Thursday, May 28, 2009

PINTAR BAHASA

FIKIR-FIKIRKANLAH...



MANA YANG LEBIH BAIK...
" Menjadi orang yang selalu salah kerana tak faham, atau menjadi orang yang selalu salah faham."


SIAPAKAH YANG LEBIH TERHORMAT...
"Orang yang melawan sebelum kalah, atau orang yang mengalah sebelum berlawan"


SIAPAKAH SAHABAT ANDA...
"Yang selalu berkata benar kepada anda, atau yang selalu membenarkan kata-kata anda".


PELAJAR MANAKAH LEBIH CERDIK...
"Yang jawapannya semua betul, atau yang menjawab semua dengan betul".


MANAKAH CARA YANG BIJAK...
"Mengambil makanan sebagai ubat, atau mengambil ubat sebagai makanan".


SIAPAKAH YANG LEBIH PINTAR...
"Yang berusaha keras menambahkan bekalan, atau yang gigih mengurangkan bebanan".


MANAKAH SIKAP YANG BAGUS...
"Berusaha mencintai apa yang dimiliki, atau berusaha untuk memiliki apa yang dicintai".


SIAPAKAH YANG LEBIH HEBAT...
"Menjadi orang kaya kerana ilmu, atau menjadi orang kaya ilmu".


SIAPAKAH YANG LEBIH MULIA...
"Orang jahil yang malas belajar, atau orang alim yang malas mengajar'.


MANAKAH YANG LEBIH ANDA SETUJUI...
"Memohon disegerakan mati untuk cepat berjumpa dengan Allah, atau memohon dipanjangkan umur bagi menambahkan taqwa kepada-Nya".


Tepuk dada... Tanyalah iman...

No comments:

Post a Comment

mY MEmoRieS


Ingatan Untuk Mu... Ingatan Untuk ku

Ingatan Untuk Mu... Ingatan Untuk ku