Friday, November 27, 2009

HARI RAYA KORBAN

Erti Sebuah Pengorbanan


Eid Ul-Adha atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia oleh umat Islam. Ia adalah perayaan terbesar umat Islam selain Aidilfitri yang disambut 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke 10,11,12 dan 13 Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau sebelum tenggelam matahari pada hari 13 Zulhijjah.

Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari utk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah S.W.T.

Pada perayaan ini, keistimewaan berbanding perayaan lain ialah ibadat korban. Dari segi bahasa, korban bermaksud dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya. Korban di dalam Islam bukanlah perkara baru. Sejarah bermula sejak peristiwa pertikaian Qabil dan Habil lagi, di mana Allah SWT mensyaratkan kepada mereka untuk menyediakan sembelihan bagi mengadili siapa yang lebih berhak memiliki Iqlima. Tentu sekali yang lebih ikhlas dengan Allah SWT dengan menyediakan binatang yang terbaik untuk dikorbankan diterima oleh Allah SWT.

Kisah-kisah para nabi menunjukkan betapa besarnya nilai sesuatu korban dilaksanakan. Ianya melibatkan hati dan perasaan, keikhlasan dan menerima sesuatu dari Allah SWT dengan terbuka dan penuh tawakkal. Semoga nilai-nilai ini dapat dihayati oleh kita semua dalam pelaksanaan korban hanya kerana Allah SWT... Bukan sekadar menyembelih kambing, lembu atau unta semata-mata, tetapi Allah SWT inginkan ketinggian nilai dari perbuatan itu, sebagaiman contoh korban yang telah ditunjukkan oleh umat-umat terdahulu.


"SALAM AIDILADHA UNTUK SEMUA UMAT ISLAM"

No comments:

Post a Comment

mY MEmoRieS


Ingatan Untuk Mu... Ingatan Untuk ku

Ingatan Untuk Mu... Ingatan Untuk ku