Saturday, July 25, 2009

SIAPA LEBIH EMOSI???

Emosi...

Andai bicara soal emosi, bagaikan lumrah lelaki sering terlepas daripada dilabel kaki merajuk atau individu yang cepat sensitif.

Andai emosi dikaitkan dengan lelaki sekalipun, gambaran tepat mungkin merujuk kepada sikap lelaki yang cepat naik angin atau kurang penyabar. Ini mungkin tempias dari stigma ciri-ciri maskulin yang ada dalam diri lelaki itu sendiri.

Secara tradisinya, lelaki sering dianggap kurang beremosi berbanding wanita. Benarkah begitu? Apakah lelaki hilang mancho andai mempamerkan emosi seperti menangis atau bersedih di khalayak ramai?

Dalam aspek lain, lelaki dikatakan lebih menonjolkan emosi andai berdepan dengan situasi kritikal seperti keadaan di mana hak atau sesuatu yang menjadi miliknya cuba dirampas. TIDAK PERCAYA? Cuba "USIK" lelaki yang sedang beratur untuk membayar bil & pintas gilirannya dengan berdiri di depan dengan selamba. Tentu lelaki itu naik angin, bukan???

Walaubagaimanapun, memang diakui, pada waktu tertentu, wanita akan menjadi terlalu emosional dan juga sensitif. Seelok-eloknya, jika sudah tahu seseorang itu jenis cepat emosional, elak dari membuat sesuatu atau mengeluarkan kenyataan yang boleh menimbulkan kesedihan atau kemarahan mereka. Mereka yang menyedari diri terlalu emosional pula, sewajarnya berusaha untuk mengawal emosi supaya tidak keterlaluan.

Daripada emosi jugalah lahirnya sifat kasihan dan kemanusiaan. Bagaimana kalau seseorang langsung tidak memiliki emosi??? Fikir-fikirkanlah...

No comments:

Post a Comment

mY MEmoRieS


Ingatan Untuk Mu... Ingatan Untuk ku

Ingatan Untuk Mu... Ingatan Untuk ku