Saturday, May 30, 2009

ADIK OH ADIK


28th, May 2009

"Satu2nya adik2 ku... Ayie"

Menjelang cuti sekolah pertengahan tahun ni... Aku dikejutkan ngan berita yg sebolehnya aku mahu elakkan.. Aku paling tak suka telefon berdering apabila ada ahli keluarga ku tiada di sisi. Apatah lagi pada waktu malam...Hujan plak tu... Bukan apa, mcm2 perkara negatif yang berlegar dalam kepala aku ni... Tetapi, akhirnya apa yg aku mahu elakkan itu menjadi realiti... Panggilan pada pukul 1o.45pm pada malam Jumaat tu nyata memberi aku tamparan hebat... Badanku terasa terhoyong-hayang...seperti semua darah terkeluar ntah ke mana... Kami adik beradik tak tahu mcm mana nak bg tahu kat mak ngan pak. Adikku, Ayie accident??? Mau pengsan mak aku kalau terus melulu kami g tau tentang perkhabaran buruk tu...Aku cekalkan semangat mengejutkan mak dari tidurnya... Perlahan-lahan aku menyusun ayat.. Terdiam mak... Air mata ajer menitis... Abg aku dah berkejar ke Pusat Kesihatan Paka seorang diri... Pak ngan sebujur tubuhnya yg dah dimamah usia bgn dr katil menyarungkan baju, mahu melihat keadaan adik... Kami menenangkan pak supaya bersabar menanti perkhabaran dari abang. Abang memaklumkan adik terpaksa dibawa ke Hospital Dungun.

Ambulan membawa adik ke Hospital Dungun. Manakala aku, abang dan Along mengekori dari belakang. Hampir 2 jam adik menerima rawatan di unit kecemasan. Jam hampir menunjukkan 3 pagi, doktor memberitahu kami, adik perlu di bawa ke Hospital Zanariah Kuala Terengganu... Luka di mukanya agak teruk. Hemm..x tido kami dibuatnya malam itu...

Pada pg itu juga,ambulan membawa adik ke sana. Along ikut serta manakala aku dan abang pulang ke rumah. Pukul 4 lebih adik tiba di hospital tu... Kami di rumah hanya berhubung ngan sms bertanyakan khabar adik drp Along...Kasihan Along seorang diri menemani adik. Ntah tido mcm manalah di sana...

Pg Jumaat tu, kami sekeluarga ke Kuala Terengganu. Di sana, adik ditempatkan di wad 5 (Melor) iaitu wad mata dan surgery. Mulanya doktor nak buat plastic surgery, namun setelah diadakan perbincangan ngan pakar... luka adik boleh dijahit. Pada pukul 9.00 pagi, adik dibawa ke Unit Kecemasan... Luka adik mula dijahit. Selama 2 jam lebih barulah adik dibawa keluar. Nak jahit kena teliti kata doktor. Takut tersilap,kerepot laks muka adik.. Kami bersyukur kerana semua selamat... Tunggu adik dibenarkan keluar wad jerlah lagi... Kasihan tgk adik... Mukanya aku tengok dah macam alien. Bengkak sana-sini... Tu lah.. asyik kuar malam... Cakap mak pak x nak dengar. Harap dijadikan teladanlah ya dik...
Adik terbabas dan cium divider jalan kat area Telekom Paka tu... Dia membonceng ngan kawannya, Faizal. Nasib Faizal baik coz mendapat rawatan sebagai pesakit luar... Syukurlah dia mengalami cedera yang tidak serius...

Aku pulak mcm mana??? Alamak..ada kelas Sabtu, 29 hb ni... Aku x dpt nak hadir coz masalah ni... Aku call KP Sc aku...Kak Maznah dan maklumkan padanya.. Kak Nah mintak aku jgn risau coz dia akan uruskan... Apa bleh buat... Bg aku family aku paling utama... X pelah.. InsyaAllah.. X ada keuzuran, x ada aral...Aku ganti ler balik kelas tu.... InsyaAllah...

Hemm... mcm2 bleh jadi ek... Dugaan Allah. Aku harap dan doakan adik cepat sembuh. Hrp2 muka alien dia tu x makan masa utk sembuh... Rawatan diteruskan lagilah pada Khamis nanti... X pelah... Kena ikut ckp doktor spy luka cpt sembuh... So, ke KT lg lah aku nanti...

Utk kakitgn Hospital Zanariah... Terima kasih aku ucapkan ngan rawatan dan layanan yg baik kami terima... Semoga perkhidmatan yang diberikan akan terus lebih cemerlang...


"Koleksi gambar Adik selepas terima rawatan. Gambar sebelum rawatan??? X sanggup nak amik coz???"

Apa pun.. sebagai manusia kenalah redha... Setiap apa yang berlaku ada sebab musababnya... Saper x sayang darah daging sendiri... Air dicincang x akan putus... Itulah hebatnya erti Famili... Susah senang tetap bersama... Kami sayang adik :0)

No comments:

Post a Comment

mY MEmoRieS


Ingatan Untuk Mu... Ingatan Untuk ku

Ingatan Untuk Mu... Ingatan Untuk ku
There was an error in this gadget