Saturday, July 11, 2009

CIUMLAH INSAN BERGELAR IBU


" WALAUPUN IBU BAPA MEMBENCI & PILIH KASIH TERHADAP ANAK, TAPI TANGGUNGJAWAB ANAK TERHADAP IBU BAPA TIDAK AKAN TERHAPUS"




Orang kata aku lahir dari perut Ibu..
Bila dahaga, yang susukan aku.. Ibu
Bila lapar, yang suapkan aku.. Ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. Ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Ma!
Bila bangun tidur, aku cari.. Ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang.. Ibu
Bila nak bermanja, aku dekati.. Ibu
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah.. Ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya.. Ibu
Bila nakal, yang memarahi aku.. Ibu
Bila merajuk, yang memujukku cuma.. Ibu
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah.. Ibu
Bila takut, yang tenangkan aku.. Ibu
Bila nak peluk, yang aku suka peluk.. Ibu


" Jika salah seorang dr kedua2nya @ kedua2nya sekali sampai kpd umur tua dlm jagaan & pemeliharaamu, maka janganlah engkau berkata kpd mereka ( sebarang perkataan yg kasar) sekalipun perkataan 'Ah'. & janganlah pula engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yg mulia (yg bersopan-santun)".
( Surah Al-Israa: ayt 23)


Begitu indah & luhurnya apa yg telah Allah tetapkan di dlm al-Quran. Sesungguhnya Allah Maha Adil & Mengetahui apa yg ada di dlm hati naluri seseorang. Kita kena sentiasa ingat, apa jua yg dibuat oleh anak walaupun kecil diberi pahala oleh Allah. Hinggakan Rasulullah s.a.w bersabda " Seorang anak yg memandang muka ibu bapa pun satu ibadat". Belum lg tindakan yg lain seperti menjaga ibi bapa, memberikan kasih sayang, layanan yg baik, beri duit & merawatnya semua dijanjikan Allah dgn pahala. Seperti yg dijelaskan dlm Riwayat at-Tabrani ; " Berbaktilah kamu kpd ibu bapa kamu agar anak2mu kelak akan berbakti kepadamu".

Untuk mencari keredhaan ibu bapa tidak sukar. Kebanyakaan org tidak tahu, mereka hanya peluk & cium isteri, cium kekasih, pakwe, makwe & kwn2 tapi kita lupa utk mencium ibu bapa kita. Biasanya org kita hanya cium ibu bapa bila tubuh sudah terbujur... Masa itulah baru hendak cium dr kaki sampai ke kepala. Rasulullah s.a.w ada meneybut di dlm sabdanya,: " Siapa cium kedua-dua mata ibunya akan terhindar dr seksa api neraka."

No comments:

Post a Comment

mY MEmoRieS


Ingatan Untuk Mu... Ingatan Untuk ku

Ingatan Untuk Mu... Ingatan Untuk ku
There was an error in this gadget