Sunday, November 29, 2009

GENG PAKA

Sweet Memories

Awal cuti kali ni rasa happy sangat... Kenapa ya??? Antara sebab2nya ...
Yang Pertama : Habiskan masa selama 2 hari bersama-sama kawan2 lama
Yang Ke Dua : Dapat g majlis kawin adik Kasuma & jumpa laks kawan2 lama
"Saper Kawin Nihhh???"

Yang Ke Tiga : G kenduri cukur jambul anak sulung Che Nor ( gambar x amik laks... )

Yang Ke Empat : Dapat main bowling ngan kawan2

Yang Ke Lima : Cuti2 Malaysia kat Taman Rekreasi & Mini Zoo Kemaman ngan kawan2

Yang Ke Enam : Rehat2kan minda sambil ngeteh di Pantai Kemasik ngan kawan2...


"Bukan apa... time cuti raya cam nilah dapat berkumpul bersama2.. Hilang stress waktu kerja apabila dapat ketawa, kongsi gembira ngan kawan2 lama... Thanks to my friends... Ya Anang, Kasuma & Ezai... Kawan satu sekolah... Keep in touch selagi boleh ^_^ "

Friday, November 27, 2009

HARI RAYA KORBAN

Erti Sebuah Pengorbanan


Eid Ul-Adha atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia oleh umat Islam. Ia adalah perayaan terbesar umat Islam selain Aidilfitri yang disambut 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke 10,11,12 dan 13 Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau sebelum tenggelam matahari pada hari 13 Zulhijjah.

Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari utk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah S.W.T.

Pada perayaan ini, keistimewaan berbanding perayaan lain ialah ibadat korban. Dari segi bahasa, korban bermaksud dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya. Korban di dalam Islam bukanlah perkara baru. Sejarah bermula sejak peristiwa pertikaian Qabil dan Habil lagi, di mana Allah SWT mensyaratkan kepada mereka untuk menyediakan sembelihan bagi mengadili siapa yang lebih berhak memiliki Iqlima. Tentu sekali yang lebih ikhlas dengan Allah SWT dengan menyediakan binatang yang terbaik untuk dikorbankan diterima oleh Allah SWT.

Kisah-kisah para nabi menunjukkan betapa besarnya nilai sesuatu korban dilaksanakan. Ianya melibatkan hati dan perasaan, keikhlasan dan menerima sesuatu dari Allah SWT dengan terbuka dan penuh tawakkal. Semoga nilai-nilai ini dapat dihayati oleh kita semua dalam pelaksanaan korban hanya kerana Allah SWT... Bukan sekadar menyembelih kambing, lembu atau unta semata-mata, tetapi Allah SWT inginkan ketinggian nilai dari perbuatan itu, sebagaiman contoh korban yang telah ditunjukkan oleh umat-umat terdahulu.


"SALAM AIDILADHA UNTUK SEMUA UMAT ISLAM"

Sunday, November 22, 2009

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN 2009

19 November 2009

Ni tarikh keramat sekolah ni... Hahaha.. Pada tarikh ni diumumkan KEPUTUSAN UPSR. Tahniah utk murid2 yg berjaya dgn cemerlang. Seramai 12 org berjaya mencapai 5A dan 5 org dapat 4A 1B.Tahniah jugak utk my pupils yg dpt A sains... Hafiz, Izam, Epol dan Amir ( 6 Dedikasi). Happy ngan pencapaian u all. Bab kata org,nak 1000 daya kan???

Berbalik pada event hari ini, acara penyampaian hadiah dan sijil diberikan kpd murid cemerlang akademik, sukan dan kokurikulum... Tahniah jugak utk anak2 didik 1A yg dpt No1 hingga 3 iaitu Ayie, Nadia dan Kamila. Nanti belajar rajin2 lagi ya...

" Persembahan Murid"


Selain acara penyampaian hadiah (X dpt amik gambar coz ada keja lain mengganggu), biasalah... Adalah selingan persembahan. Antaranya Nasyid, Action Song (Pra), nyayian solo, tarian Ulek Mayang, Dikir Barat dan Boria. Hadir bersama menjayakan event ni ialah YDP PIBG dan ibu bapa murid yang menerima hadiah. Hadirin yg hadir turut dirai dgn jamuan sebelum majlis bersurai.


Friday, November 20, 2009

PERASMIAN SK FELDA SERI RASAU

Pertukaran Nama SKRKBB1 Ke Sk (F) Seri Rasau



15 November 2009 maka dgn rasminya SKRKBB1 telah bertukar nama ke SK Felda Seri Rasau. Perubahan nama ni berkuatkuasa pada 1 Oktober 2009 sebenarnya. Ermm, sempatlah setahun aku mengajar kat SKRKBB1 ni.. Thn depan nama sekolah aku ni dah bertukar... Namanya jerlah yang tukar, titik koordinat sekolahnya masih sama...
Majlis perasmian oleh YB Parlimen Dungun, Tn Haji Matulidi bin Jusoh. Turut hadir pada majlis berkenaan ialah PPD Dungun, En. Zakariah bin Ali dan YDP PIBG. Ibu bapa juga turut meraikannya bersama-sama. Majlis bermula pada pukul 3.00 petang.
Menjelang hari bersejarah ni, guru2 x menang tangan... Ada persembahan murid ( Boria dan Dikir Barat), dan ada juga pameran. Bilik makan VIP pun dihias cantik. Apa yg boleh dikatakan, semua apa yg dirancang berjalan lancar. Berkat kerjasama guru2 lah katakan. Alhamdulillah :0).


" Persiapan Terakhir Menjelang Hari Perasmian"


" YB Tuan Haji Matulidi & En. Zakariah Memberikan Ucapan dan Seterusnya Menandatangani Buku Pelawat"

" Di Antara Tetamu & Dif2 Terhormat yang Hadir"

" Ini Dia Di Antara Pameran yang Disediakan oleh Panitia Sains"
* Planet2 tu Cikgu Ayu ngan Afiazri yg warna... Hehehe*

"Kunjungan Ke Bilik Pameran"


" Nikmati Jamuan yang Disediakan"

JAMUAN KELAS TAHUN 1

Jamuan Dalam Taman

Jamuan Akhir Tahun utk murid2 tahun 1 diadakan di perkarangan depan kelas tahun 1. Sajer ubah angin. Asyik dok dalam kelas jer, kami Guru2 Tahun 1 berpakat angkut meja, susun kat luar kelas.. Biasalah, dah jadi guru tahun 1 semua benda nak kena buat sendiri dari A sampai Z. Harapkan budak2 kecik ni, lain disuruh...lain dibuat!!! Sudahnya... Berulang-alik lah kami dari kantin angkut makanan dan minuman..


Kami buat jamuan ringkas jer. Tempah Nasi Goreng Cina ngan ayam goreng kat kantin. Sesuailah ngan menu kanak2 ribena ni yang x suka makan pedas. Aku pun suka makan nasi goreng.. Favourite tuuu... Kalau dpt makan nasi goreng tom yam ke, nasi goreng hailam ke macam Kat Kedai Pak Wan kat Mersing tu sedap gak... Rindu laks nak lepak2 ngan kekawan kat Sawah Dato'.

Terima kasih utk guru2 yang hadir ke jamuan ini. X sempat nak amik gambar sangat coz keletihan... Lapor plak tu... Ngadap makanan sama naik ngan tetamu yg hadir... Maunya tidak, letih bila buat jamuan terkejar-kejar ngan kerja2 yang x menang tangan. Apa pun, syukur coz ada gak kesempatan bagi makan kat budak2... InsyaAllah, panjang umur kita buat yg lagi bagus baik dr segi menu, mahupun layanan!!!

Thursday, November 19, 2009

BORIA SERI RASAU

Boria! Boria! Boria! Vs Dikir Barat!


" Boria Seri Rasau"
Macam tak percaya... Ia muncul kembali. Dah lama lupakan boria. Last tahun 2003. Waktu tu practicum kat Sk Banggol Katong, Kuala Terengganu. Teringat laks kenangan ngan Cikgu Rahimi. Tok Guru Boria... Hahaha... Sekarang tup..tup..tup... Muncul balik. Tapi kali ni lagi best... Mula2 buntu gak, tapi bila Sir Hamdan tunjuk rakaman boria sekolah lama beliau dulu... Cedoklah ideanya...


Persembahan Boria dan Dikir Barat ni merupakan persembahan untuk tatapan pada hari Perisytiharan nama SK Felda Seri Rasau menggantikan SK Rasau Kerteh Bandar B1 pada 15 November 2009 dan untuk persembahan pada Hari Anugerah Cemerlang pada 19 November 2009. Seronok jugak terlibat ngan persembahan murid ni... Release jugak tension!!! Ermmm, tahniah untuk Sir Hamdan selaku Guru Vokal... Bleh ah ganti cikgu Siti Hajar kat AF tu.. Ahaks.. Untuk Cik Hadibah, nice working with u... Hahaha... Apa yang penting??? "Kerjasama"!!!

"Persembahan Dikir Barat Sekolah Felda Seri Rasau"

Persembahan Boria dan Dikir Barat ini, dipersembahkan oleh murid-murid tahun 6. Kenangan dan sumbangan terakhir mereka sebelum meninggalkan bangku sekolah ini untuk memulakan dunia baru mereka ke sekolah menengah.

" Boria dari kami.. Murid Seri Rasau"

JAMUAN AKHIR TAHUN 2009 SK (F) SERI RASAU

12 November 2009

"Cenderahati utk Warga Sekolah "


Jamuan akhir tahun kami kali ni dibuat kat Hotel UiTM Dungun. Minggu ni kami rasa cam x cukup tangan buat kerja... Yalah, ada event besar utk disambut pada 15hb November 2009. Perisytiharan nama sekolah baru menggantikan Sekolah Kebangsaan Rasau Kerteh Bandar B1. Majlis ni bukan sekadar majlis akhir tahun, tetapi juga menjadi kenangan terakhir utk rakan guru sekolah ni sebelum berpindah ke Marang, Terengganu. Rezeki Cikgu Azniza dapat pindah ngan hubby...

"Bersama Cikgu Azniza, 2 dari kiri... Panjang umur bersua kembali"


Bila sebut jamuan, x lepaslah dari makan2.... Ada kesempatan, 4 surelah cari kamera utk bergambar... Hehehe... Nak taip apa lagi ek??? Dah lama lah katakan x jengok blog... Idea pun dah tak terkeluar dr kotak fikiran... Ermm.. Rasanya tu ajer kot nak ditaip... Haaa... Satu lagi, kami dpt hamper sorang satu,... Cabutan bertuah pun ada. Tapi cam aku ni.. X pernah nyer menang bab2 cabutan bertuah ni... X ada rezeki... Apa pun, x kisahlah, janji perut kenyang... Alhamdulillah.


" Kenangan 2009 with my Dear Friends "

mY MEmoRieS


Ingatan Untuk Mu... Ingatan Untuk ku

Ingatan Untuk Mu... Ingatan Untuk ku
There was an error in this gadget