Wednesday, September 12, 2012

UPSR KEMBALI LAGI

UPSR OH UPSR

UPSR 2012 telah pun bermula. Seminggu sebelum menjelang UPSR, guru-guru Tahun 6 belum menunjukkan tanda-tanda 'kekalahan' dalam mendidik murid masing-masing. Malah jika dibuat rondaan ke sekolah-sekolah, bermacam-macam aktiviti yang dijalankan oleh guru-guru. Setiap detik masa dimanafaatkan oleh warga guru tahun 6. Tahniah dan Syabas. Dalam keghairahan kita, jangan lupa kepada murid-murid kita. Mereka juga perlu rehat. Terutama rehat minda. Sebenarnya dah banyak input yang kita berikan kepada murid-murid kita. Sekaranglah masa untuk kita refresh semula minda mereka.... korek, gali dan keluarkan semula apa yang telah kita berikan dahulu.

Pada tanggal 11 September sehingga 13 September... Berjuanglah anak-anak didik ku... Semoga kejayaan milik kalian... Kami guru-guru telah berusaha semaksimumnya untuk anda semua!!! All out...

USAHA + DOA + TAWAKAL = BERJAYA



"Best Of Luck"


Akhir kata, selamat menjalankan tugas buat detik-detik terakhir. Selamat berjaya dan selamat maju jaya. Jumpa lagi tahun depan.


Saturday, July 28, 2012

TEKANAN

Tanya Diri Sendiri Dan Cari Sendiri Jawapannya.....

Mungkin tidak pernah sekali terlintas di minda kita,akan mengalami hari-hari penuh tekanan. Setiap hari masalah datang dan pergi....Selesai 1 masalah datang pula masalah yang lain....Kenapa perlu Allah ciptakan pelbagai masalah kepada kita? Adakah untuk membuli kita, menjadikan kita insan yang malang selalu...Kenapa kadang2 terfikir di benak kita...Kenapa Allah cuba wujudkan masalah tu cuma untuk diri kita tidak kepada insan lain di sekeliling kita.....Adakah kerana benci atau sememangnya kita ditakdirkan bernasib malang sepanjang kehidupan ini...Jadi haruslah kita belajar dan bersedia menghadapi masalah hidup sebagai satu persediaan di hari-hari yang mendatang.
 
Sejauh mana tekanan diri kita dalam bertolak ansur sesama individu. Begitu juga dengan tahap kesabaran diri kita, jangan terlalu mengambil mudah dalam hal sedemikian. Kesabaran dalam menghadapi sesuatu perkara perlu ada dalam keadaan yang sangat tinggi dalam seseorang. Jika tahap kesabaran itu adalah dalam sukatan minima, maka buruk padahnya. Kita akan dikenali dengan gelaran panas baran. Tetapi berdasarkan pengalaman, penyakit panas baran ini masih boleh dibendung dan boleh diperbaiki jika kita meyedari baik buruknya.
 
Bagaimana pula jika tahap atau nilai kesabaran individu tersebut di tahap yang tinggi? Sehinggakan individu-individu lain cuba mengambil kesempatan di atas kesabaran tersebut. Sehinggakan di mata individu tersebut terlihat dirinya seperti tidak bermaruah. Setiap perlakuan yang kita lakukan perlu ada toleransi iaitu bertolak ansur dan menggunakan kesabaran yang tinggi dalam menangani sesuatu masalah.Walaupun hanya bertolak ansur itu ada, tanpa menggunakan tahap kesabaran yang berpada. Seperti burung unta yang mebenamkan kepalanya ke dalam pasir, selama mana jika mampu menyembunyikan perasaan tersebut, tekanan itu tetap ada ....

Friday, July 27, 2012

CAPD

Continuous Ambulatory Peritoneal Dialysis


CAPD (Continuous Ambulatory Peritoneal Dialysis) adalah salah satu alternatif bagi rawatan sakit buah pinggang. Kaedah ini merupakan rawatan yang sedang mak jalani. Apakah ia CAPD?

C Continuous Dialysis carries on all the time.

A Ambulatory Unlike Haemodialysis you can move around as
    normal and carry out your daily activities.

P Peritoneal An enclosed layer of tissue where Dialysis takes place.
   The Peritoneal surrounds your intestines.

D Dialysis Dialysis removes waste products from your blood.

Ia adalah salah satu kaedah modaliti dialisis. Kaeadah ini memerlukan cecair dialisis dimasukkan ke dalam rongga peritoneal di ruang abdomen melalui tiub khas (Tiub tenckhoff) yang dimasukkan secara kekal melalui prosidur pembedahan kecil. Selaput atau membran yang menyelaputi abdomen (peritoneum) membolehkan bahan kumoh dan cecair yang berlebihan menyerap daripada darah ke dalam cecair dialisis. Cecair ini kemudiannya dibuang dari badan secara berkala.


Di dalam 'Continuous ambulatory peritoneal dialysis' (CAPD) pesakit menyambungkan beg mengandungi cecair dialisis (diantara 2 hingga 3 L) ke tiub tenckhoff untuk disalurkan ke dalam rongga abdomen. Cecair dialysis dibiarkan di dalam rongga ini selama 4 hingga 6 jam, dan dikeluarkan dari abdomen dan digantikan dengan cecair dialysis yang baru. Bagi mendapatkan dialysis yang mencukupi 4 atau 6 kali pertukaran cecair dialysis diperlukan dan dilakukan secara manual setiap hari. Kandungan Cecair dialysis terdiri daripada campuran pelbagai jenis garam dan gula (glukosa). Kepekatan kandungan gula dalam cecair dialysis menentukan kadar penyerapan (ultrafiltration) pengeluaran cecair daripada pesakit.

Cecair dialysis terdiri daripada campuran pelbagai jenis garam dan gula (glukosa). 

Sebelum menjalani rawatan di rumah, perlu menjalani kursus pengendalian CAPD di hospital dengan bantuan oleh seorang jururawat khas untuk mengajar kaedah rawatan yang tepat. Setelah lulus kursus, sebuah bilik khas yg bersih diperlukan di rumah. Selalunya 4 kali sehari diperlukan untuk rawatan ini. Setiap sesi mengambil masa lebih kurang 30 minit hingga 1 jam. Mak kata ia tidak menyakitkan dan mak bebas bergerak dan badan mak semakin sihat kerana dialisis 4 kali sehari dibandingkan hemodialisi seminggu hanya 3 kali. Mak juga boleh minum air lebih sket asalkan seimbang air dalam badan dan tidak berlebihan. Apa yang anak-anak mak harapkan semoga mak tabah hadapi dugaan Allah. Harap mak sentiasa sihat... InsyaAllah :)

Friday, May 4, 2012

SI BUJANG

Setiap Ketentuan Allah Ada Hikmahnya...

Sudah menjadi adat, jika si wanita yang berusia 30an masih membujang, ramai yang mengambil mudah tentang mereka. Kononnya golongan ini banyak duit dan tidak banyak tanggungjawab. Namun dalam masa yang sama, ramai tidak memahami dengan kesempitan mereka yang terpaksa berperang jiwa raga semata-mata untuk memenuhi kehendak yang tidak mengerti ini.

Persoalan kahwin adalah satu persoalan yang rumit untuk dirungkai terutamanya apabila bersangkut paut dengan soal jodoh. Bagi yang belum bertemu jodoh, pasti ramai yang bertanya, "BILA NAK TAMATKAN ZAMAN BUJANG?", "BILA NAK MERASA NASI MINYAK?', "JANGAN MEMILIH SANGAT", "AWAK BILA LAGI?", "NAK TUNGGU SAMPAI BILA?" dan pelbagai kata-kata yang walaupun dianggap gurauan tetapi ia kadangkala sangat mengguris hati Si Bujang...

Komen-komen yang agak pedas ini biasa didengari oleh kami wanita yang masih solo apatah lagi apabila rakan-rakan sebaya semuanya sudah berkeluarga dan beranak-pinak. Kalau Si Bujang itu wanita berkerjaya stabil... berjawatan tinggi... ditambah pula penampilan menarik, tekananya mungkin lebih hebat lagi malah ada yang membuat tanggapan, "Itulah..jawatan tinggi sangat, manalah ada lelaki berani nak dekat" atau "Sibuk sangatlah tu", "Nak tunggu lelaki berpangkat jugalah tu". Persoalannya benarkah begitu?

Herrmm...Pun begitu aku sangat bersyukur walaupun pada usia yang telah mencecah 30an masih solo. Bersyukur kerana dianugerahkan Allah adik-beradik, ipar duai dan anak-anak sedara yang banyak membantu di saat memerlukan. Di kala sakit, duka dan gembira hidupku terisi dek ikatan kekeluargaan yang kuat serta sikap saling mengambil berat di antara kami.

Siapa yang tidak mahu menjadi umat Muhammad SAW? Realiti sebenar wanita ini masih membujang hanya mereka dan Tuhan sahaja yg tahu. Kata orang "Berat mata memandang.. Berat lagi bahu memikul", kalaulah memilih jodoh itu semudah membeli ikan di pasar pastinya masalah ini tidak berlanjutan. Walaupun kadang kala ada yang sanggup memberi gelaran andartu atau wanita sepi, tertekan dan tidak bahagia tetapi terfikirkah mereka ada wanita bujang yang sukses kerjayanya ini hidup dengan selesa malah rezeki berlebihan ini pula menjadi modal menambah pelaburan akhirat untuk mengisi kebahagiaan.

Fenomena lambat bertemu jodoh ini adalah isu masyarakat dan bukannya isu peribadi sendiri. Masyarakat sepatutnya membantu golongan ini untuk cepat bertemu jodoh dan bukannya memberi tekanan kepada mereka. Majoriti wanita bujang ini mempunyai hasrat yang tinggi untuk berkahwin dan mempunyai keluarga sendiri. Namun kerana beberapa halangan, terpaksa menangguh dahulu hasrat tersebut atau mungkin jugak kerana sudah berputus asa dalam soal jodoh.

Bagi yang belum bertemu jodoh, janganlah bersedih, murung, rendah diri atau rasa tertekan. Anggaplah ini adalah ujian kita. Kita perlu terus mencari, berusaha dan teruskan berdoa. InsyaAllah, jodoh kita pasti ada. Jangan kerana jodoh belum sampai, kita menghukum diri kita dengan menafikan hak kita untuk berbahagia. Kita juga layak berbahagia seperti wanita lain.

Berbahagialah dengan apa yang kita miliki sekarang, kerjaya yang kukuh, ibu bapa, adik-beradik dan anak-anak saudara yang menyayangi dan sebagainya. Berbahagialah kerana kita dikurniakan kesihatan dan ketenangan hidup. Lakukan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat dan menggembirakan selagi ia tidak melanggar syarak...

Sabarlah dan tabahkanlah hati wahai wanita-wanita di luar sana yang belum lagi menemui jodoh. Jodoh bukan segalanya dalam hidup. Bersyukurlah dengan apa yang kita miliki. Paling penting sekali  bersyukur kerana dilimpahi nikmat Islam, Iman dan Taqwa. Bersyukurlah untuk setiap nafas kehidupan yang dianugerahkanNya. Berbahagialah dengan setiap inci rahmat dan kurniaanNya kepada kita pada setiap detik...



           ~RAILAH BAHAGIA WALAU SENDIRI~

Monday, January 23, 2012

PUNCA PELAJAR MENENGAH GAGAL MEMBACA, MENULIS

Guru oh Guru...


Cuti Chinese New Year ni dapat juga luangkan masa mengadap blog nih... Sewaktu mejengok blog2 yg ada... tertarik pada satu paparan dari tulisan seorang guru dari Lembah Pantai... kheru2006. Jom kongsi ^_^

SAYA ingin merujuk kepada tulisan Hassan Salleh bertajuk 'Di Manakah Silap Guru' di ruangan ini yang menyentuh soal wujudnya pelatih-pelatih PLKN lepasan sekolah menengah yang masih tidak boleh membaca dan menulis.
Jawapan saya sebagai seorang guru yang telah lima tahun mengajar di sekolah menengah ialah:

Di maktab perguruan, kami diajar bahawa murid yang tidak mengikut peraturan perlu dihukum. Tapi hakikatnya di sekolah, semua jenis hukuman ditangguhkan. Hukuman terbesar seperti buang sekolah pun boleh dibangkang oleh murid kerana kita ada dasar pendidikan wajib 11 tahun. Jadi semua murid boleh melanggar semua peraturan sekolah, seperti ponteng kelas dan tidak perlu menyiapkan kerja sekolah kerana tidak ada satu peraturan yang boleh menyentuh mereka. Murid boleh berjalan keluar dari kelas ketika guru sedang mengajar dan tidak ada siapa boleh menghalang mereka.

Di maktab perguruan, kami diajar supaya mendahulukan kepentingan murid berbanding sekolah. Tapi hakikatnya di sekolah, guru disuruh bertungkus-lumus membuat kerja perkeranian sehingga tidak ada masa untuk mengajar. Terbaru di negeri Johor, pertandingan dibuat di antara sekolah-sekolah untuk mencari siapakah guru yang paling cekap membuat kerja perkeranian dan mengurus fail. Tentunya guru yang menang itu akan diberi anugerah dan dapat mengharumkan nama pengetua. Tapi kebanyakan guru yang menang itu tidak pernah memenangkan murid dalam apa-apa pertandingan pun.

Di maktab perguruan, kami diajar supaya memikirkan cara bagaimana hendak mempelbagaikan kaedah pengajaran supaya murid yang pelbagai kerenah boleh dibantu. Tapi hakikatnya di sekolah, yang dipelbagaikan ialah jenis jawatankuasa, borang dan fail, bukan teknik pengajaran. Akhirnya setiap guru akan memegang 10 hingga 15 jawatan dalam pelbagai jawatankuasa, dan murid kadang-kadang satu buku pun tidak ada.

Di maktab perguruan, kami diajar supaya 'buat apa yang betul untuk murid'. Tapi hakikatnya di sekolah, pengetua hanya mahu mencari nama dan hendak cepat naik pangkat dan naik gaji. Oleh itu semua guru mesti berhempas pulas mengurus hal-ehwal sekolah. Kadang-kadang guru terpaksa meninggalkan kelas untuk hadir mesyuarat kerana pengetua mahu semua fail lengkap dan terkini.

Di maktab perguruan, kami diajar supaya mengajar mengikut tahap murid. Untuk itu, murid diasingkan mengikut kelas. Murid yang pandai dan cekap akan diletak di kelas pandai, supaya guru boleh mengajar dengan pantas. Jika kurang cekap dan lemah, akan diletak di kelas kurang pandai supaya guru boleh mengajar perlahan-lahan dan murid boleh dibantu.

Tapi hakikatnya, ibu bapa menuduh guru menganggap anaknya bodoh jika diletak di kelas hujung, jadi ibu bapa akan bawa wartawan, bawa ahli politik dan bawa ketua kampung untuk serang guru di sekolah. Oleh kerana sekolah tidak suka orang politik mencari populariti dalam sekolah, sekolah pun beralah dan murid kurang pandai ini pun diletakkanlah di kelas pandai.

Ibu bapa pun baliklah dengan bangga dan berceritalah kepada jiran-jiran, kononnya anaknya di kelas pandai. Tapi akhirnya anaknya ketinggalan kerana tak mampu mengejar murid pandai yang lain dan guru akan diserang lagi kerana tak pandai mengajar.

Di maktab perguruan, kami diajar supaya mendahulukan kepentingan klien. Tapi pihak Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) dan Jabatan Pelajaran tidak pernah anggap guru sebagai klien mereka. Guru sekolah hanya 'kuli' pihak PPD dan jabatan semata-mata. Jika PPD dan jabatan minta data, guru mesti sediakan secepat mungkin. Kalau boleh dua saat selepas diminta, data mesti sudah sampai ke pejabat.

Dua hari selepas data dihantar, PPD dan jabatan akan telefon sekolah untuk memarahi pengetua kerana guru tidak hantar data. Pengetua pun marahlah kepada guru dan guru pun terpaksalah meninggalkan kelas untuk menghantar lagi data buat kesekian kalinya kerana PPD dan jabatan memang tidak pernah simpan apa-apa data pun. Setiap kali mahu apa-apa mereka akan minta dari sekolah, sehingga data yang sama boleh dihantar hampir sepuluh kali ke pejabat. Tanyalah kepada Guru Penolong Kanan Hal-Ehwal Murid, berapa kali agaknya data enrolmen murid dihantar ke pejabat dalam setahun.

Saya fikir kesilapan pihak guru ialah, lain yang diajar di maktab, lain yang perlu dbuat. Pengetua, PPD, jabatan dan ibu bapa, semua membuli guru sekolah. Kalau maktab perguruan mahu membantu hapuskan buta huruf, ajarlah guru pelatih bagaimana hendak 'mengajar' orang atasan.




PEACE NO WAR!!!



Sunday, January 22, 2012

TUHAN BERIKAN AKU CINTA

Aku Juga Berhak Bahagia...




Walau aku senyum bukan berarti
Aku selalu bahagia dalam hari
Ada yang tak ada di hati ini
Di jiwa ini hampa

Ku bertemu sang adam di simpang hidupku
Mungkin akan ada cerita cinta
Namun ada saja cobaan hidup
Seakan aku hina

Tuhan berikanlah aku cinta
Untuk temaniku dalam sepi
Tangkap aku dalam terang-Mu
Biarkanlah aku punya cinta

Tuhan berikanlah aku cinta
Aku juga berhak bahagia
Berikan restu dan halal-Mu
Tuhan beri aku cinta

Ku bertemu sang adam di simpang hidupku
Mungkin akan ada cerita cinta
Namun ada saja cobaan hidup
Seakan aku hina

Tuhan berikanlah aku cinta
Untuk temaniku dalam sepi
Tangkap aku dalam terang-Mu
Biarkanlah aku punya cinta

Tuhan berikanlah aku cinta
Aku juga berhak bahagia
Berikan restu dan halal-Mu
Tuhan beri aku cinta

Sunday, December 25, 2011

RAHSIA HATI

What Is In Your Heart???


Alihkan matamu ke laut, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan, tetapi hanya Allah sahaja tahu rahsia di dalamnya, begitulah dengan kehidupan manusia, riang ketawa.. tetapi hanya Allah yang tahu rahsia kehidupannya, jika kau kecewa, maka pandanglah sungai.. airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu menghalang, jika kau merasa sedih pandanglah ke langit, kau akan sedar bahawa Allah sentiasa bersamamu..

Namun ketahuilah di sebalik rasa sedih ini,sebenarnya Allah bakal memberikan kegembiraan kepada kita dan di sebalik kekecewaan itu Allah bakal memberikan harapan yang lebih baik kepada kita,kerana kesedihan dan kekecewaan tak bermaksud kasih sayang Allah telah padam untuk kehidupan kita.Bahkan terus bersama kita.Cuma bagaimana kita cuba untuk menerima ketentuan dan memahami kehendak hidup ini..

Friday, December 23, 2011

DUNIA

Apa Itu Dunia???


Dunia itu hanyalah 3 hari....

1. Hari Yang Telah Berlalu
    ~ Maka tidak ada lagi kesempatan di tanganmu... Dari hari tersebut

2. Hari Esok
   ~ Hari yang tidak dapat mengetahuinya , entahkan dapat menemuinya atau tidak...

3. Hari Ini
  ~ Hari pada saat kamu berada di dalamnya

***Oleh itu, pergunakanlah "hari" dengan sebaik-baik mungkin ^_^***



 MENGAPA BEGITU???

Tak usahlah sebut pasal cinta, jika anda tidak sebenar-benarnya mengambil kisah...

Tak usahlah bercakap tentang perasaan, jika ia tidak berada di hati anda...

Tak usahlah menunjuk ke dada, jika anda berhasrat melukakan hati pasangan anda...

Tak usahlah sebut cinta abadi, jika ada di hati anda untuk berpisah...

Tak usahlah memandang anak matanya, jika anda berbohong kepadanya...

Tak usahlah sebut helo, jika kelak anda akan mengucapkan selamat tinggal...

Tak usahlah katakan dia satu-satunya, jika ada orang lain di sisi...

Tak usahlah kunci hatinya, jika anda tiada anak kunci untuk membukanya kelak.



Tuesday, December 20, 2011

RAPUH

Ruang Kemaafan




Detik waktu terus berjalan
Berhias gelap dan terang
Suka dan duka tangis dan tawa
Sergores bagai lukisan

Seribu mimpi berjuta sepi
Hadir bagai teman sejati
Di antara lelahnya jiwa
Dalam resah dan air mata
Ku persembahkan kepadaMu
Yang terindah dalam hidup

Meski ku rapuh dalam langkah
Kadang tak setia kepadaMu
Namun cinta dalam jiwa
Hanyalah padaMu

Maafkanlah bila hati
Tak sempurna mencintaiMu
Dalam dadaku harap hanya
DiriMu yang bertahta

Detik waktu terus berlalu
Semua berakhir padaMu



Sunday, December 18, 2011

JODOH

Jangan Mencari Terlalu Sempurna...


Jika kamu memancing ikan... Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu... Jangan sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu sahaja... kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.


Begitulah juga...

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang... Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya... Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja... Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatimu.

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh... Cukuplah sekadar keperluanmu... Apabila sekali ia retak... Tentu sukar kamu menampalnya semula... Akhirnya ia dibuang...Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi.

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya... Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa... Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya... Akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.

Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya... Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... Yang kamu pasti baik untuk dirimu... Mengenyangkan... Berkhasiat... Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain... Terlalu ingin mengejar kelazatan... Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya... Kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan... Yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu... MENYAYANGIMU... MENGASIHIMU... Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain...

Terlalu mengejar kesempurnaan... Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia berlalu... Kamu juga yang akan MENYESAL...


mY MEmoRieS


Ingatan Untuk Mu... Ingatan Untuk ku

Ingatan Untuk Mu... Ingatan Untuk ku
There was an error in this gadget