Thursday, December 2, 2010

SIAPA TAK PERNAH MENANGIS???

~ZUBIR ALI~

Siapa yang tak pernah menangis...
Di hujung setiap ketawa
Dan lupa...
Siapakah di antara kita
Yang memalingkan muka
Ketika mendengar kalimah tuhan...
Banyak bakti yang dapat diberi
Sepanjang hidup yang sesingkat ini
Lautan manusia
Berombakan nafsu
Kebenaran terdampar di pantai kecewa...
Air mata seperti mutiara
Apakah itu rasa keinsafan
Rintihan dari hati yang rindu
Apakah itu hakikat cintamu

Wednesday, December 1, 2010

MENGALAH

Bahagiakah Apabila Selalu Mengalah???




Kehidupan yang kita lalui seharian pasti ada pasang surutnya. Air yang tenang belum tentu tiada buaya. Kebahagiaan yang kita kecapi pasti ada cabaran yang harus ditempuhi. Anda mungkin tertanya-tanya, perlukah kita beralah dengan orang di sekeliling kita? Bahagiakah kita apabila terlalu mengalah? Apa yang pasti, mengalah bukan bererti seseorang itu pengecut atau gagal. Kadang-kadang lebih baik mengalah dari terus berlawan hingga akhirnya tidak seorangpun yang menang.

Seseorang yang berwibawa sentiasa berfikiran matang dalam apa jua situasi kerana matlamat dan niat menjadi keutamaan. Keperluan untuk mengalah bagi mengelakkan lebih banyak konflik yang wujud apabila berlaku ketegangan. Mengalah itu baik tetapi usahlah berterusan tanpa sebab kerana orang sekeliling akan menganggap kita lemah.

Justeru, apabila seseorang itu boleh mengawal diri dengan sifat mengalah, orang sekeliling pasti menghormati sikap tersebut. Sifat ini menjurus kepada matlamat diri untuk menjadi seorang yang bertanggungjawab dan berwawasan.

WAALLAHUALAM...


MAAF

Pemaaf Sifat Mulia


Allah berfirman yang bermaksud:
“Jadilah engkau pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang makruf, serta berpalinglah daripada orang yang bodoh.” (Surah al-A‘raf 7: 199)

Lihatlah teladan pembukaan Kota Makkah (Fathu Makkah) yang amat masyhur dalam sirah. Rasulullah s.a.w. dengan ringan hati memaafkan penduduk Makkah yang pernah menentang Baginda dengan begitu hebat.

Allah juga berfirman yang bermaksud:
“Perkataan yang baik dan pemberian maaf lebih baik daripada sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan si penerima). Allah Maha Kaya lagi Maha Penyantun.” (Surah al-Baqarah 2: 263)

Ingin jadi mulia? Amalkan memberi maaf sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
“Tidak akan berkurang sedekah akan harta, tidak akan bertambah atas seorang hamba dengan sebab memberi kemaafan melainkan bertambah kemuliaan dan tidak akan tawaduk seseorang terhadap Allah melainkan Allah akan mengangkat darjatnya.” (Riwayat Muslim no. 2588)

Memohon maaf tidak sepatutnya bermusim, malah ia perlu menjadi tradisi harian seorang Muslim. ~Taburkan maafmu pada setiap malam saat sebelum mata terlelap buat siapa jua walaupun mereka tidak pernah memohon maaf daripadamu.~

mY MEmoRieS


Ingatan Untuk Mu... Ingatan Untuk ku

Ingatan Untuk Mu... Ingatan Untuk ku