Saturday, May 9, 2009

Maktab Perguruan Sultan Mizan

2003

Aku mengikuti KPLI di Maktab Perguruan Sultan Mizan... Setahun aku di sana.. Pada mulanya aku memohon utk mengikuti kursus KPLI - Biologi. Aku ditemuduga di maktab ini jugaklah...Jurusan Biologi... Mcm2 ditanya aku tentang Biologi ni... Pasal Histologi, Fisiologi, Anatomilah... Hem..tapi alih2 aku dpt tawaran KPLI rendah-pengajian sains... Frust jugak pada mulanya... Nak x nak, terima ajerlah
Rupa2nya seronok jugak dok maktab ni... Di Kota Putra ni suasananya seronok... tenang, aman, nyaman... Best jugak dok di Besut ni.. Suasana kg nelayan mententeramkan di sana. Di maktab ni, aku memangler amik major Sains, tetapi minor PJK dan BI. Seronok rupanya dok padang... Time PJ..paling best... Terpaksalah berperangai mcm budak2 kecik coz namanya akan ajar budak sek rendah kan... Release tension... Aku dilantik jd Penolong Ketua Unit... Tetapi selalu jgk kena booommm dek kakak2 dan abg2 yang lebih berusia dr aku... Time tu akulah paling muda dalam kelas. Ada lglah 2,3 org yg sebaya.. X kisahlah janji sporting... Suka duka tu ada di mana2 sahaja kan??? Begitulah jgk kat sini.

En. Arif..hem dia nilah yg urus kami kat kelas tu .. Kelas Sc Rendah 2... Classmate semua dr pantai timur... Tu yg best coz satu kepala.. Speaking pun jap2 dialek Ganu... Jap2 dialek Kelate... Time kelas Inggeris mulalah haru... Asyik nak tergelak jer.. Lecturer pun pening... Dpt lecturer pun cukup best..Mr. Albadri... Tak kering gusi.
Kat bawah ni...antara aktiviti kami kat MPSM...

"Bersama-sama classmate dan En. Arif ke Pulau Perhentian"

" Ni hamper kami!!! Sewaktu pertandingan Bola Tampar MPSM... Dpt Naib Johan jer...."


" Uniform yang wajib dipakai ikut Unit Badan Uniform masing2 pada setiap hari Ahad (selang seminggu jer)"


"Aktiviti yang paling mencabar & paling seronok bagi akulah sewaktu Pendidikan Luar - PJ"

Belajar kat maktab senang score... Tak seteruk aku kat U dulu... Kami praktikum di 2 buah sekolah.. Pada fasa pertama aku dan Lini ditempatkan di Sk. Lubuk Kawah, Jerteh.. Then pada fasa ke-2, kami semua ke Kuala Terengganu... Kali ni aku tukar pasangan plak.. Aku ngan KID ke Sk. Banggol Katong, KT. Kat sek ni best tau... Suasana kg... Ada jer budak2 antor durian dan duku... Kebetulan musim buah... Susana kat kg ni betul2 kg... Menghijau dgn pokok2... Org2 kg dia pun baik2... Masih hormat pada guru... Best sgt...

"Praktikum kat SK Banggol Katong... Ajar PJ year 2"

" Jom makan... Hari last kat Kg Banggol Durian... Jamu budak2 SK Banggol Katong makan"

Apa pun... Pengalaman setahun di Besut ni cukup bermakna... Harap2 dapat lg ke sana suatu hari nanti... InsyaAllah....

No comments:

Post a Comment

mY MEmoRieS


Ingatan Untuk Mu... Ingatan Untuk ku

Ingatan Untuk Mu... Ingatan Untuk ku