Wednesday, July 29, 2009

STAY THE SAME

Dedicated this song to me... Chea_u...
& My Beloved Friends...

Stay The Same
Luv' this song a lot...

Joey McIntyre
STAY THE SAME





Don't you ever wish ....you were someone else,
You were meant to be .... the way you are exactly.
Don't you ever say ... you don't like the way you are.
When you learn to love yourself, you're better off by far.
And I hope you always stay the same,
cuz there's nothin' 'bout you I would change.


I think that you could be...
Whatever you wanted to be
If you could realize,
All the dreams you have inside.
Don't be afraid
If you've got something to say,
Just open up your heart and let it show you the way.


Believe in yourself
Reach down inside.
The love you find will set you free.
Believe in yourself, you will come alive.
Have faith in what you do.
You'll make it through
Don't you ever wish
You were someone else
You were meant to be
The way you are exactly
Don't you ever say
You don't like the way you are
When you learn to love yourself
You're better off by far
And I hope you'll always stay the same
Cuz there's nothing 'bout you I would change
No, there's nothing 'bout you I would change
^_^
2009

Monday, July 27, 2009

REZEKI

"Orang Memberi Kita Merasa.....
Orang Berbudi Kita Berbahasa..... "




Alhamdulillah... Rezeki... Seronok juga mengajar di sekolah kat kampung ni... Ada jer rezeki orang bagi... Seronok apabila musim buah tiba. Bukan disogokkan... Tapi orang dah beri... Kita merasa jerlah. Bak kata pepeatah... " Rezeki jangan ditolak... Musuh jangan dicari....".

Nyum2... dapat buah manggis satu plastik hari ni... Baik hati juga budak2 6D ni... Tau ajer cikgu dia suka makan manggis... X sabar2 nak makan bila tgk buah tu. Tapi kena sabar jap coz meeting laks sampai kul 2. Sampai umah... apa lagi... Bercintalah ngan si manggis ni... X kisahlah manggis... Hitam2 kau pun manis jer isinyer...


Last week dapat buah salak. Ni pun favorite aku... Bagi lah satu plastik gerenti habis punyer... Tapi nak buah yg manislah... Buah rambutan pun dapat... Meriah betul dok SKRKBB1 ni... Pemurah jugak mereka... Buah durian??? Hehehe... Teringat laks dok Mersing... Serik aku dpt durian free... Yalah... Hati org siapa tahukan... ikhlas ke tak??? Atau ada niat disebaliknya kan...

Apa pun terima kasih my pupils... Saaaayaaaaang u alllllll!!!! Semoga dimurah2kan lagi rezeki kalian.... InsyaAllah.


"Gendang gendut... Tali kecapi...
Kenyang perut.... Suka hati.... "


Sunday, July 26, 2009

TONGUE TWISTERS

You could do better....


BEGINNERS
  • Black bugs' blood

  • Tiny orangutan tongue!
  • A laurel-crowned weather

  • Urgent detergent

INTERMEDIATE

  • How can a clam cram in a clean cream can?

  • Send toast to ten tense stout saints' ten tall tents

  • Can you can acan as a cannel can can a can
  • You cuss, I cuss, we all cuss, for asparagus
  • Six hicks nick slick bricks with picks and sticks

EXPERT

  • I wish to wish the wish you wish to wish, but if you wish the wish the witch wishes, I won't wish the wish you wish to wish

  • Denise sees the fleece, Denise sees the fleas. At least Denise could sneeze and feed and freeze the fleas

  • A skunk sat on a stump. The skunk think the stump stuck, and the stump think the same skunk stunk

  • Lesser weather never weathered lesser wetter weather

Saturday, July 25, 2009

SIAPA LEBIH EMOSI???

Emosi...

Andai bicara soal emosi, bagaikan lumrah lelaki sering terlepas daripada dilabel kaki merajuk atau individu yang cepat sensitif.

Andai emosi dikaitkan dengan lelaki sekalipun, gambaran tepat mungkin merujuk kepada sikap lelaki yang cepat naik angin atau kurang penyabar. Ini mungkin tempias dari stigma ciri-ciri maskulin yang ada dalam diri lelaki itu sendiri.

Secara tradisinya, lelaki sering dianggap kurang beremosi berbanding wanita. Benarkah begitu? Apakah lelaki hilang mancho andai mempamerkan emosi seperti menangis atau bersedih di khalayak ramai?

Dalam aspek lain, lelaki dikatakan lebih menonjolkan emosi andai berdepan dengan situasi kritikal seperti keadaan di mana hak atau sesuatu yang menjadi miliknya cuba dirampas. TIDAK PERCAYA? Cuba "USIK" lelaki yang sedang beratur untuk membayar bil & pintas gilirannya dengan berdiri di depan dengan selamba. Tentu lelaki itu naik angin, bukan???

Walaubagaimanapun, memang diakui, pada waktu tertentu, wanita akan menjadi terlalu emosional dan juga sensitif. Seelok-eloknya, jika sudah tahu seseorang itu jenis cepat emosional, elak dari membuat sesuatu atau mengeluarkan kenyataan yang boleh menimbulkan kesedihan atau kemarahan mereka. Mereka yang menyedari diri terlalu emosional pula, sewajarnya berusaha untuk mengawal emosi supaya tidak keterlaluan.

Daripada emosi jugalah lahirnya sifat kasihan dan kemanusiaan. Bagaimana kalau seseorang langsung tidak memiliki emosi??? Fikir-fikirkanlah...

Thursday, July 23, 2009

KEMBALI LAGI

HOSPITAL SULTANAH NUR ZAHIRAH KUALA TERENGGANU


Hari ini aku bertolak awal pagi ke sana. Seronok jugak berada di jalan raya waktu2 begini. Best memandu. X sibuk. Udara pun nyaman. X perlu pasang pendingin udara. Ini merupakan kali ke 3 aku ke sini. Kembali lagi....Sampai di sana... Fuhhh.. Mana nak park kereta??? Dah penuh... Rasa dtg dah awal.. Agaknya nak bertolak kul berapalah baru tak penuh parking ni ya...

Selepas semua proses pendaftaran selesai di unit kecemasan, maka langkah kaki diatur ke unit pembedahan di tingkat 3. Ramainya orang... Masing2 menunggu ahli keluarga yang dirawat... Pada riak wajah mereka... suram, x bermaya. Seolah-olah menhgarapkan sesuatu yang ajaib berlaku pada ahli keluarga yang terlentang di Bilik ICU...

Aku cuba memanjangkan leher yang tak berapa panjang ni ke Dewan Pembedahan Umum. Mak oii... Muka x nampak. Hanya 2 mata jer berkelip-kelip. Ada juga mata2 itu berselindung dek kaca mata jernih. Mask menyembunyikan wajah mereka yg putih bersih itu.. Semua serius... Mereka berbincang di satu sudut. Agaknya berbincang tentang pembedahan yang akan dilakukan.
Wajah doktor2 yang berulang-alik di unit itu, aku perhatikan seorang demi seorang. Air muka mereka tenang. Wajahnya bersih.... Sebersih dan setenang air jernih yang mengalir di sungai2 yang tidak dicemari. Skema gitu lagaknya... Huhuhu... Yalah, terpancar seri di wajahnya mungkin kerana pengorbanan dan tugas mulia menyelamatkan orang... Aku pernah dgr org berkata, wajah doktor bersih & berseri mukanya kerana menolong ramai orang, membantu mereka yang memerlukan... menyelamatkan banyak nyawa. Mulia sungguh tugas doktor.. Terima kasih doktor :0)

Sewaktu menuggu di ruang menuggu, aku tertarik memerhati satu keluarga yang sugul di ruangan itu. Ramai ahli keluarga mereka di ruangan itu. Aku cuba curi2 dengar apa sebenarnya yang berlaku. Rupa2nya seorang ahli keluarga mereka sedang berdepan melawan maut. Accident. Kritikal. Kata doktor 50-50. Pemuda tu berusia 21 tahun. Masih muda... Harap2 Allah dapat memberi peluang untuknya menikmati keindahan alam ini. Pemuda dari Kemaman itu koma. Sehinggalah pagi ini, barulah dapat membuka mata. Namun, kegembiraan itu seketika apabila doktor memaklumkan pemuda berkenaan perlu dibedah. Namun risikonya, pemuda berkenaan akan lumpuh. Berlinang air mata si ibu tua. Tangan tua yang terketar2 menyeka air mata yang gugur dr kelopak matanya. Terharu aku melihat senario itu.. Andai tak dibedah, mana lah sanggup si ibu hanya melihat anak terunanya terkelip2 ngan linangan air mata mencurah-curah. Si Ibu tahu, dibedah atau tidak peluang anaknya hidup tetap 50-50. Tapi, yalah... yang penting ikhtiar. Sementara itu, Si Abang bergegas ke surau untuk solat hajat. Memohon agar dipermudahkan segala urusan nanti. Si Ayah pula duduk beralaskan surat khabar di koridor kerana tempat menunggu dah dipenuhi orang. Tersentuh hati kecik aku melihat keadaan ini. X dapat aku nak bayangkan kalau aku di tempat mereka. Ya Allah, semoga dijauhi musibah sebegini.

Dalam asyik memerhatikan keluarga itu, pandangan aku tertumpu kepada sekumpulan manusia berbaju putih. Mereka tolak apa tu??? Uppsss... ada budak perempuan terbaring ngan kepala tertutup dgn penutup kepala warna hijau di stretcher. Badan dia pun ditutupi ngan kain hijau. Budak tu dibawa ke bilik pembedahan. Sakit aper laks tu.... Selang 30 minit, datang pula sekumpulan lagi manusia seperti tadi. Kali ini bawa pemuda berjanggut laks. Banyaknya wayar berselirat di muka, di hidung, di badan... Uhhhh... takut plak aku tgk.

Macamtulah keadaan di unit pembedahan. Betul2 lah mcm siri kat TV tu... ER.. Pengalaman baru aku di HSNZ.


Siapalah pencipta alat ni ya???. Angkut pesakit silih berganti ke Dewan Pembedahan.. Banyak jasanya ....

Saturday, July 18, 2009

HADIAH MALAM JUMAAT

Perkara : Hadiah Malam Jumaat
(Pengalaman Salih Al Mazi)


Pada suatu malam bertepatan malam Jumaat Salih Al Mazi pergi ke Masjid jamik untuk mengerjakan solat subuh. Kebiasaannya ia berangkat awal sebelum masuk waktu subuh dan melalui sebuah pekuburan. Di situ Salih duduk sekejap sambil membaca apa-apa yang boleh mendatangkan pahala bagi ahli kubur memandangkan waktu subuh masih lama lagi. Tiba-tiba dia tertidur dan bermimpi melihat ahli-ahli kubur keluar beramai-ramai dari kubur masing-masing. Mereka duduk dalam kumpulan-kumpulan sambil berbual-bual sesama mereka.
Al Mazi ternampak seorang pemuda ahli kubur memakai baju kotor serta tidak berkumpul dengan ahli-ahli kubur yang lain. Dia duduk seorang diri di tepi kuburnya dengan wajah murung, gelisah kerana sedih.

Tidak berapa lama kemudian datang malaikat membawa beberapa talam yang ditutup dengan saputangan. Seolah-olah seperti cahaya yang gemerlapan. Malaikat mendatangi para ahli kubur dengan membawa talam-talam itu, tiap seorang mengambil satu talam dan dibawanya masuk ke dalam kuburnya. Semua ahli kubur mendapat satu talam seorang sehingga tinggallah si pemuda yang kelihatan sedih itu seorang diri tidak mendapat apa-apa.

Dengan perasaan yang sedih dan duka dia bangun dan masuk semula ke dalam kuburnya. Tapi sebelum dia masuk Al Mazy yang bermimpi segera menahannya untuk bertanyakan keadaannya. "Wahai hamba Allah ! Aku lihat engkau terlalu sedih, mengapa ?" tanya Salih Al Mazy. "Wahai Salih, adakah engkau lihat talam-talam yang dibawa masuk oleh malaikat sebentar tadi?"tanya pemuda itu. "Ya aku melihatnya. Tapi apa benda di dalam talam-talamitu?" tanya Al Mazy lagi.

Si pemuda menerangkan bahwa talam-talam itu berisi hadiah orang-orang yang masih hidup untuk orang-orang yang sudah mati yang terdiri dari pahala sedekah, bacaan ayat-ayat suci Al Quran dan doa. Hadiah-hadiah itu selalunya datang setiap malam Jumaat atau pada hari Jumaat. Si pemuda kemudian menerangkan tentang dirinya dengan panjang lebar. Katanya dia ada seorang ibu yang masih hidup di alam dunia bahkan telah berkahwin dengan suami baru.Akibatnya dia lupa untuk bersedekah untuk anaknya yang sudah meninggal dunia sehingga tidak ada lagi orang yang mengingati si pemuda.

Maka sedihlah si pemuda setiap malam dan hari jumaat apabila melihat orang-orang lain menerima hadiah sedangkan dia seorang tidak menerimanya. Al-Mazy sangat kasihan mendengarkan cerita si pemuda. Lalu dia bertanya nama dan alamat ibunya agar dia dapat menyampaikan keadaan anaknya. Si pemuda menerangkan sifat2 ibunya.
Kemudian Al Maizy terjaga. Pada sebelah paginya Al Maizy terus pergi mencari alamat ibu pemuda tersebut. Setelah mencari kesana kemari beliaupun berjumpa ibu si pemuda tersebut lantas menceritakan perihal mimpinya. Ibunya menangis mendengar keterangan Al Maizy mengenai nasib anaknya yang merana di alam barzah.Kemudian ia berkata :"Wahai Salih ! Memang betul dia adalah anakku. Dialah belahan hatiku, dia keluar dari dalam perutku. Dia membesar dengan minum susu dari dadaku dan ribaanku inilah tempat dia berbaring dan tidur ketika kecilnya."
Al Maizy turut sedih melihat keadaan ibu yang meratap dan menangis penuh penyesalan kerana tidak ingat untuk mendoakan anaknya selama ini. "Kalau begitu saya mohon minta diri dahulu." kata Al Maizy lalu bangun meninggalkan wanita tersebut. Tatkala dia cuba untuk melangkah si ibu menahannya agar jangan pulang dahulu. Dia masuk kedalam biliknya lalu keluar dengan membawa wang sebanyak seribu dirham. "Wahai Salih, ambil wang ini dan sedekahkanlah untuk anakku, cahaya mataku. Insya Allah aku tidak akan melupakannya untuk berdoa dan bersedekah untukya selama aku masih hidup."

Salih Al Maizy mengambil wang itu disedekahkannya kepada fakir miskin sehingga tidak sesenpun dari seribu dirham itu yang tinggal. Dilakukannya semua itu sebagai memenuhi amanah yang diberi kepadanyaoleh ibu pemuda tersebut.
Pada suatu malam Jumaat di belakang selepas itu, Al Maizy berangkat ke masjid jamik untuk solat jamaah. Dalam perjalanan sebagaimana biasa dia singgah di perkuburan. Di situlah dia terlena sekejap dan bermimpi melihat ahli-ahli kubur keluar dari kubur masing2. Si pemuda yang dulnya kelihatan sedih seorang diri kini keluar bersama-sama dengan memakai pakaian putih yang cantik serta mukanya kelihatan sangat gembira.

Pemuda tersebut mendekati Salih Al Maizy seraya berkata : "Wahai tuan Salih,aku ucapkan terima kasih kepadamu. Semoga Allah membalas kebaikanmu itu. ""Hadiah dari ibuku telah ku terima pada hari jumaat." katanya lagi. "Eh, Engkau boleh mengetahui hari Jumaat ?" tanya Al Maizy. "Ya, Tahu." "Apa tandanya?""Jika burung-burung di udara berkicau dan berkata "Selamat! Selamat pada hari yang baik ini, yakni hari Jumaat."

Salih Al Maizy terjaga dari tidurnya. Dia cuba mengingati mimpinya dan merasa gembira kerana si pemuda telah mendapat rahmat dari Allah disebabkan sedekah dan doa dari ibunya.(Petikan kisah Wali-Wali Allah (2) terbitan syarikat Nurulhas).


"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun" (Sabda Rasulullah SAW). Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya dia telah mendapat kemenangan yang besar." (Surah Al-Ahzab:71)"

Friday, July 17, 2009

TANGAN YANG INDAH

Kepada sesiapa yang masih ada ibu...



Ketika hari minggu , ibu mengajak saya untuk shopping bersamanya kerana dia menginginkan sepasang kurung yg baru. Saya sebenarnya tidak suka pergi membeli belah bersama dengan orang lain, dan saya bukanlah orang yang sabar, tetapi walaupun demikian kami pergi juga ke pusat membeli belah tersebut. Kami mengunjungi setiap butik yang menyediakan pakaian wanita, dan ibu saya mencuba sehelai demi sehelai pakaian dan mengembalikan semuanya. Seiring hari yang berlalu, saya mulai penat dan kelihatan jelas riak2 kecewa di wajah ibu.

Akhirnya pada butik terakhir yang kami kunjungi, ibu saya mencuba satu baju kurung yang cantik . Dan kerana ketidaksabaran saya, maka untuk kali ini saya ikut masuk dan berdiri bersama ibu saya dalam fitting room, saya melihat bagaimana ibu mencuba pakaian tersebut, dan dengan susah mencuba untuk mengenakannya. Ternyata tangan-tangannya sudah mulai dilumpuhkan oleh penyakit radang sendi dan sebab itu dia tidak dapat melakukannya, seketika ketidaksabaran saya digantikan oleh suatu rasa kasihan yang dalam kepadanya. Saya berbalik pergi dan cuba menyembunyikan air mata yang keluar tanpa saya sedari. Setelah saya mendapatkan ketenangan lagi, saya kembali masuk ke fitting room untuk membantu ibu mengenakan pakaiannya.

Pakaian ini begitu indah, dan ibu membelinya. Shopping kami telah berakhir, tetapi kejadian tersebut terukir dan tidak dapat dilupakan dari ingatan ..

Sepanjang sisa hari itu, fikiran saya tetap saja kembali pada saat berada di dalam fitting room tersebut dan terbayang tangan ibu saya yang sedang berusaha mengenakan pakaiannya. Kedua tangan yang penuh dengan kasih, yang pernah menyuapi, memandikan saya, memakaikan baju, membelai dan memeluk saya, dan terlebih dari semuanya, berdoa untuk saya, sekarang tangan itu telah menyentuh hati saya dengan cara yang paling berbekas dalam hati saya. Kemudian pada malam harinya saya pergi ke kamar ibu saya mengambil tangannya, lantas menciumnya ... dan yang membuatnya terkejut, saya memberitahunya bahwa bagi saya kedua tangan tersebut adalah tangan yang paling indah di dunia ini. Saya sangat bersyukur bahwa Tuhan telah membuat saya dapat melihat dengan sejelasnya, betapa bernilai dan berharganya kasih sayang yang penuh pengorbanan dari seorang ibu.


Saya hanya dapat berdoa bahwa suatu hari kelak tangan saya dan hati saya akan memiliki keindahannya tersendiri. Dunia ini memiliki banyak keajaiban, segala ciptaan Tuhan yang begitu agung, tetapi tak satu pun yang dapat menandingi keindahan tangan Ibu...


Note: Berbahagialah yang masih memiliki Ibu.
Dan lakukanlah yang terbaik untuknya....

MENGAPA WANITA ISTIMEWA???

Women Understand Women Better

Mama dan Papa sedang menonton TV, seraya mama berkata. " I letih la..dah lewat ni, I nak tido lah....". Mama pun pegi dapur nak tutup tingkap dapur, nanti masuk pulak lipas... Leceh pulak nanti.. Dah tu, ade pulak rice cooker dalam sink... Rendam lepas makan tadi... Basuh jap... Susun pinggan kat rak, lap dapur...terpercik kena sambal masa masak tadi...Check air panas dalam flusk..,takut habis pulak nanti.. Yalah malam anak nak susu...Ermm memang dah kering pun flusk ni, jerang la air... Sementara tunggu air masak, nampak pulak bekas gula dah kosong....Salin la gula... Check bubur untuk anak nak hantar ke taska esok.. Nasib baik ade lagi... Ishh...ni lauk bila ni, semalam...dah beku dah...,basuh la kejap....Pegi yard, masukkan baju kotor dalam mesin basuh...penat dah ni..., Hermm besok je la basuh... Sidai kaian lap je lah..Tik...bunyi air dah masak... Salin air dalam flusk...ok. Settle... Baru teringat tak semayang lagi... On da way nak g bilik, papa tgk tv lagi... Nampak pulak beg anak untuk hantar ke taska... Check...baju 2 pasang, towel...towel kecik utk selsama...calamine lotion, untuk sapu ruam...pampers 4 keping.... Alamak...!!! .Terlupa pulak masukkan botol...basuh botol jap...ok settle.... Ternampak pulak beg g keje...emm.. besok nak pakai beg polo coklat lah, asik2 pakai beg hitam ni je...salin jap barang2 ...cek sume 6 poket beg, takut la tetinggal apa2.. Leceh pulak..selalunya barang yang tertinggal tu la yang nak pakai nanti...hishhh sempit la beg ni...hangin je...nak kena beli ni beg baru...rasenya 25 hb ni Sogo sale nih...mana flyers tadi ek.. Ha ni die..ok, catit jap kat yellow sticker, nanti lupa..ok! settle...

Tetiba dengar suara papa..." U buat apa lagi tu... Tadi kata nak tido.."...." Yelah nak tido la ni... nak smayang jap..." Masuk toilet..buat apa2 yang patut...cuci muka dulu.. 2 jenis lak tu... adoi..gosok gigi...smayang. ..pakai toner...pakai treatment cream...nak lawa and maintain punya pasal lah ni... Nanti orang kata baru anak satu dah macam anak 4 pulak...huhuhuhu. .. Bukak almari...emmm. ..pakai baju hijau ni lah besok...gosok kejap... Check baju papa, baju papa pun kena gosok jugak ni...kat bilik belakang... la, napa komputer ni tak tutup ni... gelas kopi pun ade lagi, dah bersemut dah.. Ishhh g dapur, basuh. Sambung gosok baju...gantung elok2...kemaskan baju gantung2...masukkan seluar papa yang dah kotor dalam tempat kotor...ok settle..Dgr suara papa lagi..." I dah ngantuk ni.." Dalam pada nak masuk ke bilik... OOowh. ..pokok aku dah nak mati ni ha..lupa dah 3 hari tak siram...Ok, siram jap...check jap pintu ni... Sah tak kunci lagi...grill pun tak tutup... Ni kalau tak check ni, senang2 je mat indon masuk rompak umah aku...Bukak lampu luar.. Ni mainan ni sepah2...masukkan la dalam bakul mainan budak ni...banyak nya...sampai bawah meja makan pun ade...adoi.. ..ok dah!! ... Ok dah boleh baring...adoi sakitnya pinggang... Cium si comel ni kejap... Selimutkan die... Laa..napa basah ni...emm, tukar la pempers ni...tak bagus la brand ni, nanti nak tukar lain la...nanti g Sogo 25hb ni beli la skali... Ok sayang tido k... Kalau boleh jangan la bangun tgh malam ni eh.. Tido sampai pagi k... Gud nite..sweet dreams... Aaaahh...sedapnya dapat baring. Mana pulak lotion sapu kurus aku nih... Ha, ni dia...sambil sapu lotion kurus,,,setkan alarm...setkan program kerja besok... Pg kul 9.30 ade meeting.Aahh...boring. Panas pulak lotion nih..dah la... Ermm..sedapnya lelapkan mata...Ya Allah...terima kasih untuk rezekiMU hari ini,...mohon keberkatan dari mu tuhan...Papa pun bangun tutup tv..." I dah ngantuk sangat ni...nak tido lah...citer pun tak best malam ni,bola pun akde..." Selang seminit... dengar suara papa berdengkur...Dah agak dah....

So?....apa yang peliknya..?? Anda tahu kenapa wanita hidup lebih lama?...SEBAB ADE BANYAK KERJA NAK KENA BUAT....tu yang tak boleh nak mati cepat tu...

MANDIKAN AKU BONDA

Sebuah Cerita Tragis


Rani, sebut saja begitu namanya. Kawan kuliah ini berotak cemerlang dan memiliki idealisme tinggi. Sejak masuk kampus, sikap dan konsep dirinya sudah jelas: meraih yang terbaik, di bidang akademik maupun profesion yang akan diceburinya. ''Why not the best,'' katanya selalu, mengutip ucapan seorang mantan presiden Amerika.


Ketika Universiti menghantar mahasiswa untuk studi International Law di Universiteit Utrecht , Belanda, Rani termasuk salah satunya. Saya lebih memilih menyelesaikan pendidikan kedoktoran. Berikutnya, Rani mendapat pendamping yang ''selevel''; sama-sama berprestasi, meski berbeza profesion.

Alifya, buah cinta mereka, lahir ketika Rani dilantik sebagai staf diplomat, bertepatan dengan selesainya suami dia meraih PhD. Lengkaplah kebahagiaan mereka. Konon, nama putera mereka itu diambil dari huruf pertama hijaiyah ''alif'' dan huruf terakhir ''ya'', jadilah nama yang enak didengar: Alifya. Saya tak sempat mengira, apa mereka bermaksud menjadikannya sebagai anak yang pertama dan terakhir.


Ketika Alif, panggilan puteranya itu, berusia 6 bulan, kesibukan Rani semakin menggila. Bak garuda, hampir setiap hari ia terbang dari satu kota ke kota lain, dan dari satu negara ke negara lain.


Sebenarnya saya pernah bertanya, ''Tidakkah si Alif terlalu kecil untuk ditinggal-tinggal? '' Dengan pantas Rani menjawab, ''Oh, saya sudah mengandaikan segala sesuatunya. Everything is OK!'' Ucapannya itu betul-betul ia buktikan. Layanan dan perhatian anaknya, ditangani secara profesional oleh baby sitter "mahal". Rani cuma mengawal jadual Alif melalui telefon. Alif membesar menjadi anak yang kelihatan lincah, cerdas dan mudah mengerti.

Nenek-neneknya selalu menonjolkan kebanggaan mereka kepada cucu yang amat dikasihi itu, tentang kehebatan ibu-bapanya. Tentang jawatan dan nama besar, tentang kekerapan menaiki pesawat, dan wan g yang banyak. ''Contohlah ayah-bonda Alif, kalau Alif besar nanti.'' Begitu selalu nenek Alif, ibu Rani, berpesan di akhir cerita sebelum tidurnya. Ketika Alif berusia 3 tahun, Rani bercerita kalau dia minta adik. Terkejut dengan permintaan tak terduga itu, Rani dan suaminya kembali menagih pengertian anaknya. Kesibukan mereka belum memungkinkan untuk menghadirkan seorang adik buat Alif. Sungguh anak kecil ini "memahami" orang tuanya. Buktinya, kata Rani, ia tak lagi merengek minta adik. Alif, tampaknya mewarisi karaktor ibunya yang bukan perengek.


Meski kedua orangtuanya kerap pulang lewat, ia jarang sekali merungut.Bahkan, kata Rani, Alif selalu menyambut kedatangannya dengan penuh ceria. Maka, Rani menyapanya ''malaikat kecilku''.


Sungguh keluarga yang bahagia, fikir saya. Meskipun kedua orangtuanya super sibuk, Alif tetap membesar penuh cinta. Diam-diam, saya irihati pada keluarga ini. Suatu hari, sebelum Rani berangkat ke pejabat, entah mengapa Alif menolak dimandikan baby sitter. "Alif ingin Bonda mandikan", ujarnya penuh harapan. Serba salah saja Rani, yang setiap detik waktunya sangat berharga, gusar. Ia menolek permintaan Alif sambil terus berdandan dan mempersiapkan keperluan pejabatnya. Suaminya pun turut membujuk Alif agar mau mandi dengan Tante Mien, baby sitter-nya.


Sesungguhnya, Alif mengerti dan menurut, meskipun wajahnya berkerut. Peristiwa ini berulang sampai hampir seminggu. ''Bonda, mandikan aku!'' kian lama suara Alif penuh tekanan. Lalu, Rani dan suaminya berfikir, mungkin itu kerana Alif sedang dalam masa pra-sekolah, jadinya agak lebih minta perhatian. Setelah dipujuk-pujuk, akhirnya Alif dapat ditinggal juga.


Pada satu petang, saya dikejutkan oleh telefon Mien, si baby sitter. 'Puan doktor, Alif demam dan kejang-kejang. Sekarang di Emergency." Dengan pantas, saya terus ke ICU. But it was too late. Allah swt sudah punya rencana lain. Alif, si malaikat kecil, telah dipanggil pulang oleh-Nya.


Rani, ketika diberi tahu tentang Alif, sedang meresmikan pejabat barunya. Ia sangat terperanjat. Setibanya di rumah, satu-satunya keinginan dia adalah memandikan putranya. Setelah seminggu Alif mula menuntut dimandikan, Rani memang menyimpan komitmen untuk suatu masa memandikan anaknya sendiri.
Dan siang itu, janji Rani terkabul, meskipun setelah tubuh si kecil terbaring kaku. ''Ini Bonda Lif, Bonda mandikan Alif,'' ucapnya lemah, di tengah-tangah jamaah yang sunyi. Satu persatu rakan Rani menjauhi dari sisinya, berusaha menyembunyikan tangisan.


Ketika tanah merah telah menutup jasad si kecil, kami masih berdiri di sisi pusara. Berkali-kali Rani, sahabatku yang tegar itu, berkata, ''Ini sudah takdir, ya kan . Sama saja, aku di sebelahnya ataupun di seberang lautan, kalau sudah masanya, ia dia pergi juga kan ?" Saya diam saja.


Rasanya Rani memang tak memerlukan hiburan dari orang lain. Suaminya tegak seperti tak bernyawa. Wajahnya pucat, pandangannya kosong. "Ini konsekuensi dari sebuah pilihan," ujar Rani, tetap mencuba tegar dan kuat. Hening seketika. Angin senja meniupkan aroma bunga kamboja.
Tiba-tiba Rani berlutut. "Aku ibunyaaa!" teriaknya seperti histeria, lalu meraung hebat. Rasanya baru kali ini saya menyaksikan Rani menangis, lebih-lebih lagi tangisan yang meledak. "Bangunlah Lif, Bonda mau mandikan Alif. Beri kesempatan Bonda sekali saja Lif. Sekali saja, Aliiif.." Rani merintih merayu-hiba. Seketika kemudian, ia mencampakkan dirinya ke pusara dan tertelungkup di atasnya. Air matanya membanjiri tanah merah yang menaungi jasad Alif. Senja pun makin tua.


Nasi sudah menjadi bubur, sesal tidak lagi dapat menolongnya.Hal yang nampaknya mudah sering kali menimbulkan sesal dan kehilangan yang amat sangat.Sering kali orang yang sibuk 'di luar', asik dengan dunianya dan ambition sendiri hingga mengabaikan orang-orang disampingnya yang disayanginya. Akan masih ada waktu 'nanti' buat mereka jadi abaikan saja dulu. Sering kali orang takabur dan merasa yakin bahawa pengertian dan kasih sayang yang diterimanya tidak akan hilang. Merasa mereka akan mengerti kerana mereka menyayanginya dan tetap akan ada. Pelajaran yang sangat menyedihkan.


Semoga yang membacanya dapat mengambil iktibar yang terkandung dalam kisah tersebut. Mungkin kita kerja luar untuk sehari dua dan permintaan si kecil yang selalu tinggal dengan bibik kita ambil mudah, minta air kita suruh bibik ambik, sikat rambut, bibik sikat, mandi dan berpakaian seperti di atas, pastinya bibik juga. Kkadang kala tidur si kecil pun dengan bibik. Untunglah mereka yang dapat bersama anak selalu. Mungkin juga bukan sahaja anak-anak kita, bagaimana pula suami/isteri/ ayah dan ibu di kampung? So, doa-doalah agar kurang out station kita, kalau perlu juga, doa-doalah kita sempat lihat wajah mereka apabila pulang nanti...

Thursday, July 16, 2009

KAMILAH JAGOAN


Abdul Rahman Limbong Tunjuk Taring


" Milik Kami - Pasukan Rumah Hijau"





















SKRKBB1, 16 Julai 2009 - Temasya Merentas Desa 2009 telah ditamatkan dengan penuh kegirangan, kegembiraan, keseronokan dan yang sewaktu denganya oleh warga SKRKBB1. Acara Merentas Desa pada tahun ini telah diungguli oleh Kontinjen Rumah Abdul Rahman Limbong atau dikenali sebagai Kontinjen Rumah Hijau. Kejayaan pasukan ini memadamkan ramalan di bibir mulut mereka yang 100% confident kononya Pasukan Rumah Kuning akan menjuarai temasya kali ini... (Maklumlah sebelum acara merentas desa ni, pertandingan Bola Baling, Bola Jaring, Bola Sepak asyik memihak pd team mereka ajer... X mcm rumah Hijau asyik tercorot jer kan).

Sepanjang acara ini berlangsung, kerjasama dr semua pihak terutama warga SKRKBB1 (ni termasuk semua pekerjalah bukan guru2 jer), polis2 dan pasukan Rela amat bagus.. ( Bilangan mereka yg terlibat, x sempat nak tanya). Apa yg pasti temasya kali ini BEST ler jugak....

Tahniah untuk Pasukan Rumah Hijau sekali lagi yang berjaya menewaskan pasukan Rumah Biru, Rumah Kuning dan Rumah Merah. Berikut keputusan Merentas Desa 2009 yang dilakarkan dalam sejarah pada hari ini...

Johan : Rumah Abdul Rahman Limbong ( Rumah Hijau )
Naib Johan : Rumah Dato' Bahaman ( Rumah Biru )
Ke- 3 : Rumah Mat Kilau ( Kuning )
Ke-4 : Rumah Tok Janggut ( Merah )


Untuk mereka yang berjaya tahniah diucapkan. Kepada yg gagal cuba lagi. Semoga Jumpa Lagi pada tahun hadapan. Majulah Sukan Untuk Sekolah :0)




" Orang Kuat Temasya Apa2 Sukan SKRKBB1 : Mr. Kamal Baharin. Serius tuuuuhhh"


" Wajah ceria anak2 SKRKBB1 sebelum acara bermula"



"GPK Koko & GPK 1 melepaskan peserta Merentas Desa"


" Hadiah2 yg disediakan utk pemenag2"

" Cikgu Wan menyampaikan hadiah kepada pemenang cilik - Sukaneka Pra"

" Acara Merentas Desa Bermula"


" Jom Makan Roti + Ais krim "



" Post istimewa dr Kaum Hawa SKRKBB1"


" Kamilah Jogaon Terhebat Merentas Desa 2009"
"Kalau ada sumur di ladang,
Boleh kita menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Boleh kita berjumpa lagi..."

Dahhhh!!!!

Monday, July 13, 2009

PISANG DAN HATI

MAAF DAN KEMAAFAN


Memaafkan dan melupakan apa yang telah berlaku akan melapangkan dan meringankan bebanan anda. Menyimpan dendam boleh mengakibatkan tekanan dan beban yang berat untuk ditanggung.



Langkah-langkah:

Ingat kembali apa yang telah berlaku.

Mengakui semua perasaan yang anda alami. Selalunya di sebalik rasa terluka atau sedih terdapat perasaan marah.

Luahkan perasaan anda dengan menulisnya, mengadu kepada kawan atau membiarkan diri anda melalui apa yang anda rasa.

Bertanggungjawab terhadap emosi-emosi anda sendiri. Walaupun anda berasa bersalah, anda mempunyai alasan-alasan sendiri terhadap emosi-emosi yang dialami. Terserah kepada anda untuk memutuskan bila masanya anda bersedia untuk berhenti daripada berasa marah atau tersinggung.

Beritahu kepada orang berkenaan mengenai kelakuannya yang telah menyinggung perasaan anda. Anehnya ialah anda tidak akan berasa benar-benar bersedia untuk memaafkannya sehinggalah anda tahu yang orang berkenaan telah mendengar dan memahami apa yang anda luahkan.

Cuba memahami pandangan orang lain, walaupun anda tidak benar-benar bersetuju dengannya.

Bina semula kepercayaan dalam perhubungan. Kenalpasi mengenai sikap atau perlakuan yang boleh diterima pada masa akan datang, apabila tiba masanya.

Buat keputusan untuk memaafkan, dan ucapkan kemaafan anda kepada orang berkenaan. Apabila anda telah melakukannya, berusahalah untuk meneruskan perhubungan dan melupakan sama sekali perkara tersebut.

Petua-petua:

Anda boleh memaafkan seseorang tanpa membiarkan dia terus berkelakuan begitu; memaafkan bukan bermakna bersetuju.

Elakkan sikap mempertahankan diri. Lepaskan perasaan anda dahulu semasa orang yang bersalah itu tiada di hadapan anda - ini akan membantu interaksi menjadi lebih produktif.

Tunggu sehingga anda benar-benar bersedia untuk memaafkan. Hormati perasaan anda dan ambil masa selama mana yang anda perlukan.
"HANAN.COM.MY"


Semua orang melakukan kesilapan, dan bukan semua orang perfect.. jadi maafkanlah dia. Kalau boleh doakan dia agar diberikan hidayah dariNya..
Jom ikuti kisah dan teladan... PISANG & HATI...


Maryam, guru kelas Tadika menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid-muridnya. Setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari. Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci.

Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastic berisi pisang masing-masing. Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan biji. Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci.
"Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu. Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya" beritahu Cikgu Maryam.

Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang masing-masing di dalam beg. Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk Kanak-kanak itu mula merungutdan marah. Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau busuk. Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan.
Seminggu berlalu, pagi-pagi lagi murid-murid Maryam sudah bersorak. Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa.

"Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama seminggu?" tanya Cikgu Mayam.
Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih teruk lagi, terpaksa tidur, makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk.

"Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu" beritahu Cikgu Maryam.

Maryam mengingatkan anak muridnya supaya membuang jauh-jauh perasaan benci daripada membebani hidup. Kemaafan adalah yang terbaik. Menyayangi lebih baik darpada membenci…!

Saturday, July 11, 2009

CIUMLAH INSAN BERGELAR IBU


" WALAUPUN IBU BAPA MEMBENCI & PILIH KASIH TERHADAP ANAK, TAPI TANGGUNGJAWAB ANAK TERHADAP IBU BAPA TIDAK AKAN TERHAPUS"




Orang kata aku lahir dari perut Ibu..
Bila dahaga, yang susukan aku.. Ibu
Bila lapar, yang suapkan aku.. Ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. Ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Ma!
Bila bangun tidur, aku cari.. Ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang.. Ibu
Bila nak bermanja, aku dekati.. Ibu
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah.. Ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya.. Ibu
Bila nakal, yang memarahi aku.. Ibu
Bila merajuk, yang memujukku cuma.. Ibu
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah.. Ibu
Bila takut, yang tenangkan aku.. Ibu
Bila nak peluk, yang aku suka peluk.. Ibu


" Jika salah seorang dr kedua2nya @ kedua2nya sekali sampai kpd umur tua dlm jagaan & pemeliharaamu, maka janganlah engkau berkata kpd mereka ( sebarang perkataan yg kasar) sekalipun perkataan 'Ah'. & janganlah pula engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yg mulia (yg bersopan-santun)".
( Surah Al-Israa: ayt 23)


Begitu indah & luhurnya apa yg telah Allah tetapkan di dlm al-Quran. Sesungguhnya Allah Maha Adil & Mengetahui apa yg ada di dlm hati naluri seseorang. Kita kena sentiasa ingat, apa jua yg dibuat oleh anak walaupun kecil diberi pahala oleh Allah. Hinggakan Rasulullah s.a.w bersabda " Seorang anak yg memandang muka ibu bapa pun satu ibadat". Belum lg tindakan yg lain seperti menjaga ibi bapa, memberikan kasih sayang, layanan yg baik, beri duit & merawatnya semua dijanjikan Allah dgn pahala. Seperti yg dijelaskan dlm Riwayat at-Tabrani ; " Berbaktilah kamu kpd ibu bapa kamu agar anak2mu kelak akan berbakti kepadamu".

Untuk mencari keredhaan ibu bapa tidak sukar. Kebanyakaan org tidak tahu, mereka hanya peluk & cium isteri, cium kekasih, pakwe, makwe & kwn2 tapi kita lupa utk mencium ibu bapa kita. Biasanya org kita hanya cium ibu bapa bila tubuh sudah terbujur... Masa itulah baru hendak cium dr kaki sampai ke kepala. Rasulullah s.a.w ada meneybut di dlm sabdanya,: " Siapa cium kedua-dua mata ibunya akan terhindar dr seksa api neraka."

Friday, July 10, 2009

DUIT SENDIRI

Aku & Kenderaanku...

+-, dah hampir 6 tahun aku kerja. Guna duit sendiri nak sara idup. Hasil titik peluh sendiri. Rezeki yg aku cari harap2 diberkati Allah. Aku mula rasa duit sendiri selepas tamat belajar di U. Mula rasa pegang duit sendiri ketika umur 22 tahun. Aku kerja kat Deli Giant kat Jejantas Sg Buluh. Keja kat restoran. Dptlah gaji RM 600 sebulan. Keja gilir shift. Pg kul 6 msk, kul 6 blk. X pun kul 11 pg msk, kul 11 mlm blk. Bila free aku lepak kat Central Market. Tgk org lukis potret. Aku suka sgt ngan ketekunan artis2 ni melukis. Kreatif.... Berjam2 pun x pe aku ngadap mereka. Aku keja x lama kat Sg. Buluh tu.... Dalam sebulan lebih jer coz letih ahhh... Yalah kena bsh pinggan, cuci dpr, buat air, masak nasi lemak seperiuk besar, panaskan makanan, mop lantai, jd cashier, kira stok...aduhhh... Lotihhh... Yg paling parah layan karenah pelanggan. Tapi x pelah...sekadar cr duit poket sebelum konvo.

Aku kemudian bekerja sebagai Research Assistant kat KUSTEM. Skrg dah dikenali sbg Universiti Malaysia Terengganu. Kerja dlm 2 bulan di bawah projek Dr. Anuar. Pasal Spirulina jgk... Lebih kurang cam projek yg aku buat msk Final Year Project ngan Dr. Aziz. Then aku diterima msk ke Maktab Perguruan Sultan Mizan. Amik KPLI selama setahun. 2004 hingga sekarang... Aku dgn bangganya jd seorang pendidik... Tak adalah terpesong sgt dr cita2 aku... Yalah... aku sebenarnya nak jadi lecturer. Tapi ntahlah... rezeki aku kot jd CIKGU. Aku redha... Ada rezeki..mana tau kot2 aku sambg bljr lagi... Capai cita2 aku tu... InsyaAllah.

Opps.. aku sebenarnya nak coretkan pasal kenderaan2 yg aku miliki guna duit aku ni... Kenderaan2 yg termampu aku miliki... Nak beli yg mewah2... x mampu. Gaji cikgu... Bukanlah besar sgt. Janji aku x jd hamba kenderaan. X nak lah org kata... Bergaya bukan main tapi poket habuk pun x ada... Janji senang aku bergerak sudahlah...Aku rasa selepas ni aku x nak pikir lg pasal kenderaan coz nak guna duit utk beli aset lain laks... Tapi kalau tanya aku nak miliki keta apa... Aku minat Honda Jazz... Tapi... Aku minat lagi nak pandu Harrier... Huhuhu... Mimpi jerlah...

Ni kapcai kesayanganku. Kris Modenas. Aku tunggang kuda besi ni jerlah dr kuarters kakak aku kat Teluk Ketapang tu ke KUSTEM.Ni time jd RA. Then, 2 minggu sekali aku tunggang mtr ni balik Paka. Kuala Terengganu - Paka... Dalam 2 jam setengah aku dok bertenggek atas mtr tu tiap kali nak blk kg. Kebas satu badan. Tapi aku enjoy tunggang mtr. Vroooommm jd minah rempit jap... Hehehe... Then, mtr ni jgk aku guna masa 1st posting kat Mersing. TAD 5472. Hujan, panas..ngan mtr tulah. Ni hasil titik peluh pertama aku... Skrg ni, mtr ni dah jadi milik pak aku. Pak bwk g solat ke masjid kat Paka ni setiap hari. Dah jd milik Pak aku... Hemm susah ler aku nak tunggang lagi. Aku pernah jgk tertonggeng ngan mtr ni. Wat aksi akrobatik time nak sambut raya. Waktu tu aku tunggang mtr ni ngan K.Mi aku. Kesian K. Mi... Jth tergolek ke depan. Nasib x masuk kolam... Yalah pembonceng selalu teruk. Tu gara2 aku x leh kawal mtr then terbabas. Kes nak wat kek coklat sambut raya... Hehehe...

"Ok lagi mtr ni... Jaga elok2 ya Pak...."

Ni laks aku beli tahun 2005. Kelisa SE. TAK 6527. Ngan keta minilah aku berulang Mersing - Paka. Ngan si comel ni jgk aku round2 Johor. Ngan si kecik ni jgk aku angkut budak2 sekolah ke mana2 tempat yg diarahkan oleh pihak sekolah... Byk kenangan ngan keta ni. Ada suka..ada duka... Skrg ni ntah jd milik saper ntah... Dah menetap di Mersing keta aku ni. Kata kwn2 ku kat sana..Keta aku ni dah dimiliki oleh seseorang. Tapi x taulah saper... Terkenang2 jgk ngan si Kelisa ni. Tapi yalah...dah jd milik org. Apasal lah aku jual??? Kalau x bleh jgk aku bwk keta ni ke sekolah br aku ni... Rasa2nya mampu lg nak byr keta ni kalau x jual... Tapi... Hemmm...Dah berlalu... Ngan keta ni, aku 2X xcdnt. Kali pertama kat depan RHB Bank kat Dungun tu... Kat traffic light. Zrrrpppp... mtr langgar aku. aduh...skt tul. Lg sakit bila mamat tu langgar lari... Kali kedua thn lepas. Kat Pekan. Blk kg nak sambut puasa. Mtr jgk. Ni gara2 keta depan aku break emergency. Aku sempat break.. tapi mtr belakang aku??? Kena lg. Tapi kali ni teruk ler... Kasihan mamat berdua tu... Tergolek kat tgh jln. Nasib x kena gilis dek bas kat belakang. Bwk g klinik...Syukur x patah ank org... Kasihan jgk kat TAK aku. Huhuhu... Sakitnyer sampai aku pun tumpang rasa. Cian nyer keta aku time tu...

" Aku dan Kelisa ku "

Ni keta terkini aku. Aku beli bln 8 thn 2008. Keta raya... Aku beli keta ni tanpa dirancang. Seminggu sebelum poser, aku jalan2 ngan Aida, housemate aku... Konon nak g psr raya beli bawang. Sekali ntah cam mana kaki kami melangkah ke bilik jualan ProDua. Aku tetiba laks tertarik kat keta ni. MyVi SE. Dok uji pandu... Dok silau2... Tup2 aku tertempah ler keta ni... X rancang pun... Hehehe... Ngan keta ni pun aku xcdnt gak. Tapi kali ni...aku langgar bontot keta org... Asyik aku jer yg kena langgar kan... Wat cerita br laks...Langgar keta org ( Hehehe.. X niat pun... X sengaja.. Xcdnt )...Keta cikgu sekolah aku jgk... Keta Dibah... Sajer nak cium keta org... Hurmppp... Biawak punyer pasal... Cian Dibah time tu... Aku tau perasaan dia... Tapi aku pun sedih jgk.. Huhuhu... 1st time MyVi aku luka parah bahagian depan... Sedih tuhan ajer yg tahu... Tapi x pelah... Benda dah nak jadi...

" JLE 1204... Kereta kesayanganku. Tanda kenangan dr Mersing "

Ni laks keta yg aku pandu dlm mimpi jerlah... Just tgk kat jln2 jer... Sesambil memandu MyVi ku... Jeling2lah keta yg lalu. Mana tau kot2 terpandang si dia ni...Nak pandu sendiri x adanyer... Huhuhu... X salahkan kalau bermimpi jer.... Toyota Harrier Hybrid Alcantara...

Thursday, July 9, 2009

PPSMI

Pembelajaran Sains & Matematik Dalam Bahasa Inggeris




Mata pelajaran Sains dan Matematik akan kembali diajar dalam bahasa Melayu di sekolah kebangsaan manakala bahasa ibunda di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan Tamil mulai 2012. Keputusan Kabinet hari ini mengubah dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang dilaksanakan pada 2003. Muktamad dr Timb. PM selaku, Menteri Pelajaran Malaysia.. Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Emmm... Bagi aku, ini satu keputusan yang bijak. Aku yakin ramai yg di luar sana pun bersetuju... Tak kisahlah walau bajet dah banyak tumpah, bangkangan lebih deras dari sokongan... Hasil pun tak begitu memberangsangkan. Better pikir strategi lain...

Personally, aku setuju jgk dengan PPSMI, tapi bukan bertujuan untuk memperbaiki penguasaan BI. PPSMI perlu untuk subjek sains itu sendiri. Konsep sains apabila diterjemah ke bahasa lain, kadang2 penggunaan kosa kata yang tidak begitu sesuai mengubah maksud. Then, rujukan pn lebih banyak in English (dalam peringkat yang lebih tinggi)... Kira PPSMI nih macam one of the preparation for future...cuma masalahnya... pelajar luar bandar yang kian ketinggalan. Yang scor akan terus mantap, yang tertinggal akan hilang mood. Hhmm... Sebagai contoh.. baru2 ni aku jaga exam utk pre-trial UPSR ...kelas last kat sek tu, budak2 semua termenung, bukan nak jawab exam tu, bila tanya kenapa tak jawab, "tak faham la cikgu, .. kami mana reti baca english.. Bahasa Melayu pun cukup makan" .. ni situasi sebuah sekolah kampung, sekolah bandar mungkin tak de la macam ni... Pikir2 balik... yap... kasihan budak2 kg ni... Hhurmm..kalo nk memperkasakan Bahase Inggeris tu, knp x tekankan je sbjek BI tu sndri? Dr sbjek BI tu, tekankan pmbelajaran brkenaan vocabulary, grammar, past tense..present tense..tense2...dll. Jadi x perlu la Math n Sains dlm BI. Aku dulu kt skola blaja Sains n Math dlm BM...tp bile msuk u, dua2 subjek tu kne blaja dlm BI...tp aku still lg bleh follow. X de ape mslh pn... Keputusan kabinet kira oklah tu. Belajar Sains & Math dalam Bahasa Ibunda. Utk bg budak faham sebenarnya dan tambah minat dlm kedua2 subjek tu. Then bila dah faham, masuk Form 6 dan Matrikulasi kira oklah nak belajar Sc & Math dlm English pun... Belajar makin lama makinlah tough... Sedia maklumlah...

Jadi selepas ini ... Harap x adalah lagi tindakan kurang wajar seperti tunjuk2 perasaan di kalangan masyarakat Malaysia (aku takut ngan rusuhan2 nih) kerana sepatutnya tidak ada lagi mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dengan apa yang telah kerajaan lakukan itu kerana ia mengambil kira kepentingan negara dan kemahuan majoriti rakyat. InsyaAllah...Tidak ada mana-mana negara di dunia ini yang membentuk dasar pendidikannya secara mendadak, tanpa memikirkan kepentingan murid dan kesediaan guru. Utk membuat sesuatu dasar perlu penyelidikan dan penelitian dan bukan hari ini cakap, tup2 terus on...Hanya cikgu2 yang berdepan dengan murid2 ni tahu dan faham situasi sebenar....Laporan, kajian kadang2 tak menepati... Sepatutnya, jadilah macam Khalifah Umar, kena gi sendiri, masuk sekolah tanpa keluar surat nak datang, duduk bersama pelajar ... Tgk dan fahami apa yang sebenarnya berlaku... Dan jangan pilih sekolah2 ternama sahaja utk dijadikan pengukur sesuatu dasar yang diputuskan...

MAKNA DI SEBALIK NAMA

RAHAYU SAID


R : ..seorang yang lucu
A : ..seorang yang gila-gila
H : ..setia kepada yang satu
A : ..seorang yang gila-gila
Y : ..disukai oleh sesiapa saja
U : ..disenangi oleh semua orang

S : ..membuat orang tertawa
A : ..seorang yang gila-gila
I : ..manis dan romatis
D : ..kekasih yang terbaik pernah dimiliki oleh siapapun


* SEKADAR SUKA-SUKA *

MY BIGGEST FEAR

ALLODOXAPHOBIA

Baru2 ni aku sajer jer amik quiz kat facebook... Konon nak tgk " What Is My Biggest Fear???". Amik haaa... Ni dia result nyer... Fear of opinions... Berat jugak ni... Kalau betul... Heeemmmm really need help... Hahahaha...

"I don't like it when people tell me what they think of me, either it is good or bad. I enjoy life more when people keep their comments to themselves (which is not easy for any of my friends). I need to just calm down and take their advice. Even if it goes against everything I believe in. "

Tapi aku rasa..aku ni jenis x kisah... Katalah apa org nak kata. Tapi jgn terover sangat sudah... Gunung berapi meletup plak nanti... Aku ni memang suka pendam sesuatu. Tapi kalau dah meletup... Aku x jamin... Huhuhu :0) Apa pun.. byk2 lah bersabar dan beristigfar... Perasaan takut tu salah satu mainan syaitan... Cukuplah takut pada Yang Esa, Allah s.w.t.


Monday, July 6, 2009

PRA PERCUBAAN UPSR 2009

5 Julai - 7 Julai 2009



Pra percubaan dah bermula pada 5 Julai 2009. Terasa makin hangat bahang UPSR. Aku sedikit sebanyak risau jugak ngan my pupils ni. Pencapaian mereka macam yoyo. Budak2 6 Dedikasi ni ada tenggelam timbul. Ntah cam mana lah dia org jawab exam kali ni. Soalan quite tough jugak utk subjek Sains ni. Most questions about application, extrapolation, interpretation & principal of science... Complementation hanya ada 2 soalan jer. Emm..hope they can do it properly....

Apa pun kena pikir positiflah. Aku rasa masih ada masa nak improve dia orang punyer kemahiran dlm proses sains. InsyaAllah..latih tubi yang berterusan mampu baiki kelemahan mereka... Harap2lah... Bagi aku kejayaan mereka, kejayaan aku jugak... Yg penting aku x bleh cpt putus asa... Dan begitu jugak adik2 ku di 6 Dedikasi... Kita cubalah setakat mana yang terdaya kita usahakan... InsyaAllah...

E-Book

E-book...


Apa tu??? Hemm...e-book ni adalah komputer riba atau buku elektronik yang memuatkan semua sukatan buku teks. (Kali ni utk Year 5 ).Sama isinya ngan buku2 tekslah... Exactly you know... Hehehe... Cuma yalah di zaman IT ni dah tak nak lg guna buku teks...berat... Lg mudah guna e-book... Simple. Cute dan comel plak tu... Keberkesananya??? Kita tunggu dan lihat.
Penyerahan e-book ni utk PKG Paka dibuat pada 25 Jun baru2 ni. YB MB, Dato' Ahmad Said telah menyempurnakannya di SMK Paka.. Agihan e-Book sama seperti Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) iaitu pada penghujung tahun dan kemudahan itu mesti dipulangkan kembali kepada pihak sekolahlah. e-Book ini dilengkapi perisian buku-buku teks sekolah rendah serta perisian tambahan termasuk al-Quran, doa dan amalan solat.Selain itu, dengan pelaksanaan program ini juga, Terengganu kini menyertai Portugal dan Venezuela iaitu negara yang menggunakan buku elektronik sepenuhnya menggantikan buku teks di sekolah. Pelaksanaan e-Book dengan akses Internet juga adalah usaha kerajaan negeri untuk meningkatkan capaian pendidikan bagi menyediakan tenaga kerja dalam era k-Ekonomi... Gitulah apa yang aku dgrlah... Apa pun tahniah utk Negeri Terengganu...

Dan ini dia gelagat murid2 ku.. Org ada e-book...Muka cikgu pun dah tak nak tgk lagi... huhuhu... Aku pun kadang2 join sama gak ngan budak2 ni... Tapi awas kata mereka... " Kalau rosak cikgu ganti..." Haru budak2 5 Arif ni... Apa-apa jerlah...


Sunday, July 5, 2009

KEM KECEMERLANGAN UPSR di DAHIMAH'S RESORT

29 Jun - 1 Julai 2009



Kem kali ni di Dahimah's Resort. Kali ni melibatkan 2nd group laks. Budak2 6 Dedikasi dan 6 Arif... Kali ni aku jadi fasi dan merangkap urusetia yg taklah sesetia mana pun... Yalah, kadang2 tercilok jgk... Kem ni pun sama jgk cam kem sebelum ni. Cuma utk kali ni diberi penekanan subjek Maths. Science dan Bahasa Melayu... Semua fasi dr SKRKBB1 jugak.
Perjalanan kem going smoothly seperti yg dirancang. Cuma ada ketika murid2 ni ada lah jgk yg melanggar peraturan yg tak sepatunya dilanggar... Peraturan kalau dah dilanggar... Silap2 bleh jgk mengancam keselamatan.. Tapi Alhamdulillah..semua under controlllll...
Guru2 yg terlibat sbg fasi di kem ni dah tentu guru2 yg mengajar 6D dan 6A. Utk Maths cikgu Zul dan K.Suria. Science dah tentu aku ngan Cikgu Din. Manakala BM Kak Noriada dan Cikgu Kamal... Kebetulan berpasang-pasangan... Pengalaman ngan Cikgu Din seronok. Byk jgk tuntut ilmu dr dia. Org lama dan berpengalamanlah katakan. Sikap yg aku suka kat Cikgu Din ni ialah... Dia suka merendah diri. Tabik spring utk cikgu Din. Toing..toing..toinggggg....Urusetia yg terlibat dalam kem kali ni dah tentu org kuat bab2 prog UPSR nilah... Sir Engku... Then, Azuan pun ada. Zanariah, K. Ti, Cikgu Hamdan, dan saper lg ek??? Yg pasti urusetia paling hebat dah tentu Kak Noriada... Sentiasa ceria menabur bakti... Huhuhuhu.... GB dan GPK 1 pun turun padang... Ustaz2 pun ada gak... Cikgu Alias pun ada jd Tok Imam. Time mkn durian (mlm last tak silap aku)...ada nampak kelibat Ustaz Din dan Cikgu Azrol... X silap pandang lah coz yalah aku ni kan cikgu rabun....
Apa pun, Aku sedikit terkilan jgk melihat beberapa org murid yang seolah2 datang ke kem ni hanya sekadar utk bersuka ria... Beralih angin jer... X bersedia utk menghadiri bengkel... X bersedia utk improve kelemahan dlm diri... X bersedia utk timba ilmu... Hemmm...langsung x pikir betapa susahnyer cikgu2 korbankan masa dan masa berasama keluarga sendiri semata-mata utk mereka. Dalam dewan, main... Cikgu sibuk tabur ilmu. Mereka wat deeerkkk jer...Langsung x beri tumpuan. Sedih tgk anak Melayu mcm tu... Ntahlah... Salah siapa. X perlu tunding jarilah nak salahkan siapa2 kan... Kat mana2 pun akan ada perangai budak2 mcm ni... Ntah bilalah nak sedar anak2 bangsaku... Apa pun... harapan dan doa ku sbg pendidik, semoga Allah memberi hidayah dan membuka pintu hati mereka ini utk menyedari betapa pentingnya ilmu utk kehidupan akan datang... InsyaAllah...

Jom... jengok2 aktiviti kat kem ni....

"Ni time Cikgu Din dok bg tips2 jawab Sains. Sesambil tu sesi betulkan urat pun ada jugak... (terapi dr Cikgu Din)"


" Makan dik oiii... Telan jerlah!!!"


"Jom Beriadah"

" Ni masuk tentatif program tak??? Pulun durian nampak???"

Ni gambar yg sempat aku snap pada waktu pagi time g joging ngan bebudak kat tepi pantai... Aku suka pada sang Matahari... Sinarnya dinanti2... Menyinari alam ni... Cantikkan ciptaan Allah SWT... SubhanaAllah...

mY MEmoRieS


Ingatan Untuk Mu... Ingatan Untuk ku

Ingatan Untuk Mu... Ingatan Untuk ku