Thursday, July 23, 2009

KEMBALI LAGI

HOSPITAL SULTANAH NUR ZAHIRAH KUALA TERENGGANU


Hari ini aku bertolak awal pagi ke sana. Seronok jugak berada di jalan raya waktu2 begini. Best memandu. X sibuk. Udara pun nyaman. X perlu pasang pendingin udara. Ini merupakan kali ke 3 aku ke sini. Kembali lagi....Sampai di sana... Fuhhh.. Mana nak park kereta??? Dah penuh... Rasa dtg dah awal.. Agaknya nak bertolak kul berapalah baru tak penuh parking ni ya...

Selepas semua proses pendaftaran selesai di unit kecemasan, maka langkah kaki diatur ke unit pembedahan di tingkat 3. Ramainya orang... Masing2 menunggu ahli keluarga yang dirawat... Pada riak wajah mereka... suram, x bermaya. Seolah-olah menhgarapkan sesuatu yang ajaib berlaku pada ahli keluarga yang terlentang di Bilik ICU...

Aku cuba memanjangkan leher yang tak berapa panjang ni ke Dewan Pembedahan Umum. Mak oii... Muka x nampak. Hanya 2 mata jer berkelip-kelip. Ada juga mata2 itu berselindung dek kaca mata jernih. Mask menyembunyikan wajah mereka yg putih bersih itu.. Semua serius... Mereka berbincang di satu sudut. Agaknya berbincang tentang pembedahan yang akan dilakukan.
Wajah doktor2 yang berulang-alik di unit itu, aku perhatikan seorang demi seorang. Air muka mereka tenang. Wajahnya bersih.... Sebersih dan setenang air jernih yang mengalir di sungai2 yang tidak dicemari. Skema gitu lagaknya... Huhuhu... Yalah, terpancar seri di wajahnya mungkin kerana pengorbanan dan tugas mulia menyelamatkan orang... Aku pernah dgr org berkata, wajah doktor bersih & berseri mukanya kerana menolong ramai orang, membantu mereka yang memerlukan... menyelamatkan banyak nyawa. Mulia sungguh tugas doktor.. Terima kasih doktor :0)

Sewaktu menuggu di ruang menuggu, aku tertarik memerhati satu keluarga yang sugul di ruangan itu. Ramai ahli keluarga mereka di ruangan itu. Aku cuba curi2 dengar apa sebenarnya yang berlaku. Rupa2nya seorang ahli keluarga mereka sedang berdepan melawan maut. Accident. Kritikal. Kata doktor 50-50. Pemuda tu berusia 21 tahun. Masih muda... Harap2 Allah dapat memberi peluang untuknya menikmati keindahan alam ini. Pemuda dari Kemaman itu koma. Sehinggalah pagi ini, barulah dapat membuka mata. Namun, kegembiraan itu seketika apabila doktor memaklumkan pemuda berkenaan perlu dibedah. Namun risikonya, pemuda berkenaan akan lumpuh. Berlinang air mata si ibu tua. Tangan tua yang terketar2 menyeka air mata yang gugur dr kelopak matanya. Terharu aku melihat senario itu.. Andai tak dibedah, mana lah sanggup si ibu hanya melihat anak terunanya terkelip2 ngan linangan air mata mencurah-curah. Si Ibu tahu, dibedah atau tidak peluang anaknya hidup tetap 50-50. Tapi, yalah... yang penting ikhtiar. Sementara itu, Si Abang bergegas ke surau untuk solat hajat. Memohon agar dipermudahkan segala urusan nanti. Si Ayah pula duduk beralaskan surat khabar di koridor kerana tempat menunggu dah dipenuhi orang. Tersentuh hati kecik aku melihat keadaan ini. X dapat aku nak bayangkan kalau aku di tempat mereka. Ya Allah, semoga dijauhi musibah sebegini.

Dalam asyik memerhatikan keluarga itu, pandangan aku tertumpu kepada sekumpulan manusia berbaju putih. Mereka tolak apa tu??? Uppsss... ada budak perempuan terbaring ngan kepala tertutup dgn penutup kepala warna hijau di stretcher. Badan dia pun ditutupi ngan kain hijau. Budak tu dibawa ke bilik pembedahan. Sakit aper laks tu.... Selang 30 minit, datang pula sekumpulan lagi manusia seperti tadi. Kali ini bawa pemuda berjanggut laks. Banyaknya wayar berselirat di muka, di hidung, di badan... Uhhhh... takut plak aku tgk.

Macamtulah keadaan di unit pembedahan. Betul2 lah mcm siri kat TV tu... ER.. Pengalaman baru aku di HSNZ.


Siapalah pencipta alat ni ya???. Angkut pesakit silih berganti ke Dewan Pembedahan.. Banyak jasanya ....

No comments:

Post a Comment

mY MEmoRieS


Ingatan Untuk Mu... Ingatan Untuk ku

Ingatan Untuk Mu... Ingatan Untuk ku