Thursday, May 7, 2009

Idolaku...Library ku...


Semalam 6 Mei 2009....
Selepas solat Maghrib... Aku tiba2 terpanggil untuk mendengar suara seseorang yg dah lama x bermain kat telinga aku ni... Akhirnya aku mendail no phonenya... Happy sangat dapat berborak panjang dengan si dia yang dirindui...Last time kami jumpa waktu cuti sekolah Mac tahun ni...
Kak Mashitah... Walaupun usianya agak jauh berbanding aku... (bagai mak nagn anak) namun aku merasakan dia begitu rapat dgnku... Tutur katanya, nasihatnya sentiasa menyentuh hatiku... Aku kagum dengan semangat cekal yg ada padanya... Kisah hidupnya cukup menyentuh hatiku... Istilah penat sentiasa diketepikan...

Walaupun di SK Sawah Dato', dia dikenali sebagai seorang yang tegas dan suka menyendiri namun tidak bg diriku... Kak Mashitah seorang yg komited terhadap kerjanya... Seorang guru sains yang sentiasa inginkan kejayaan cemerlang anak2 muridnya... Seorang guru Pusat Sumber yang disegani... dan Aku cukup bangga mengenalinya... Kerana dia.. Aku kenal apa ertinya hidup... Hidup x semestinya sentiasa berada di puncak... Ada kala terpaksa menyembah ke bumi... Umpama roda... Kadang-kala di atas, kadang-kala di bawah...Aku banyak belajar bagaimana menjadi seorang guru darinya...

Mengungkap kisah pertemuan kami... Semuanya bermula di perpustakaan SKSD (sekitar tahun 2005). Aku kasihan melihat dia bekerja sampai ke petang untuk menguruskan buku2 di perpustakaan... Aku dengan senang hati, menawarkan pertolongan... Aku sentiasa menemaninya di library apabila ada kelapangan... Sehinggalah akhirnya aku merasakan aku dan library macam tak boleh dipisahkan... Aku mula belajar cara2 untuk memproses buku... Menyediakan kad library, menguruskan sirkulasi buku menggunakan program SPSS... Malah, Aku juga akan turut serta ke PKG, Mersing apabila timbul masalah dengan program SPSS tu... Aku mula menganali org2 di PKG... Dan yg paling best dapat berhubung terus dengan pencipta program SPSS ni...

2007, Pusat Sumber SKSD telah berjaya mewakili Mersing ke Pertandingan PSS peringkat Negeri Johor... Alhamdulillah..kami berjaya memenangi tempat ke-4 kategori luar bandar. Kejayaan itu pun atas sokongan padu pihak pentadbir, Pn. Sabihah Sapuan... Direalisasikan pula oleh GURU-GURU SKSD yg sentiasa komited memberikan kerjasama dan menceriakan PSS SKSD.. Sporting cikgu2 nya... Tak pernah mementingkan diri sendiri.. Kerja2 yg dibuat penuh keikhlasan... Kami seronok...


Penghargaan ini aku terima pada 2007 sebagai Penyelaras Perpustakaan yang telah membawa PSS sekolahku ke peringkat negeri


Pada tahun itu juga (2007) buat kali pertama aku mewakili Mersing untuk menjadi hakim bagi salah satu pertandingan PSS peringkat Negeri Johor dalam kategori Jejak Maklumat... Jejak Maklumat salah satu pertandingan yang dianjurkan oleh PSN Johor setiap 2 tahun sekali... Selain Program Nilam... Jejak Maklumat juga satu pertandingan yang dinanti2 kan... Aku mula didedahkan dengan aktiviti ini yang merupakan pengalaman pertama aku... Sekolahku juga menyertai pertandingan ini ke peringkat negeri.. Aku dengan kereta kecilku membawa 4 murid ke Sek. Tinggi Kluang. TAK 6527..kereta kelisa orenku itu meluncur laju ke Kluang... 1st time aku ke Kluang drive sendiri.. Nasib ada member aku kat sana... Atie... Thanks Atie, kalau tak..ntah2 sesat aku...

Kejayaan kami seterusnya... Memenagi Anugerah Kualiti Daerah bagi kategori Pusat Sumber Sekolah Rendah pada hari Anugerah Kualiti Pendidikan 2008 ... Alhamdulillah... Aku cukup2 berbangga... Usaha cikgu Mashitah selama hampir 5 tahun berbaloi... Kejayaan tu tak datang bergolek sebaliknya memerlukan pengorbanan masa dan juga tenaga... Apa yang dilakukan dengan ikhlas pasti mendapat pulangan yang amat bermakna... Namun itu semua kenangan manis aku di bumi Mersing... Aku kenalah akur ngan ketentuan tuhan... Ucapan Selamat Tinggal terpaksa aku zahirkan di mulutku ini walau hati seolah2 memberontak dari menzahirkan ucapan itu ...


Inilah dia... Anugerah yang kami perolehi pada hari Anugerah Hari Kualiti 2008


Kini... Aku semakin jauh dari dunia library... Aku tidak pernah menjejakkan kaki ke gedung ilmu di SKRKBB1... Apabila terpandang library..aku rindu suasana di Perpustakaan SKSD...Aku jadi rindu pada si dia yang sentiasa menanti kehadiran ku di Kutub Khanah itu... Aku sayu meniggalkan anak2 didik ku... Pengawas PSS yang telah aku latih menguruskan sistem Sirkulasi SPSS dari usia 9 tahun... Teringat bagaimana mereka bersungguh2 memegang mouse... tercari2 kekunci pada key board untuk menguruskan sirkulasi buku... Datang pada hari minggu menyampul buku... menyusun buku...mengecop buku..membersihkan library...menampal bar cord... Aduh!!! Rindunya saat itu... Kenagan tinggal kenangan... Semoga penggantiku sebagai Penyelaras Perpustakaan SKSD dan merangkap sebagai guru Pembimbing Kelab PSS SKSD akan terus cemerlang dan lebih cemerlang dari usahaku... Dan yang paling penting... Tidak membiarkan Kak Mashitah menguruskan sendirian perpustakaan itu...




"Penyelaras PSS SKSD bersama-sama Pengawas Pusat Sumber Sekolah SKSD"

Doaku...agar PSS di SKSD terus cemerlang.. gemilang..dan disegani sehingga ke akhirnya... Amin...


Untuk Kak Mashitah....

Semoga Kejayaan Terus Menjadi Milikmu .... May Allah bless you...

Lots of Love....

No comments:

Post a Comment

mY MEmoRieS


Ingatan Untuk Mu... Ingatan Untuk ku

Ingatan Untuk Mu... Ingatan Untuk ku