Tuesday, November 23, 2010

CHORAL SPEAKING

~GINGERBREAD MAN~


" RUN... RUN... AS FAST AS YOU CAN !!! YOU CAN'T CATCH ME...." I'M THE GINGERBREAD MAN!!!

Mata x nak lelap plak malam ni... Biasa pukul 10 malam dah cari bantal. Hari ni dah 23 November, tetapi nak jugaklah post even yang dah lepas... Sajer-sajer ^_^ .

Cerita pasal Choral Speaking nih, inilah pengalaman pertama terlibat secara tidak langsunglah. Choral Speaking ni adalah salah satu persembahan sempena Hari Anugerah Cemerlang yang berlangsung 10 November 2010 di SKFSR. Walaupun aku ni Cg BI celup, tapi x kisahlah... Amik peluang belajar benda baru...

Persembahan Sewaktu Hari Anugerah Cemerlang 2010 SKFSR

X sampai seminggu latihannya, tapi hasilnya NOT BAD... Kira oklah... Kali pertama dan kali terakhir bekerja dgn Maz... Dan kali pertama jugak bekerja dengan Sir Engku... Tapi ni kali yg lebih dari sekali bekerja ngan Dibah. Kesimpulannya...team ni kira OK!!! Dia org ni rajin dan sungguh2 time wat keja... Hehehehe... Bodek ke ni??? X adalah... Ikhlas cakapnya nih...

~Latihan sebelum hari persembahan~

Apa pun tahniah jugak utk murid2 yang terlibat... Walaupun x kenal mereka sangat, tapi komitmen mereka, Alhamdulillah... Bagus!!! Ermmm...siapa tahu, ada rezeki tahun depan bleh tunjuk skill yang hebat lagi... InsyaAllah...

Lastly, nice work guys... Untuk Maz, harap dpt jadi kenangan terindah sebelum melangkah ke sekolah baru.. Will be Miss U, sis :) Sayonara....


USAH DIBENCI PELAKU MAKSIAT

Kita Hanya Manusia

 
Diceritakan bahawa suatu ketika Nabi Isa as sedang berjalan bersama seorang muridnya. Tiba-tiba seorang lelaki yang terkenal suka melakukan maksiat mengikuti mereka dari belakang. Murid Nabi Isa itu menoleh ke arah orang itu dengan penuh kebencian lalu dia berdoa di dalam hati, "Ya Allah, janganlah Engkau himpunkan diriku bersama orang ini." Nabi Isa tiba-tiba menoleh ke arah muridnya dan berkata, "Doamu telah dikabulkan. Allah menerima taubat orang itu dan mengusir kamu. Pergilah engkau dari sisiku."

Kita sememangya membenci perbuatan maksiat. Namun kebencian kita kepada maksiat tidak bererti membenci dan menghina orang yang melakukannya. Seringkali sikap negatif sebegini membuatkan orang semakin jauh daripada agama. Sebaliknya, kita harus membuka hati kita untuk mengasihi lalu memberi nasihat yang tulus kepadanya. Kelembutan selalunya lebih berkesan dalam mengubah orang lain daripada kekerasan atau penghinaan.



Saturday, November 20, 2010

BERILAH KERANA ALLAH

Lillahi Taala




Seringkali kita berdepan dengan situasi di mana manusia mudah berasa kecewa apabila jasa baik mereka tidak berbalas. Baik sewaktu berada di sekolah, pusat pengajian tinggi sehinggalah di tempat kerja, sesama kaum kerabat, rakan dan jiran.

Sering terdengar kekesalan dan keluhan, "Dahulu sewaktu dia dalam kesusahan bukan main baik minta pertolongan kepada kita, kita pun berbesar hati tolong dia; sekarang bila tiba giliran kita dalam kesusahan langsung dia tidak ingat, apatah lagi hendak menghulur bantuan."
Seolah-olah timbul penyesalan kerana telah bersusah-payah memberi pertolongan kepadanya suatu ketika dahulu. "Kalau tahu perangai dia macam ni, sejak dulu lagi tak patut dibantu."

Seakan-akan menjadi lumrah manusia, apabila diminta melakukan sesuatu, maka pasti dia akan menimbang-tara antara kos dan manfaat. Kos yang perlu ditanggung dan manfaat yang akan diperoleh.

Kadangkala apabila saudara kita memohon pertolongan, antara perkara pertama yang akan kita fikirkan ialah adakah kelak bila kita dalam kesusahan dia akan tolong kembali. Itu yang utama.

Kerana untuk menolongnya, pasti kita terpaksa menanggung beban masa, tenaga dan mungkin juga wang. Jadi sekiranya kita mencurah masa, tenaga dan wang untuk membantunya; perlulah kelak menerima balasan setimpal. Sekurang-kurangnya bila kita susah, dia juga patut melakukan perkara sama.
Apabila bantuan telah diberi dan tiba kitaran waktu kita pula dilanda musibah, rasa kecewa memuncak di hati sekiranya bantuan yang kita pinta dari insan yang telah kita bantu dahulu ditolak.
"Dulu dia susah kita yang tolong, sekarang dah senang dia lupa kita."

Akibatnya ramai yang menjadi kecewa, dan budaya tolong menolong antara satu sama lain diganti dengan budaya penting diri sendiri dahulu sebelum orang lain. Kita akan hanya berkorban jika habuannya setimpal atau lebih besar. Budaya ini menular hebat dalam masyarakat; daripada penuntut-penuntut ilmu di pusat pengajian sehinggalah kepada pemimpin-pemimpin politik.

Adalah menjadi fitrah manusia itu akan senantiasa pertimbang kos dan manfaat, baik dan buruk sesuatu perkara sebelum membuat keputusan. Cuma malang sekali apabila manfaat tersebut dilihat dari neraca duniawi. Habuan yang diharapkan semuanya dalam perkara keduniaan: harta, pengaruh dan lain-lain.
Sebelum kita memberi wang bantuan yang dipinta umpamanya, kita akan berfikir kelak apabila kita susah adakah dia akan memberi wang bantuan juga? Adakah dia akan meluangkan masa membantu kita pula? Bolehkah dia mengembangkan pengaruh kita? Dan pelbagai lagi persoalan keduniaan yang bermain.
Kita lupa kepada ganjaran syurga dan pahala yang jauh lebih hebat. Hati kita lebih tertarik kepada kesenangan duniawi yang apalah sangat berbanding kesenangan Akhirat. Apabila tidak pula mendapat kesenangan duniawi itu, kita merasa kecewa pula. Adakah patut kita kecewa kerana dunia? Lupa pada Akhirat?

Allah menceritakan keadaan orang-orang baik (al-Abraar) di dunia dan balasan mereka di Akhirat kelak:

[5] Sesungguhnya orang-orang yang berbakti (dengan taat dan kebajikan), akan meminum dari piala: sejenis minuman yang bercampur dengan "Kafur", -
[6] Iaitu sebuah matair (di Syurga), yang diminum daripadanya oleh hamba-hamba Allah (yang taat); mereka boleh mengalirkannya (di tempat-tempat tinggal mereka) dengan aliran yang semudah-mudahnya dan menurut kemahuannya.
[7] (Mereka dikurniakan kesenangan itu kerana) mereka menyempurnakan nazarnya (apatah lagi yang diwajibkan Tuhan kepadanya), serta mereka takutkan hari (akhirat) yang azab seksanya merebak di sana sini.
[8] Mereka juga memberi makan benda-benda makanan yang dihajati dan disukainya, kepada orang miskin dan anak yatim serta orang tawanan,
[9] (Sambil berkata dengan lidah atau dengan hati): "Sesungguhnya kami memberi makan kepada kamu kerana Allah semata-mata; kami tidak berkehendakkan sebarang balasan dari kamu atau ucapan terima kasih,
[10] "Kami sebenarnya takutkan Tuhan kami, takut Ia kenakan kami azab hari yang padanya muka orang-orang yang bersalah: masam berkerut-kerut".
[11] Dengan sebab (mereka menjaga diri dari kesalahan), maka Allah selamatkan mereka dari kesengsaraan hari yang demikian keadaannya, serta memberikan kepada mereka keindahan yang berseri-seri (di muka), dan perasaan ria gembira (di hati).
[12] Dan kerana kesabaran mereka (mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya), mereka dibalas oleh Allah dengan Syurga dan (persalinan dari) sutera.
[Surah Al-Insaan; 76: 5-12]

Fokus kepada ayat 8 sehingga ayat 10. Pada ayat 8, Allah menceritakan bagaimana orang-orang baik ini memberi makanan yang mereka perlu dan mereka suka kepada orang lain yang lebih memerlukan; iaitu fakir miskin, anak-anak yatim dan tawanan perang. Lihat bahawa orang-orang soleh ini memberi apa yang mereka perlu dan suka. Itu baru kebajikan sebenar, seperti firman Allah:

[92] Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi. Dan sesuatu apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.
[Surah Ali Imran; 3: 92]
Bukan seperti kebanyakan kita yang hanya memberi apa yang kita sudah tidak mahu lagi. Kebajikan sebenar ialah apabila kita berkorban apa yang sangat kita sayangi dan sukai.
Bukan itu sahaja, setelah orang-orang baik ini memberi apa yang sangat mereka sayangi, pada ayat 9 mereka berkata pula bahawa pemberian mereka adalah kerana Allah semata-mata, dan mereka tidak sedikit pun mengharap balasan daripada orang yang telah dibantu, bahkan ucapan terima kasih pun mereka tidak mahu.

Ramai antara kita yang mudah melatah sekiranya orang yang kita bantu tidak ucap terima kasih, bahkan ramai yang sebenarnya mengharapkan balasan sesuatu daripada orang yang dibantu. Sedangkan orang-orang yang baik itu mereka adalah sebaliknya. Jangankan balasan bantuan, ucapan terima kasih pun tidak mahu. Itulah semata-mata kerana Allah!
Pada ayat 10, diterangkan bahawa orang-orang soleh ini, apabila memberi bantuan, mereka hanya mengharap balasan daripada Allah! Mengharap kepada kasih dan rahmat Allah agar mereka selamat dan mendapat layanan baik dari Allah pada Hari Pembalasan - pada hari tersebut Allah menimpakan azab di mana orang-orang jahat akan berkerut wajah mereka kerana pedihnya dan beratnya azab hari tersebut.
Moga-moga Allah akan kasihankan orang-orang baik atas segala bantuan yang pernah mereka lakukan dahulu semata-mata kerana Allah tanpa mengharap apa-apa balasan. Maka pada ayat-ayat berikutnya Allah menceritakan bagaimana orang-orang baik ini mendapat ganjaran-ganjaran yang sangat hebat: Syurga dan diceritakan pula segala isinya yang akan dinikmati mereka.

Aduhai celakalah kita kerana tertipu dengan dunia. Mata hati kita tertutup daripada melihat kehebatan Syurga dan kehinaan dunia. Akhirnya berapa banyak persaudaraan dan persahabatan yang putus kerana kecewa akibat pertolongan yang tidak berbalas. Marilah sama-sama membudayakan amalan orang-orang baik; berilah semata-mata kerana Allah!
Lupakan balasan dunia, utamakan ganjaran Akhirat. Moga-moga kita tidak akan lagi dilanda kekecewaan dalam hidup, dan moga-moga Allah berasa kasihan kepada kita pada Hari Pertemuan dengan-Nya nanti.

Biodata Penulis : Mohd Irfan Ariffin adalah seorang pensyarah ekonomi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Kini beliau sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang PhD di salah sebuah universiti di Kanada.

Saturday, November 13, 2010

LET BYGONES BE BYGONES

UPSR 2010

"Tokoh Murid SKFSR 2010"
~Izzati Ramli & Iqbal Taufik~

What's done is done; don't worry about the past, especially past errors or grievances... Itulah bisikan untuk menyedapkan hati aku di saat keputusan UPSR diumumkan pada 11 November 2010. "Jatuh bangun tu biasa " kata kawan ku...  Tapi bagi aku yang baru memegang jawatan Penyelaras UPSR kat sek ni... Tertunduk juga dengan keputusan ini... " Elok jatuh dulu supaya dapat bangun kemudian kerana jika jatuh selepas bangun, sakitnya lagi berat" Ada benar jugakan??? Tapi utk sekolah ni sebaliknya... Pernah cemerlang ngan jayanya, tetapi kali ini jatuh merundum...  Tak perlu nak menunding jari kat saper2... Usaha sudah... Tapi rezeki setakat ini... Perlu redha tetapi tidak bererti mengalah... Let us forgive and forget old...

"Wajah ceria anak-anak SKFSR yang berjaya menggenggam 5A dlm peperiksaan UPSR 2010"

Untuk Azman, Izzati dan Nurul tahniah diucapkan. Teruskan berusaha... Kepada pelajar-pelajar yang kurang berjaya, teruskan usaha kerana perjalanan anak-anak semua masih jauh lagi, tak mustahil kejayaan akan datang menjadi milik anda juga.Yang pasti, teruskan usaha dan jangan cepat putus asa.

Kepada Warga Pendidik, Staff Sokongan dan Ibu Bapa sekalian, setiap kejayaan yang dikecapi adalah hasil dari usaha kita bersama. Kejayaan mereka adalah hadiah paling berharga di atas segala penat lelah dan pengorbanan kita dalam usaha Melakar Kecemerlangan Anak-Anak Didik Kita. Namun andai rezeki tidak menyebelahi kita, tak perlu menyalahkan siapa2... Kita hanya berusaha tetapi Allah yang menentukan...

We'll be leaving 2010 . New resolution? Nothing much, just that it's good to have a program through out the year if I can plan any. Kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan....right? Langit Tak Selalunya Cerah...

Wallahualam

Thursday, November 11, 2010

INSYAALLAH... إن شاء الله

ALLAH is always by my side!!!


Esok result UPSR 2010 akan diumumkan... Erm, dah bukan esok dah ni... Hari ini... Jam dah melangkaui pukul 12.00 am. Mata tak jugak ngantuk lagi... Risau pasal UPSR ke??? X jugak... Macam nilah lagaknya kalau ada benda yang merungsingkan... Ntah apa yang difikirkan... Ermmm... Macam2lah... Otak perempuan memang padat dgn persoalan... Umpama beg tangan wanitalah... Mcm2 ada...

Ermmm... Daripada memikirkan perkara yang tak ada kesudahan, baik layan lagu ni... Jom hayatinya... From Maher Zain ^_^




" INSYAALLAH"

Everytime...
You feel like you cannot go on... You feel so lost...
That your so alone...
All you is see is night & darkness all around
You feel so helpless... You can't see which way to go
Don't despair & never loose hope
Cause Allah is always by your side...
InsyaAllah...
InsyaAllah you'll find your way...

Everytime you commit one more mistake... You feel you can't repent
And that its way too late...
You're so confused, wrong decisions you have made...
Haunt your mind & your heart is full of shame...
Don;t despair & never loose hope
Cause Allah is always by your side...

InsyaAllah... InsyaAllah you'll find your way... InsyaAllah...
InsyaAllah you'll find your way...
Turn to Allah... He's never far away
Put your trust in Him... Raise your hands & pray
"Ooo.. Ya Allah ... Guide my steps... Don't let me go astray... You're the only one that showed me the way... Showed me the way..."
InsyaAllah ... InsyaAllah we'll find the way....

Wednesday, November 10, 2010

SALAHKAH WANITA TIDAK TAHU MEMASAK???

KALAU LELAKI TIDAK BOLEH JADI IMAM???


"Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar... Kalau lelaki tidak boleh jadi IMAM kita kata okey sajer :)" Jangan diperbesarkan nanti mereka berasa hati!!!
"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak?" Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan sejawat kami.
Maka jawablah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga, sebaliknya disuruh menumpukan perhatian sepenuhnya kepada pelajaran. Setelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.
"Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat.
"Sedang belajarlah ni, tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama. Jadi belajar memasak tetap diutamakan!". Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-gelengkan kepala.Baginya tidak sempurna seorang wanita tidak tahu memasak.
Wanita sepatutnya buat begitu juga.

Syarat utama seorang lelaki mesti boleh menjadi imam! Walau ada yang kata , jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup... Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai. Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya. Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi dari gaji suami. Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam. Ilmu bermain video game di komputer dirasa lebih perlu.
Kalau tidak tahu memasak, disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal. Jika handal bukan setakat memasak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan.
Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga? Kalau tidak pandai belajar menjadi imam.. Belajarlah!!! Mula-mula menjadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga.
" Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu boleh ke menjadi imam?" Dengus wanita yang lain. Betul juga ya??? Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama selain keperluan memenuhi seleranya???
Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini. Ternyata ramai yang menjawab tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan Al- Fatihah tidak sempurna, salah tajwid ataupun dia merasakan isterinya lebih handal. Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri. Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam.
Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami. Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak akan goyah atau menjadi mangsa " Queen Control".
Kalau tidak pandai belajarlah sekarang . Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki... ^_^

Sunday, November 7, 2010

السلام عليكم

Kembali Berblog ^_^



Perggghhhh... Lamanya chea_u menghilang... Hampir setahun ruangan ini tidak diconteng. Trust No 1, terpaksa berehat untuk jangka masa yang panjang memandangkan terlalu banyak aral yang mendatang. Masalah kesihatan, kerja2 yang perlu diselesaikan, urusan peribadi... Fuhhh.. mengalahkan PM laks lagaknya... Hakikatnya masa itu ada... dan cukup panjang... Cuma empunya diri ni jer yang tidak tahu mengurus... Selalu menggunakan alasan " Tak ada masa... Bz!!!" Walhal kalau difikirkan setiap org ada 24 jam masa sehari.. Lama tempoh masa tu kan??? Cuma aku jer yang gagal memanfaatkannya..

Tengoklah, InsyaAllah pajang umur, ada kelapangan masa akan kembali lagi dlm dunia blogger...

mY MEmoRieS


Ingatan Untuk Mu... Ingatan Untuk ku

Ingatan Untuk Mu... Ingatan Untuk ku