunting dendam terus meracik licik dalam lipatan....Kita tidak pantas merenjiskan madu kedamaian ini.....Kalau duri iri masih merodok setiap serat daging kita,....Saudara sebangsa ku.....Di sinilah halaman mesra kita..... Halaman pusaka – pusaka pejuang terbilang.... Halaman merdeka – merdeka tanpa decitan darah,...Halaman membangun – membangun dengan keringat kendiri,....Mengorak maju bersama pemimpin... Menyantap damai berkat perpaduan warga...Moga kekal selamanya.....

"Sazalee Haji Yacob"

Saturday, August 22, 2009

SOLAT TARAWIH

Kelebihan Bertarawih



1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.

3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga Para malaikat di bawah 'Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.

6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.

7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.

8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.

11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.
14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.

15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).

19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.

21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.

22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.

23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.

24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.

26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.

28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.

29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.

30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.

Thursday, August 20, 2009

RAMADHAN YANG DINANTI

Ahlan Wasahlan, Ya Ramadhan...


22 Ogos ni bermulalah 1 Ramadhan. Semoga dipanjangkan umur kita utk sama-sama menyempurnakan ibadat berpuasa sepanjang Ramadhan ini. Dah lama x menyambut Ramadhan bersama-sama keluarga. Hampir 12 tahun aku berpuasa bersama-sama rakan2 jer. Kali ini, sebulan Ramadhan InsyaAllah aku akan bersama-sama keluargaku...bersama-sama ibu bapa yg tercinta. Yg paling best, dpt bwk my parents g sama-sama solat Tarawih... Semoga Allah memakbulkan permintaan ku ini.

Lafaz Niat Puasa Untuk Sebulan: نـَوَيْتُ صَوْم َ شـَهْرِ رَمـَضَانَ كـُلـِهِ لِلـَّهِ تـَعَالىَ
"Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Taala"

Lafaz Niat Puasa: نـَوَيْتُ صَوْمَ غـَدٍ عَـنْ ا َدَاءِ فـَرْض شـَهْرِ رَمـَضَانَ هـَذِهِ السَّـنـَةِ لِلـَّهِ تـَعَالىَ
"Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala”.

Buat sahabatku.. blogger dan pelawat blog ini…. اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَارَكَاتُهُ
Seiring akan datangnya Ramadhan ini, kupohon maafkanlah segala kesalahanku dr hujung rambut sampai hujung kaki….. Sesunguhnya diri ini bukanlah insan yg sempurna dan selalu melakukan kesalahan tanpa sedar yang telah pun meyinggung jiwa kalian. Mintak maaf semua ya... Semoga ini bukanlah Ramadhan terakhir utk kita. Amin ^_^


SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN

GOOD LUCK!!!

Aufwiedersehen


Hari ni hari akhir Si Shahrizan kat SKRKBB1. Maksudnya, after semester break ni, K. Ana akan kembali sambung tugas. Sebelum masing2 balik bercuti, sempat jugak kami bergambar bersama-sama Shah. Nice to meet him... Sporting dan senang nak kerja ngan dia. Tak kisahlah Shah... Apa-apa pun, semoga Shah berjaya dlm lapangan yg diceburi. Semoga kenangan kat SKRKBB1 menjadi salah satu liptan sejarah ( x kiralah yg manis ke, pahit ke, masam mahupun tawar ) dlm hidup Shah. Semoga berjaya capai cita2 yang diidam2kan. InsyaAllah...

GOTONG-ROYONG

Sekolah Bersih, Bebas Aedes



Hari ni, hari last sebelum cuti penggal ke-2. Ada aktiviti kat sekolah. Aktiviti gotong-royong. Alhamdulillah.. Aktiviti berjalan lancar. Aktiviti gotong-royong ni melibatkan semua murid dan guru2. Objektif aktiviti ni adalah utk clearkan tempat nyamuk aedes membiak. Ermmm..ada 2 fasa sebenarnya dlm aktiviti gotong -royong ni. Fasa pertama aktiviti membersih di sekitar kawasan sekolah. Adalah bahagian2 kawasan yg perlu dibersihkan mengikut tahun/ kelas. Aku dan murid2 Tahun 1 dah tentulah sekitar kawasan Tahun 1 tu... Syukur... x lah panas sangat... Aktiviti bermula pada pukul 11 pagi dan pada pukul 11.45 pagi laks kami ke kantin lah plak... membasahkan tekak. Minum air Sunquick yg ditaja oleh sekolah ( Tu apa yg GPK Koko, En. Salman bagi taulah)Pukul 12 tgh hari, bermula Fasa ke 2 nya... Yg ni masing2 bersihkan kelas. Bg clear... Kalau x clear... x leh lah balik.. Itu kata Cikgu Alias!!!

Semoga SKRKBB1 Bebas Denggi... InsyaAllah....

Tuesday, August 18, 2009

KISAH JANTUNG

~*Jantung*~



Saya akan cerita serba sedikit tentang jantung. Banyak pelajaran berguna yang saya pelajari daripada jantung ini. Jantung ini berakhlak mahmudah (akhlak yang terpuji). Jantung amanah. Dia tidak pernah mencuri. Jantung ini ada satu otot, namanya endocardium. Endocardium ini tidak akan mengambil darah yang beroksigen buat dirinya. 100% darah yang diterima, 100% darah yang berkualiti juga akan dipam semula. Tidak pernah sesekali dia menggunakannya buat keperluan dirinya.

Sekiranya coronary artey tersumbat, jantung tetap tidak akan mencuri. Apa yang akan terjadi? Kematian. Dan jantung menujukkan satu lagi sikap, lebih baik mati dalam kemulian daripada mati dalam kehinaan.

Jantung juga tidak mementingkan diri. Dia tahu organ-organ lain di dalam badan memerlukan bantuannya. Dia bekerja dalam jemaah, ada "team work". Jantung mengepam 5 L darah dalam mas a satu minit. Jumlahnya hampir-hampir satu baldi air. Dia bekerja tanpa rehat. Sekiranya manusia tidur, otaknya akan berehat. Tapi jantungnya akan terus menjalankan tanggungjawabnya kepada Allah.

Jantung menerima arahan dari SA node. Bahasa mudahnya, SA node ini seperti seorang ketua dan jantung akan mematuhi arahan ketuanya. Dia tidak akan datang lambat. Dia tahu betapa penting dirinya. Dia perlu selalu berinteraksi, menjaga batas perhubungannya. Sekiranya dia berhenti berinteraksi, akan berlaku "sudden cardiac death". Jantung akan tiba-tiba mati.

Satu lagi perkara mengenai jantung - dia tidak akan berhenti bergerak. Apa yang akan terjadi kalau jantung berhenti bergerak? Darah akan bergumpal dan seterusnya menyebabkan strok dan serangan sakit jantung. Jantung mengajar kita agar sentiasa belajar - menjadi continuous learning person. Jangan berhenti. Exam bukannya terminal (penamat) segalanya-galanya. Sebagai seorang muslim, perlu belajar sehingga ke liang lahad.

Jantung ini patuh pada siapa?? Jantung ini patuh pada penciptanya, Allah. Kalau dia patuh pada saya dan awak, dah lama jantung mati. Contohnya, awak beri arahan, sekarang berdegup cam gini...cam gini...Lepas tu, awak beri lagi arahan...berdegup cam gini...cam gini...Awak akan jadi gila, dan jantung juga akan mati kerana mematuhi peraturan yang tidak masuk akal.
Kadang kita tidak sedar betapa hebatnya kasih sayang Allah buat hambaNya. Derhaka macam mana pun, jatung tetap berfungsi dengan baik. Semua itu nikmat. Nasihat saya buat awak dan saya, bertaubatlah sebelum jantung itu berhenti berfungsi kerana mematuhi perintah RabbNya.


HARGAILAH JANTUNG ANDA.....

Saturday, August 15, 2009

YANG MANA SATU???

Jika Wanita Diumpamakan Ikan, Kategori Ikan Apakah Yang Jadi Favorite Anda?


IKAN SALMON
Bentuknya OK, indah, dagingnya pink muda dan enak dimakan. Tapi sayangnya mahal, soalnya masih boleh diimport. Sesuai… ada nilai, ada kualiti….
INI WANITA BERKERJAYA.....
IKAN ARWANA

Kalo yang ini kalau di aquarium memperlihatkan kesombongan dan keangkuhan kerana tau tubuhnya indah, langkahnya lemah gemalai dan memancing mata.. nakal melihatnya di manapun dia bergaya.. So pasti harganya mahal kalau ingin memilikinya. INI PERAGAWATI, CELEBRITY or keatas.........
IKAN MAS KOKI

Ini jenis ikan lumayan mahal, indah bentuknya, warnanya, dan lenggak- lenggoknya. Sayangnya hanya boleh dilihat, dikagumi, tak boleh dimakan, kerana termasuk kategori ikan hiasan..... INI BINI ORANG.......

IKAN BANDARAYA
Jenis ini murah dan selalu menempel di kaca aquarium. Kalo sudah menempel, susah sgt nk lepaskannya.... mcm gam...
INI AWEK ALIM, ANAK USTAD nii........
IKAN KELI
Kalo yang ini harganya murah, bisa dimakan dimana saja. Banyak dijual di tepi jalan, harus hati-hati INI AWEK TEPI JALAN........


IKAN BILIS

Bentuk dan rasanya gitu- gituuu... saja. Selalu sedap dimakan kalau tidak ada sayur atau tidak ada lauk yang lain.... INI BINI SENDIRI....

Friday, August 14, 2009

JUST A LITTLE NOTE

Special Card :0)


Simple, cute , and wonderful....

From Who??? Thanks a lot.. The beauty of Cute and Simple Card from someone special... My Dear Sis... Thanks A Lot... Loved it. The Best Gift Ever!

Thursday, August 13, 2009

SUKANEKA & MINI OLAHRAGA SKRKBB1 2009

eNJOyyyy!!!


Sorotan Sempena Sukaneka & Mini Olahraga 2009

Klikkk!!! Haa, jgn x tau... Ada masa lagi utk enjoy sebelum UPSR... Hebat!!! Kali ni agak2 saper yg paling banyak bolot HADIAH??? Hijau ke??? Ahaksss... Tahniah My Team !!! X kisahlah saper2 pun... Janji kita semua menang!!!

Jom intai2 sepanjang acara sukaneka & mini olahraga yang diadakan di padang SKRKBB1... Layaaannnn !!!

Antara Permainan Yang Dipertandingkan

Gelagat Guru-Guru Sepanjang Kejohanan.

Acara Yang Dinanti-nanti ; Acara Guru
"Yop... Lari Yoooppp"


Majlis Penyampaian Hadiah Kepada Pemenang

Sunday, August 9, 2009

BANNER OH BANNER!!!


SEMANGAT UPSR ^_^

"Amik gambar dulu sebelum digantung banner ni... 6D ngan Guru Kelas Baru mereka kot tu..."


Kalau nak hitung hari... rasanya dah x sampai sebulan murid2 aku ini nak berdepan ngan UPSR. Kecut perut... Bukan nak kata pupils jer... Ni haaa... Aku ni pun sama. Bukan apa, tahun pertama kat sini, dah tentu takut jugak. Manalah tau kot2 coz aku yg ngajar tetiba jatuh % sains dlm UPSR berbanding tahun2 sebelumnya... Ish.. Pekehal ckp melalut. Think positif... Doa2 semoga my pupils berjaya!!!

" Banner2 yg dihasilkan oleh murid2 Tahun 6 SKRKBB1 menghiasi bangunan hadapan sekolah"

Since last week my pupils sibuk siapkan kata2 semangat utk diri mereka sendiri. Macam2 yg dicontengnya... Cantik2 jugak banner yg dihasilkan. Buat Banner ni idea GB aku. Kalau kat sek lama, kuar duit, tempah jer... Tapi, kat sini, budak2 sendirilah yg kena hasilkan sendiri.. Bgs jgk idea tu... Janji mereka tau apa target mereka dan cuba sedaya-upaya utk capai target mereka...

" 6 Dedikasi menyiapkan banner mereka dengan dipantau oleh guru kelas mereka ;Pn. Noriada"

Sebagai guru... Dah tentu aku dan rakan2 seperjuangan lain mahukan yg terbaik utk murid2ku... Selagi ada sisa masa yg tinggal ni.. InsyaAllah kami akan cuba yg terbaik utk membantu mereka mencapai target mereka. InsyaAllah. Kita merancang.. Allah yg tentukan...

Saturday, August 8, 2009

APA NAK BUAT???

Apabila Chea_u Jaga Baby


I dont have any good stories to share..jadi tepek gambar Judin ngan Amir jerlah di post ni. Buat tatapan Along, Amie, Ibu Ayah Judin dan Ateh. (Wan and Tok Ki dapat tgk jgk kalau ditunjukkan). Here you go,being bored with the same routine every weekend... So …. here it is … " Ayu, tolong Cik Mie jaga baby... Mama Amir ada LADAP. Tgh hari nanti baru abis... Cik Mie nak masak...!!!". Wawawa... Bior betullll!!!


Sangat suka!!! Hehe... ( Iyalah tuuu...).Nasib sampai setengah hari jer... Apasal baby suka nangis??? Lambat sket nangis, suap mkn lmbt sket nangis... Asyik nak bukak mulut luas2 sampai nampak ank tekak... Nah amik cayang oiii... Nak ny0t2 ya... Apakah itu nyot-nyot? Dari segi istilah bahasa : puting tipu-tipu! Nama lain :pacifier,trumpet,apa-apa aje korang rasa yg layak digelar untuknya...huahuahua. Wahhh... you can hold your nyot-nyot oreediiii... Cantikkkk... Suddenly, nyot-nyot drop oredi when fast asleep...

X susah ngat ngan budak2 ni... Kul 11 pagi,masing2 mula dah terkebil-kebil matanya ... Main pun dah x nak.. mkn pun dah x mau... Apa lg tido time ler... Tido ya.. Jap lg mama balik dr kursus LADAP tu... Yesss... Hoorayyyy!!!

KISAH & TELADAN

Rintihan Rabi'atul Adawiyyah




Rabi’ah binti Ismail al-Adawiyah tergolong wanita sufi yang terkenal dalam sejarah Islam. Dia dilahirkan sekitar awal kurun kedua Hijrah berhampiran kota Basrah di Iraq. Dia lahir dalam sebuah keluarga yang miskin dari segi kebendaan namun kaya dengan peribadatan kepada Allah. Ayahnya pula hanya bekerja mengangkut penumpang menyeberangi Sungai Dijlah dengan menggunakan sampan.

Pada akhir kurun pertama Hijrah, keadaan hidup masyarakat Islam dalam pemerintahan Bani Umaiyah yang sebelumnya terkenal dengan ketaqwaan telah mulai berubah. Pergaulan semakin bebas dan orang ramai berlumba-lumba mencari kekayaan. Justeru itu kejahatan dan maksiat tersebar luas. Pekerjaan menyanyi, menari dan berhibur semakin diagung-agungkan.Maka ketajaman iman mulai tumpul dan zaman hidup wara’ serta zuhud hampir lenyap sama sekali.

Namun begitu, Allah telah memelihara sebilangan kaum Muslimin agar tidak terjerumus ke dalam fitnah tersebut. Pada masa itulah muncul satu gerakan baru yang dinamakan Tasawuf Islami yang dipimpin oleh Hasan al-Bashri. Pengikutnya terdiri daripada lelaki dan wanita. Mereka menghabiskan masa dan tenaga untuk mendidik jiwa dan rohani mengatasi segala tuntutan hawa nafu demi mendekatkan diri kepada Allah sebagai hamba yang benar-benar taat.

Bapa Rabi’ah merupakan hamba yang sangat bertaqwa, tersingkir daripada kemewahan dunia dan tidak pernah letih bersyukur kepada Allah. Dia mendidik anak perempuannya menjadi muslimah yang berjiwa bersih. Pendidikan yang diberikannya bersumberkan al-Quran semata-mata. Natijahnya Rabi’ah sendiri begitu gemar membaca dan menghayati isi al-Quran sehingga berjaya menghafal kandungan al-Quran. Sejak kecil lagi Rabi’ah sememangnya berjiwa halus, mempunyai keyakinan yang tinggi serta keimanan yang mendalam.

Menjelang kedewasaannya, kehidupannya menjadi serba sempit. Keadaan itu semakin buruk setelah beliau ditinggalkan ayah dan ibunya. Rabi’ah juga tidak terkecuali daripada ujian yang bertujuan membuktikan keteguhan iman. Ada riwayat yang mengatakan beliau telah terjebak dalam kancah maksiat. Namun dengan limpah hidayah Allah, dengan asas keimanan yang belum padam di hatinya, dia dipermudahkan oleh Allah untuk kembali bertaubat. Babak-babak taubat inilah yang mungkin dapat menyedar serta mendorong hati kita merasai cara yang sepatutnya seorang hamba bergantung harap kepada belas ihsan Tuhannya. Marilah kita teliti ucapan Rabi’ah sewaktu kesunyian di ketenangan malam ketika bermunajat kepada Allah:

"Ya Allah, ya Tuhanku. Aku berlindung diri kepada Engkau daripada segala yang ada yang boleh memesongkan diri daripada-Mu, daripada segala pendinding yang boleh mendinding antara aku dengan Engkau!
"Tuhanku! bintang-bintang telah menjelma indah, mata telah tidur nyenyak, semua pemilik telah menutup pintunya dan inilah dudukku di hadapan-Mu.
"Tuhanku! Tiada kudengar suara binatang yang mengaum, tiada desiran pohon yang bergeser, tiada desiran air yang mengalir, tiada siulan burung yang menyanyi, tiada nikmatnya teduhan yang melindungi, tiada tiupan angin yang nyaman, tiada dentuman guruh yang menakutkan melainkan aku dapati semua itu menjadi bukti keEsaan-Mu dan menunjukkan tiada sesuatu yang menyamai-Mu.
"Sekelian manusia telah tidur dan semua orang telah lalai dengan asyik maksyuknya. Yang tinggal hanya Rabi’ah yang banyak kesalahan di hadapan-Mu. Maka moga-moga Engkau berikan suatu pandangan kepadanya yang akan menahannya daripada tidur supaya dia dapat berkhidmat kepada-Mu."

Rabi’ah juga pernah meraung memohon belas ihsan Allah SWT:

"Tuhanku! Engkau akan mendekatkan orang yang dekat di dalam kesunyian kepada Keagungan-Mu. Semua ikan di laut bertasbih di dalam lautan yang mendalam dan kerana kebesaran kesucian-Mu, ombak di laut bertepukan. Engkaulah Tuhan yang sujud kepada-Nya malam yang gelap, siang yang terang, falak yang bulat, bulan yang menerangi, bintang yang berkerdipan dan setiap sesuatu di sisi-Mu dengan takdir sebab Engkaulah Tuhan Yang Maha Tinggi lagi Maha Perkasa."

Setiap malam begitulah keadaan Rabi’ah. Apabila fajar menyinsing, Rabi’ah terus juga bermunajat dengan ungkapan seperti:

"Wahai Tuhanku! Malam yang akan pergi dan siang pula akan mengganti. Wahai malangnya diri! Apakah Engkau akan menerima malamku ini supaya aku berasa bahagia ataupun Engkau akan menolaknya maka aku diberikan takziah?
Demi kemuliaan-Mu, jadikanlah caraku ini kekal selama Engkau menghidupkan aku dan bantulah aku di atasnya. Demi kemuliaan-Mu, jika Engkau menghalauku daripada pintu-Mu itu, nescaya aku akan tetap tidak bergerak juga dari situ disebabkan hatiku sangat cinta kepada-Mu."

Seperkara menarik tentang diri Rabi’ah ialah dia menolak lamaran untuk berkahwin dengan alasan:

"Perkahwinan itu memang perlu bagi sesiapa yang mempunyai pilihan. Adapun aku tiada mempunyai pilihan untuk diriku. Aku adalah milik Tuhanku dan di bawah perintah-Nya. Aku tidak mempunyai apa-apa pun."

Rabi’ah seolah-olah tidak mengenali yang lain daripada Allah. Oleh itu dia terus-menerus mencintai Allah semata-mata. Dia tidak mempunyai tujuan lain kecuali untuk mencapai keredaan Allah. Rabi’ah telah mempertalikan akalnya, pemikirannya dan perasaannya hanya kepada akhirat semata-mata. Dia sentiasa meletakkan kain kapannya di hadapannya dan sentiasa membelek-beleknya setiap hari.

Selama 30 tahun dia terus-menerus mengulangi kata-kata ini dalam sembahyangnya:

"Ya Tuhanku! Tenggelamkanlah aku di dalam kecintaan-Mu supaya tiada suatupun yang dapat memalingkan aku daripada-Mu."

Antara syairnya yang masyhur berbunyi:
"Kekasihku tiada menyamai kekasih lain biar bagaimanapun, Tiada selain Dia di dalam hatiku mempunyai tempat manapun, Kekasihku ghaib daripada penglihatanku dan peribadiku sekalipun,Akan tetapi Dia tidak pernah ghaib di dalam hatiku walau sedetik pun."

Rabi’ah telah membentuk satu cara yang luar biasa di dalam mencintai Allah. Dia menjadikan kecintaan pada Ilahi itu sebagai satu cara untuk membersihkan hati dan jiwa. Dia memulakan fahaman sufinya dengan menanamkan rasa takut kepada kemurkaan Allah seperti yang pernah diluahkannya:

"Wahai Tuhanku! Apakah Engkau akan membakar dengan api hati yang mencintai-Mu dan lisan yang menyebut-Mu dan hamba yang takut kepada-Mu?"
Kecintaan Rabi’ah kepada Allah berjaya melewati pengharapan untuk beroleh syurga Allahsemata-mata.

"Jika aku menyembah-Mu kerana takut daripada api neraka-Mu maka bakarlah aku didalamnya! Dan jika aku menyembah-Mu kerana tamak kepada syurga-Mu maka haramkanlah aku daripadanya! Tetapi jika aku menyembah-Mu kerana kecintaanku kepada-Mu maka berikanlah aku balasan yang besar, berilah aku melihat wajah-Mu yang Maha Besar dan Maha Mulia itu."

Begitulah keadaan kehidupan Rabi’ah yang ditakdirkan Allah untuk diuji dengan keimanan serta kecintaan kepada-Nya. Rabi’ah meninggal dunia pada 135 Hijrah iaitu ketika usianya menjangkau 80 tahun. Moga-moga Allah meredainya, amin!

Sekarang mari kita tinjau diri sendiri pula. Adakah kita menyedari satu hakikat yang disebut oleh Allah di dalam Surah Ali Imran, ayat 142 yang bermaksud:

"Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga padahal belum nyata bagi Allah orang yang berjihad di antaramu dan belum nyata orang yang sabar."

Bagaimana perasaan kita apabila insan yang kita kasihi menyinggung perasaan kita? Adakah kita terus berkecil hati dan meletakkan kesalahan kepada insan berkenaan? Tidak terlintaskah untuk merasakan di dalam hati seumpama ini:

"Ya Allah! Ampunilah aku. Sesungguhnya hanya Engkau yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Hanya kasih-Mu yang abadi dan hanya hidup di sisi-Mu sahaja yang berkekalan. Selamatkanlah aku daripada tipu daya yang mengasyikkan."

Sesungguhnya apa juga lintasan hati dan luahan rasa yang tercetus daripada kita bergantung kepada cara hati kita berhubung dengan Allah. Semakin kita kenali keluhuran cinta kepada Allah, maka bertambah erat pergantungan hati kita kepada Allah serta melahirkan keyakinan cinta dan kasih yang sentiasa subur. Lanjutan itu jiwa kita tidak mudah berasa kecewa dengan gelagat sesama insan yang pelbagai ragam. Keadaan begini sebenarnya terlebih dahulu perlu dipupuk dengan melihat serta merenungi alam yang terbentang luas ini sebagai anugerah besar daripada Allah untuk maslahat kehidupan manusia. Kemudian cubalah hitung betapa banyaknya nikmat Allah kepada kita.

Dengan itu kita akan sedar bahawa kita sebenarnya hanya bergantung kepada Allah. Bermula dari sini kita akan mampu membina perasaan cinta terhadap Allah yang kemudian mesti diperkukuhkan dengan mencintai titah perintah Allah. Mudah-mudahan nanti kita juga akan menjadi perindu cinta Allah yang kekal abadi.

Monday, August 3, 2009

IS IT TRUE???

This Is Really True....

We have 3 stupid stages of life……….

Teen age:
Have Time + Energy …but No Money





Working Age:
Have Money + Energy …but No Time




Old age:
Have Time + Money …but no Energy



WAJAH BARU

PSS SKRKBB1

"Selamat Datang Ke PSS kami..."


Letih satu badan dok bertapa kat library SKRKBB1... Akhirnya bertukar wajah jua library ni... Walaupun x adalah sesempurna mana...Tapi, Alhamdulillah... Tu ajer sempat diusahakan dlm tempoh yg singkat... Skuad yang didatangkan dr BTP memang cukup bagus... Ngan kerjasama mereka dan bantuan pekerja2 sekolah serta guru2 SKRKBB1 yang terpilih tu ( Cikgu Azrol, Ustaz Din, Ustaz Zahar, Cikgu Dibah dan si penulis blog ni ler...) maka berubahlah wajah kusam + berdebu + mcm tongkang pecah pada library tu... Harap2 Chueail berpuas hatilah ya ngan sentuhan kami yg x selembut & sekreatif mana tuuu. Errmm.. Cikgu Zul pandai melukis ekkk... X sangka laks... Cantik lukisan kat dinding luar library... Upin & Ipin... Bila nak siap tu??? X sabar nak tgk... Hehehe... Apa pun... Betullah kata Wonder Pets... Apa yg penting??? KERJASAMA!!! InsyaAllah....ada kelapangan kami tolong lagi.(Kalau x bz). Kerja berdikit-dikit... Lama2, sempurnalah...

" Aktiviti Bantu PSS SKRKBB1. Rajin anak omakkk..."

" Wajah terkini Library SKRKBB1"


Saturday, August 1, 2009

MALAS

Jangan Malas...


Bila penyakit malas mula menyerang...., aduh terseksanya jiwa. Malas nak kuar tapi kuar jugak, malas nak masak tapi masak jugak, malas nak mandi tapi kena mandi jugak, malas nak berkebun tapi siram pokok jugak, malas nak basuh baju tapi kena basuh jugak, malas nak berkemas rumah..hehehe yg ni kalau x wat silap2 tembus telinga aku "dipot-pet" oleh Mammmm... Puan Besar kat umah ni...mmg cari nahas la..

Kenapa ntah tiba2 je dtg balik penyakit malas ni. Rasa tak de mood je nak buat apa2..or maybe sebab byk sgt benda nak buat sampai terus hilang mood nak buat apa2…kalau di ikutkan rasa malas tu mmg satu benda pun tak buat..kalau malas nak tanda paper OTI ni dah tu apa jadi ngan markah budak2 ni… Silap2 SU Peperiksaan SKRKBB1 telan aku bulat2... Nyusahkan guru2 kelas lain laks coz x dpt nak msk markah e-pantau... Tak leh tak leh.....Tak leh dilayan rasa malas ni…Kena cari motivation baru supaya hilang rasa malas ni, dan jumpa semangat yg hilang..mcm lagu la plak..

Esok dah tak boleh malas..kena rajin2… Ada kerja menanti... oh Mi Maggi dah siap ni.. Kan terlebih kembang...geli laks tekak aku nak telan...nak pegi mkn dulu…mkn pon tak boleh malas2…hehehe…blum masuk Sunday lagi dah Sunday blues…tak boleh malas…tak boleh malas…


mY MEmoRieS


Ingatan Untuk Mu... Ingatan Untuk ku

Ingatan Untuk Mu... Ingatan Untuk ku