Monday, July 6, 2009

E-Book

E-book...


Apa tu??? Hemm...e-book ni adalah komputer riba atau buku elektronik yang memuatkan semua sukatan buku teks. (Kali ni utk Year 5 ).Sama isinya ngan buku2 tekslah... Exactly you know... Hehehe... Cuma yalah di zaman IT ni dah tak nak lg guna buku teks...berat... Lg mudah guna e-book... Simple. Cute dan comel plak tu... Keberkesananya??? Kita tunggu dan lihat.
Penyerahan e-book ni utk PKG Paka dibuat pada 25 Jun baru2 ni. YB MB, Dato' Ahmad Said telah menyempurnakannya di SMK Paka.. Agihan e-Book sama seperti Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) iaitu pada penghujung tahun dan kemudahan itu mesti dipulangkan kembali kepada pihak sekolahlah. e-Book ini dilengkapi perisian buku-buku teks sekolah rendah serta perisian tambahan termasuk al-Quran, doa dan amalan solat.Selain itu, dengan pelaksanaan program ini juga, Terengganu kini menyertai Portugal dan Venezuela iaitu negara yang menggunakan buku elektronik sepenuhnya menggantikan buku teks di sekolah. Pelaksanaan e-Book dengan akses Internet juga adalah usaha kerajaan negeri untuk meningkatkan capaian pendidikan bagi menyediakan tenaga kerja dalam era k-Ekonomi... Gitulah apa yang aku dgrlah... Apa pun tahniah utk Negeri Terengganu...

Dan ini dia gelagat murid2 ku.. Org ada e-book...Muka cikgu pun dah tak nak tgk lagi... huhuhu... Aku pun kadang2 join sama gak ngan budak2 ni... Tapi awas kata mereka... " Kalau rosak cikgu ganti..." Haru budak2 5 Arif ni... Apa-apa jerlah...


No comments:

Post a Comment

mY MEmoRieS


Ingatan Untuk Mu... Ingatan Untuk ku

Ingatan Untuk Mu... Ingatan Untuk ku