
Sejauh mana tekanan diri kita dalam bertolak ansur sesama individu. Begitu juga dengan tahap kesabaran diri kita, jangan terlalu mengambil mudah dalam hal sedemikian. Kesabaran dalam menghadapi sesuatu perkara perlu ada dalam keadaan yang sangat tinggi dalam seseorang. Jika tahap kesabaran itu adalah dalam sukatan minima, maka buruk padahnya. Kita akan dikenali dengan gelaran panas baran. Tetapi berdasarkan pengalaman, penyakit panas baran ini masih boleh dibendung dan boleh diperbaiki jika kita meyedari baik buruknya.
Bagaimana pula jika tahap atau nilai kesabaran individu tersebut di tahap yang tinggi? Sehinggakan individu-individu lain cuba mengambil kesempatan di atas kesabaran tersebut. Sehinggakan di mata individu tersebut terlihat dirinya seperti tidak bermaruah. Setiap perlakuan yang kita lakukan perlu ada toleransi iaitu bertolak ansur dan menggunakan kesabaran yang tinggi dalam menangani sesuatu masalah.Walaupun hanya bertolak ansur itu ada, tanpa menggunakan tahap kesabaran yang berpada. Seperti burung unta yang mebenamkan kepalanya ke dalam pasir, selama mana jika mampu menyembunyikan perasaan tersebut, tekanan itu tetap ada ....
Apa yg pasti tahap kesabaran sesorang itu ada batasnya...sebab kita manusia ni dikurniakan akal fikir untuk menilai mana yang positif n negatifnya..
ReplyDeleteSo...lihat situasi semasa...tahap kesabaran kita setakat mana...kalau melangkaui batas menyakiti jiwa dan raga maka sewajarnya kemarahan itu dilepaskan untuk menyejukkan suasana hati dan tekanan perasaan...