Friday, January 30, 2009

Jom Try Nasi Dagang Ganu Kiter...






***********************
RESEPI NASI DAGANG
***********************


Nasi Dagang Terengganu


  • 3 cawan beras
  • 1 cawan beras pulut
  • sedikit halba
  • 2 cawan santan pekat
  • garam secukup rasa
  • 3 helai daun pandan

Bhn utk DiMayang

  • 10 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 4 cm halia
Cara-cara membuatnya

1.Beras dan pulut disatukan dan dibersihkan.Rendam semalaman.
2.Ambil periuk pengukus dan belah dua atau tiga daun pandan kemudian aturkan silang
menyilang atas periuk pengukus. Tujuannya bagi mengelakkan beras daripada banyak jatuh
kedalam lubang pengukusdan baunya yang sedap. Kukus hingga masak.
3.Apabila sudah masak masukkan pulut kedalammangkuk besar. Gaul dengan santan yang
telah dibubuh garam, bahan-bahan yang sudah dimayang serta halba sehingga samarata.
4.Kukuskan sekali lagi sehingga nasi tanak.
5.Angkat nasi dagang sudah dimasak dan hidangkan bersama gulai nasi dagang dan acar.


GULAI IKAN TONGKOL UNTUK NASI DAGANG
  • 1 ekor ikan tongkol/tenggiri..(potong, bersih, kukus/rebuskan dengan 6 keping asam keping garam secukupnya
  • 3 s/b rempah kari ikan
  • 2 s/b cili mesin
  • 4 ulas bawang kecil....tumbuk halus
  • lengkuas...tumbuk kasar
  • 2 cawan santan pekat
  • 1 s/b gula merah
  • 1 s/b kerisikair asam jawa secukupnya
  • minyak untuk tumis
  • cili api
  • belimbing buluh

Cara memasak:

1. Tumiskan bawang sehingga wangi. Masukkan cili dan rempah kari yang dibancuh dgn sedikit

air asam jawa. Biarkan garing.

2. Masukkan rebusan ikan dan santan. Biarkan mendideh.

3. Perlahan api dan masukkan kerisik, gula merah, belimbing buluh dan cili api

4. Biarkan api perlahan-lahan sehingga gulai naik minyak.

ACAR TIMUN

  • Timun
  • Lobak Merah (Carrot)
  • Cili merah & Hijau
  • Bawang Besar
  • Cuka, gula dan garam
  • Air kapur
Cara membuatnya.

1. Timun dipotong 2 inci dan buangkan biji tengahnya. Mayang halus saperti batang macis.

2. Lobah merah, cili merah & cili hijau dimayang halus saperti timun juga.

3. Bawang besar dibelah 2 dan mayang halus juga.

4. Rendamkan semua bahan yang dimayang dalam besen besar yg berisi air kapur selama 30
minit. Tapiskan dan biarkan sehingga kering.

5. Gaulkan gula, garam dan sedikit cuka sehingga sebati.

6. Masukkan semua bahan dalam bancuhan cuka. Gaul rata.

7. Hidangkan bersama nasi dagang.

1 comment:

  1. Ni dapat resepi kot laman web jgk.. Kongsi-kongsi... Bukan terrer wat pun... Ni nak bljr ni... Itu gunanya dunia it.. semua di hujung jari.. dah dapa pakat kongsi dehh..

    ReplyDelete

mY MEmoRieS


Ingatan Untuk Mu... Ingatan Untuk ku

Ingatan Untuk Mu... Ingatan Untuk ku

National Geographic POD