Monday, July 13, 2009

PISANG DAN HATI

MAAF DAN KEMAAFAN


Memaafkan dan melupakan apa yang telah berlaku akan melapangkan dan meringankan bebanan anda. Menyimpan dendam boleh mengakibatkan tekanan dan beban yang berat untuk ditanggung.



Langkah-langkah:

Ingat kembali apa yang telah berlaku.

Mengakui semua perasaan yang anda alami. Selalunya di sebalik rasa terluka atau sedih terdapat perasaan marah.

Luahkan perasaan anda dengan menulisnya, mengadu kepada kawan atau membiarkan diri anda melalui apa yang anda rasa.

Bertanggungjawab terhadap emosi-emosi anda sendiri. Walaupun anda berasa bersalah, anda mempunyai alasan-alasan sendiri terhadap emosi-emosi yang dialami. Terserah kepada anda untuk memutuskan bila masanya anda bersedia untuk berhenti daripada berasa marah atau tersinggung.

Beritahu kepada orang berkenaan mengenai kelakuannya yang telah menyinggung perasaan anda. Anehnya ialah anda tidak akan berasa benar-benar bersedia untuk memaafkannya sehinggalah anda tahu yang orang berkenaan telah mendengar dan memahami apa yang anda luahkan.

Cuba memahami pandangan orang lain, walaupun anda tidak benar-benar bersetuju dengannya.

Bina semula kepercayaan dalam perhubungan. Kenalpasi mengenai sikap atau perlakuan yang boleh diterima pada masa akan datang, apabila tiba masanya.

Buat keputusan untuk memaafkan, dan ucapkan kemaafan anda kepada orang berkenaan. Apabila anda telah melakukannya, berusahalah untuk meneruskan perhubungan dan melupakan sama sekali perkara tersebut.

Petua-petua:

Anda boleh memaafkan seseorang tanpa membiarkan dia terus berkelakuan begitu; memaafkan bukan bermakna bersetuju.

Elakkan sikap mempertahankan diri. Lepaskan perasaan anda dahulu semasa orang yang bersalah itu tiada di hadapan anda - ini akan membantu interaksi menjadi lebih produktif.

Tunggu sehingga anda benar-benar bersedia untuk memaafkan. Hormati perasaan anda dan ambil masa selama mana yang anda perlukan.
"HANAN.COM.MY"


Semua orang melakukan kesilapan, dan bukan semua orang perfect.. jadi maafkanlah dia. Kalau boleh doakan dia agar diberikan hidayah dariNya..
Jom ikuti kisah dan teladan... PISANG & HATI...


Maryam, guru kelas Tadika menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid-muridnya. Setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari. Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci.

Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastic berisi pisang masing-masing. Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan biji. Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci.
"Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu. Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya" beritahu Cikgu Maryam.

Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang masing-masing di dalam beg. Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk Kanak-kanak itu mula merungutdan marah. Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau busuk. Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan.
Seminggu berlalu, pagi-pagi lagi murid-murid Maryam sudah bersorak. Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa.

"Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama seminggu?" tanya Cikgu Mayam.
Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih teruk lagi, terpaksa tidur, makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk.

"Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu" beritahu Cikgu Maryam.

Maryam mengingatkan anak muridnya supaya membuang jauh-jauh perasaan benci daripada membebani hidup. Kemaafan adalah yang terbaik. Menyayangi lebih baik darpada membenci…!

No comments:

Post a Comment

mY MEmoRieS


Ingatan Untuk Mu... Ingatan Untuk ku

Ingatan Untuk Mu... Ingatan Untuk ku