Monday, October 26, 2009

JALAN - JALAN MAKAN ANGIN

Lawatan Ke Kuala Terengganu



Hari ni, 26 Oktober 2009 - G jalan-jalan kat sekitar Bandar KT... Ya ke??? X lah... Round2 kat Taman Tamadun Islam jer... Tgk2 monumen kat situ... Tgk keindahan Masjid Kristal & persekitarannya... Tapi, cuaca panas sangat. Nak bergambar pun susah. Dok terpejam jer matanya... Tahan bahang sang mentari.
After ke Taman Tamadun Islam, kami ke Muzium Losong laks... Muzium Negeri... Besar + Luas sangat... So, x semua tempat dpt kaki ni melangkah... Bila letih, cari bangku... Pekerja2 kat Muzium ni ramah orangnya... Around 1 pm, kami bertolak ke Pantai Batu Buruk. Makan tgh hari & solat... Kul 3.30 pm ajak budak2 g GIANT.. Shopping lah you all anak2 murid ku...
Sekali-sekala lepak ngan K. Da & K. Nah seronok jugak... Release jugak tension... Bukan senang nak dapat peluang macam ni... Walaupun mereka selalu mengusik, aku tetap seronok. Tebal2 kan jerlah telinga ni... X dgr usikan mereka rasa mcm tak sah gitu... Well, X kisahlah apa org nak kata.. Janji aku happy :0)


" Aktiviti Utama ; Smileeee!!! Bergambarlah..."

" Jadi Model Jap kat Taman Tamadun Islam"


" Bergambar Kenangan di Sekitar Muzium Losong"




Friday, October 23, 2009

PERKHEMAHAN 2009

Jom Camping!!!



Ni pengalaman pertama berkhemah kat SK (F) Seri Rasau... Seronok jugak walaupun diadakan secara sederhana. Letih memang dah tentu... Kerjasama warga sekolah... Alhamdulillah. Walaupun agak letih tapi FUN!!! 5 Unit uniform menyertainya. Ada Pengakap, Puteri Islam, Tunas Puteri, PBSM dan TKRS ( Tak Kisah RElax Sajerrr...)...

Malam BBQ semalam terkilan sket coz x ada jagung bakar seperti yang diplan. .. Tapi x perlah... Makan ayam pun ayamlahhh.. ( Ermm hilang perfume kami yang dok mengipas diganti dgn bau asap api )... Tapi x perlah coz perut kenyang. Aktiviti malam, dok pi panjat bangunan bertemankan lilin ( sorry coz gamabr x amik... Ngantuk punyer pasal sampai kamera pun x mampu nak klik! Yalah biasa kul 9 dah tido, ni dah tengah malam...)

Ada 5 pertandingan yang dipertandingkan sepanjang perkhemahan ni...Kawad kaki dimenangi oleh Unit Tunas Puteri, Pertandingan Memasak laks diungguli oleh TKRS, Pertandingan Ikhtiar Hidup oleh Puteri Islam, Gajet & Anyaman dah tentu Pengakap dan Persembahan yang cukup menghiburkan oleh Unit PBSM.. Pemenang Keseluruhan... TKRS... Tahniah!!! Hadiah disampaikan oleh En. Salman, GPK Koko...




" Nak g kawad ni... Time kawad x dpt amik gmbr coz kena jd hakim "


" Kerjasama... Kerja Sama -Sama "


" Sebahagian Gajet2 yang Dihasilkan"


"Ini dia jenput-jemput pisang yang dipertandingkan... Jemput Pisang 1 Malaysia"



" Ikhtiar Hidup ; Membuat Roti Lilit "



"Persembahan Dikir Barat PBSM ( Johan Persembahan) ; Tukang Karut paling sensasi... Cikgu Zul yang menghiburkan"



Semoga Berjumpa Lagi di Tahun Hadapan :0)

Sunday, October 18, 2009

HAJI

Labaikallah Humma Labaika... Labaikallah Humma Labaika. Labaikallah Syarika Laka Labaika. ...



Panggilan Haji telah tiba lagi... Menunaikan ibadat, panggilan Baitullah.. Minggu ni, ramai yang buat Kenduri Kesyukuran dan Doa Selamat sebelum berangkat ke Tanah Suci. Sekarang dah tiba musim Haji... Hermmm... dah sampai seru org kata... My parents x taulah bila dapat... X ada rezeki tahun ni.. InsyaAllah... Ada rezeki sampailah giliran mak pak aku laks... Aku bila laks??? Teringin juga... Tapi rasanya utk masa terdekat ni jika ada kelapangan dan x ada aral... InsyaAllah kalau diizinkan Tuhan ingin juga aku nak menunaikan umrah dahulu... X salahkan kalau angan2 dulu... Dari angan2 akan aku jadikan impian dan seterusnya kenyataan dengan merealisasikannya... Amin :0)

Ibadat Haji difardhukan sekali seumur hidup bagi setiap orang Islam, sama ada lelaki atau perempuan. Firman Allah s.w.t: Yang bermaksud: Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat Haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya dan sesiapa yang kufur (ingkarkan kewajipan ibadat Haji itu), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatu pun) dari sekalian makhluk.

Orang kata, di bumi suci ini ada macam2 perkara boleh kita tengok. Bumi suci, namum orangnya pelbagai ragam. Apabila masing2 balik ke tanahair ceritakanlah yang baik2 sahaja, untuk menambah kerinduan kepada yang belum pergi untuk ke Makkah dan Madinah. Kerana kata org, takut2 kalau diceritakan yang tidak baik, nescaya akan luntur minat dan kerinduaan orang2 yang bakal menyusul ke bumi Makkah dan Madinah ini. Memang diakui banyak sekali kenangan dan adegan yang dapat kita lihat di bumi Makkah ini. Ada pahit, manis, misteri, masam dan sebagainya... Ditambah lagi dengan pelbagai kelompok manusia duduk sekali di satu kawasan..memang unik.

Apapun, tujuan utama ke Mekah adalah untuk mendapatkan Haji yang Mabrur. Menunaikan rukun Islam yang ke 4, memohon keampunan kepada Allah di atas segala keterlanjuran di muka bumi Allah ini dan memohon agar diperkenankan segala hajat... Untuk semua bakal haji diucapkan "SELAMAT MENGERJAKAN IBADAT HAJI WAHAI TETAMU ALLAH".

Saturday, October 17, 2009

REASONS TO LIKE A WOMAN

Women Are So Special :-)



Respect Her .

Thursday, October 15, 2009

10 KEBAIKAN COKE... CUBALAH!!!

Cuba dan Buktikan Secara Saintifik


1. Masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi Coke, ia akan hancur atau hilang sama sekali dalam masa 2 hari. Elok untuk yang berniaga sup tulang!

2. Untuk mencuci tandas : Masukkan setin air Coke dalam tandas dan biarkan selama 1 jam dan kemudian 'flush'.. Kesan kotoran/hampas akan hilang dari tindakan 'citric asid' yang berada dalam Coke. Satu bahan gantian untukmencuci kalau sabun dah habis! Rasa-rasa buat sabun badan boleh tak?

3. Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta jenis chrome : Lap bumper dengan aluminium foil yang dicelup dengan Coke. Kesannya karat hilang!

4. Untuk menghilangkan kesan 'corrosion' atau hakisan pada skru/nat bateri kereta : Tuang saja setin Coke pasti kesan hakisan hilang serta merta.

5. Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat : Sekali lagi tuang setin Coke, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka.

6. Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit dari pakaian : Tambahkan setin Coke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam biasa. Kesan minyak tu pasti hilang. Kemudian bolehlah minum air basuhan tadi berperisa coke.

7. Cermin kereta anda berdebu/kotor/ melekit ? Celup tuala dengan Coke dan lap. Pasti bersih. Tak payah guna tin sembur cuci cermin cam jual di Yawata tu kerana ianya amat mahal!

8. Bahan aktif Coke adalah phosphoric asid. Ia mempunyai pH 2.8. Ia boleh meleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari. Kilang Perwaja/besi mesti suka ni!Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang dan tulang lain dalam badan yang merupakan punca utama kearah penyakit osteoporosis.Sila lihat lori yang membawa air sirap Coke dalam lori tangki,[ bukan lori yang bawa Coke siap dalam botol/tin] pasti dilengkapi dengan tanda amaran "Bahan Kimia Bahaya" atau"Bahan Penghakis : bahaya". Lori tangki itu jugadiselaputi bahan penghakis hakisan untuk mengelak lori tu dihakis. . Tolong jangan letak/parking kereta berhampiran lori tangki yang ada tanda amaran tu, silap-silap tengah bawak kereta, putus 2 sebab hakisan/karat.Para pengedar minuman Coke telah menggunakannya untuk mencuci bahagian enjin lori/trak mereka sejak 20 tahun. Wahh...mesti buat overhaul ni!

9. Kandungan gulanya 18 sudu cawan teh satu tin Coke. Cuba try bancuh kopi/teh dengan 18 sudu gula tu kat rumah dan minum mesti termuntah tapi tambahkan citric asid, mesti muka tersenyum. Tambah pula dengan ais!.Wahh!Rasa cam minum Coke berperisa kopi. Asid tersebut akan bertindak terhadap lidah untuk memberi signal kepada otak bahawa air yang diminum tidak berapa manis. Lidah ngan otakpun kena tipu.Coke membawa maksud dadah Cocaine. Asal minuman Coke adalah dicipta untuk menghilangkan rasa letih dan mengkhayalkan untuk para pekerja buruh. Cam candu masuk China dulu. Antara isi kandungannya adalah ekstrak dari daun coca [cocaine] dan kacang Cola. Tu yang mai perkataan CocaCola tu..Cuba rendamkan gigi [gigi yang patah ker tapi kalau nak rendam gigi dalam mulut tu pun boleh gak] dalam satu mangkuk Coke, pasti gigi tu hilang/lebur dalam masa 24-49 jam. Yang mana sakit gigi, try cara ni, kot-kot gigi tu bleh hilang!Kalau anda tak suka minum kopi tapi suka sangat minum Coke, sama jer! Anda minum Caffein, bahan yang sama dalam 2 minuman tersebut.

10. Di India, negeri Andhra Pradesh dan Chattisgarh secara spesifiknya para peladangnya menggunakan Coke sebagai semburan untuk membunuh serangga perosak dalam ladang kapas dan cili mereka. Jadi racun seranggalah pulak.Saper ada tanam pokok cili kat rumah tu, semburlah Coke untuk bunuh serangga. Cili tu rasa pedas manis berperisa coke kot? Cubalah!

Syarikat Coke dimiliki oleh pelabur berbangsa Yahudi 100%. Kat Mekah ada Mecca Cola. Betul ker? Yang pernah pi Mekah bleh confirm kot?Jadi, sambil-sambil kita minum Coke tu, bolehlah pada masa yang sama cuci cermin kereta, cuci baju, buka nat skru, cuci tandas , sembur serangga dll.Rupa-rupanya Coke ni boleh dibuat bahan gantian emergency jika bahan cuci/pelincir/ penghakis habis kat rumah. Semua fakta diatas anda boleh cuba sendiri dirumah jika tak percaya. Yang mana tak pass sains khasnya kimia dulu masa sekolah bolehlah buat eksperimen sains kimia ni kat rumah.Tepuk dahi tanya hati....nak minum ke tak? Saya pun minum sekali sekala!Sama-samalah kita bercoke sambil singgah KFC, time raya, time parti, time kenduri, time bola piala dunia dll.Terima kasih kerana memberi masa untuk membaca. Rajin membaca pasti berjaya. Luang-luangkanlah masa untuk membaca.

Wednesday, October 14, 2009

ARE YOU DRINKING THE RIGHT TEA???

Tea Ohhh Tea...


1. People who use their 'brain' to work or students who study hard day and night. Should drink more Chrysanthemum Tea.

2. People who need a lot of body energy to work or those people who exercise a lot everyday. Should drink Wu Loong Tea.

3. People who travel on a bike or work in dirty and polluted places. Should drink Green Tea.

4. For people who like to sit down all day long and not do anything, even exercising. Must drink Green Tea and Flower Tea.

5. People who smoke and drink a lot of alcoholic drinks. Should drink more Green Tea.

6. Carnivore (i.e. People who must eat meat at least once a day, or feel sickly). Try to drink some Wu Loong Tea.

7. People who go to the washroom too often or not often enough. Should drink more Honey Tea

8. People with high cholesterol and high blood pressure. Wu Loong Tea, Green Tea.

9. Those who work with computers everyday. Need to drink a Lotof Tea (any tea will do)..



Whenever you are working with the computer, you should make some tea; drink it when you are free.Drinking Tea is healthy, it can protect and prevent the harmful Ultraviolet light from harming us (when using computer).Furthermore, it can also relief us when we are tired and help make our body feel fresh again.


Tuesday, October 6, 2009

KEIKHLASAN DALAM BERSAHABAT

SAHABAT... TEMAN... KAWAN...RAKAN


Ukhwah yg dijalinkn dgn rasa ikhlas dlm hati akn mmbuahkan rasa bahgia krn ada insan yg sudi bersama dlm tawa dan duka.. Namun ade jg segelintir drpd kite..hanya berkawan pabila berhjatkn sesuatu@sbb2 tertentu sj... Tiada keikhlasan dlm menjlnkn persahabatan... Sedih rasanya, pabila mndpt kawan sbgini... Pglmn lalu mengajarku erti keikhlasan dlm sbuah persahabatan... Dlm bersahabat kita bukan hanya MenCARI sahabat sejati...malah kita jg harus MenJADI sahabat sejati!!

Mencari seorang teman bagaikan mencari sebutir permata dalam timbunan kaca. Bersedialah untuk dilukai. Jangan mengalah untuk terus mencari. Andai sudah menemui...Jagailah ia dengan sepenuh hati.....

Bagi aku sahabat adalah org yg bila kita lihat dia maka teringatlah kita pada ALLAH S.W.T. Dia insan yg boleh kita kongsikan apa-apa shj dan kita juga boleh mendengar apa-apa shj yg ingin dia luahkan. Sama-sama menjaga rahsia dan tidak menjatuhkan maruah rakannya. Senang bila bertemu dan tidak gelisah bila berpisah... kerana....Ukhuwah lebih manis jika sentiasa mendoakan sahabat tanpa pengetahuannya dan sentiasa memaafkan tanpa syarat. Bertemu dan berpisah hanya kerana ALLAH...

Monday, October 5, 2009

SAMBUTAN AIDILFITRI SKRKBB1

1 Oktober 2009 - Sambut kat Dewan SKRKBB1.



Sambutan Aidilfitri di SKRKBB1 terasa kemeriahannya. Suasana hari raya masih boleh dirasai walaupun Raya tahun ni x dpt aku nak sambut ngan meriah spt thn 2 lepas... Sambutan berjalan seperti yg dirancang... Semuanya berjalan lancar... Warga sekolah terutama murid2 cantik berpakaian raya..Berwarna-warni... Sambutan dimeriahkan lagi ngan rangkaian2 lagu raya yg diputarkan oleh MR. Dj ( Cikgu Zul) dan permintaan lagu2 raya oleh wargda SKRKBB1. Ermmm...oleh kerana x ada mood nak post entry kali ni... so just setakat ni jerlah yg nak ditaip... Kesimpulannya, Sambutan Raya kat SKRKBB1 Alhamdulillah MERIAH... Oh ya... Majlis turut dihadiri oleh tetamu terhormat jgk... Wakil FELDA, Pejabat Kesihatan,dan lain2 lagi... Org paling sibuk sepanjang sambutan ni dah tentu our GB, Cikgu Amin. Beliau dpt makan pun after semua jemputan berlalu...Herrmmm... sekali pandang, lagak x ubah seperti seorang bapa yang meraikan kehadiran tetamu meraikan Majlis Kahwin si anak.... Apa pun tahniah utk Warga SKRKBB1... SEKIAN ^_^

" Apa Pun... Buat Kerja Dulu Sebelum Makan"

"Persembahan Murid Yang Mengasyikkan Gituuuu"

" Jom Jamu Selera Sambil Dengar Lagu Raya"

" Bergambar Kenangan Ngan Rakan2 Guru & Murid2 Tersayang"

mY MEmoRieS


Ingatan Untuk Mu... Ingatan Untuk ku

Ingatan Untuk Mu... Ingatan Untuk ku