Sunday, October 18, 2009

HAJI

Labaikallah Humma Labaika... Labaikallah Humma Labaika. Labaikallah Syarika Laka Labaika. ...



Panggilan Haji telah tiba lagi... Menunaikan ibadat, panggilan Baitullah.. Minggu ni, ramai yang buat Kenduri Kesyukuran dan Doa Selamat sebelum berangkat ke Tanah Suci. Sekarang dah tiba musim Haji... Hermmm... dah sampai seru org kata... My parents x taulah bila dapat... X ada rezeki tahun ni.. InsyaAllah... Ada rezeki sampailah giliran mak pak aku laks... Aku bila laks??? Teringin juga... Tapi rasanya utk masa terdekat ni jika ada kelapangan dan x ada aral... InsyaAllah kalau diizinkan Tuhan ingin juga aku nak menunaikan umrah dahulu... X salahkan kalau angan2 dulu... Dari angan2 akan aku jadikan impian dan seterusnya kenyataan dengan merealisasikannya... Amin :0)

Ibadat Haji difardhukan sekali seumur hidup bagi setiap orang Islam, sama ada lelaki atau perempuan. Firman Allah s.w.t: Yang bermaksud: Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat Haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya dan sesiapa yang kufur (ingkarkan kewajipan ibadat Haji itu), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatu pun) dari sekalian makhluk.

Orang kata, di bumi suci ini ada macam2 perkara boleh kita tengok. Bumi suci, namum orangnya pelbagai ragam. Apabila masing2 balik ke tanahair ceritakanlah yang baik2 sahaja, untuk menambah kerinduan kepada yang belum pergi untuk ke Makkah dan Madinah. Kerana kata org, takut2 kalau diceritakan yang tidak baik, nescaya akan luntur minat dan kerinduaan orang2 yang bakal menyusul ke bumi Makkah dan Madinah ini. Memang diakui banyak sekali kenangan dan adegan yang dapat kita lihat di bumi Makkah ini. Ada pahit, manis, misteri, masam dan sebagainya... Ditambah lagi dengan pelbagai kelompok manusia duduk sekali di satu kawasan..memang unik.

Apapun, tujuan utama ke Mekah adalah untuk mendapatkan Haji yang Mabrur. Menunaikan rukun Islam yang ke 4, memohon keampunan kepada Allah di atas segala keterlanjuran di muka bumi Allah ini dan memohon agar diperkenankan segala hajat... Untuk semua bakal haji diucapkan "SELAMAT MENGERJAKAN IBADAT HAJI WAHAI TETAMU ALLAH".

No comments:

Post a Comment

mY MEmoRieS


Ingatan Untuk Mu... Ingatan Untuk ku

Ingatan Untuk Mu... Ingatan Untuk ku