Thursday, July 16, 2009

KAMILAH JAGOAN


Abdul Rahman Limbong Tunjuk Taring


" Milik Kami - Pasukan Rumah Hijau"





















SKRKBB1, 16 Julai 2009 - Temasya Merentas Desa 2009 telah ditamatkan dengan penuh kegirangan, kegembiraan, keseronokan dan yang sewaktu denganya oleh warga SKRKBB1. Acara Merentas Desa pada tahun ini telah diungguli oleh Kontinjen Rumah Abdul Rahman Limbong atau dikenali sebagai Kontinjen Rumah Hijau. Kejayaan pasukan ini memadamkan ramalan di bibir mulut mereka yang 100% confident kononya Pasukan Rumah Kuning akan menjuarai temasya kali ini... (Maklumlah sebelum acara merentas desa ni, pertandingan Bola Baling, Bola Jaring, Bola Sepak asyik memihak pd team mereka ajer... X mcm rumah Hijau asyik tercorot jer kan).

Sepanjang acara ini berlangsung, kerjasama dr semua pihak terutama warga SKRKBB1 (ni termasuk semua pekerjalah bukan guru2 jer), polis2 dan pasukan Rela amat bagus.. ( Bilangan mereka yg terlibat, x sempat nak tanya). Apa yg pasti temasya kali ini BEST ler jugak....

Tahniah untuk Pasukan Rumah Hijau sekali lagi yang berjaya menewaskan pasukan Rumah Biru, Rumah Kuning dan Rumah Merah. Berikut keputusan Merentas Desa 2009 yang dilakarkan dalam sejarah pada hari ini...

Johan : Rumah Abdul Rahman Limbong ( Rumah Hijau )
Naib Johan : Rumah Dato' Bahaman ( Rumah Biru )
Ke- 3 : Rumah Mat Kilau ( Kuning )
Ke-4 : Rumah Tok Janggut ( Merah )


Untuk mereka yang berjaya tahniah diucapkan. Kepada yg gagal cuba lagi. Semoga Jumpa Lagi pada tahun hadapan. Majulah Sukan Untuk Sekolah :0)




" Orang Kuat Temasya Apa2 Sukan SKRKBB1 : Mr. Kamal Baharin. Serius tuuuuhhh"


" Wajah ceria anak2 SKRKBB1 sebelum acara bermula"



"GPK Koko & GPK 1 melepaskan peserta Merentas Desa"


" Hadiah2 yg disediakan utk pemenag2"

" Cikgu Wan menyampaikan hadiah kepada pemenang cilik - Sukaneka Pra"

" Acara Merentas Desa Bermula"


" Jom Makan Roti + Ais krim "



" Post istimewa dr Kaum Hawa SKRKBB1"


" Kamilah Jogaon Terhebat Merentas Desa 2009"
"Kalau ada sumur di ladang,
Boleh kita menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Boleh kita berjumpa lagi..."

Dahhhh!!!!

2 comments:

  1. salam, sekolah ni kat mana ye? pulau tioman ka. tq

    ReplyDelete
  2. Salam... Pulau Tioman??? Ni kat tempat banyak pokok kelapa sawit daaaa....

    ReplyDelete

mY MEmoRieS


Ingatan Untuk Mu... Ingatan Untuk ku

Ingatan Untuk Mu... Ingatan Untuk ku

National Geographic POD