Thursday, December 2, 2010
SIAPA TAK PERNAH MENANGIS???
Siapa yang tak pernah menangis...
Di hujung setiap ketawa
Dan lupa...
Siapakah di antara kita
Yang memalingkan muka
Ketika mendengar kalimah tuhan...
Banyak bakti yang dapat diberi
Sepanjang hidup yang sesingkat ini
Lautan manusia
Berombakan nafsu
Kebenaran terdampar di pantai kecewa...
Air mata seperti mutiara
Apakah itu rasa keinsafan
Rintihan dari hati yang rindu
Apakah itu hakikat cintamu
Wednesday, December 1, 2010
MENGALAH
MAAF
Tuesday, November 23, 2010
CHORAL SPEAKING

" RUN... RUN... AS FAST AS YOU CAN !!! YOU CAN'T CATCH ME...." I'M THE GINGERBREAD MAN!!!
Cerita pasal Choral Speaking nih, inilah pengalaman pertama terlibat secara tidak langsunglah. Choral Speaking ni adalah salah satu persembahan sempena Hari Anugerah Cemerlang yang berlangsung 10 November 2010 di SKFSR. Walaupun aku ni Cg BI celup, tapi x kisahlah... Amik peluang belajar benda baru...

Persembahan Sewaktu Hari Anugerah Cemerlang 2010 SKFSR
X sampai seminggu latihannya, tapi hasilnya NOT BAD... Kira oklah... Kali pertama dan kali terakhir bekerja dgn Maz... Dan kali pertama jugak bekerja dengan Sir Engku... Tapi ni kali yg lebih dari sekali bekerja ngan Dibah. Kesimpulannya...team ni kira OK!!! Dia org ni rajin dan sungguh2 time wat keja... Hehehehe... Bodek ke ni??? X adalah... Ikhlas cakapnya nih...

~Latihan sebelum hari persembahan~
Apa pun tahniah jugak utk murid2 yang terlibat... Walaupun x kenal mereka sangat, tapi komitmen mereka, Alhamdulillah... Bagus!!! Ermmm...siapa tahu, ada rezeki tahun depan bleh tunjuk skill yang hebat lagi... InsyaAllah...
Lastly, nice work guys... Untuk Maz, harap dpt jadi kenangan terindah sebelum melangkah ke sekolah baru.. Will be Miss U, sis :) Sayonara....
USAH DIBENCI PELAKU MAKSIAT

Saturday, November 20, 2010
BERILAH KERANA ALLAH

Sering terdengar kekesalan dan keluhan, "Dahulu sewaktu dia dalam kesusahan bukan main baik minta pertolongan kepada kita, kita pun berbesar hati tolong dia; sekarang bila tiba giliran kita dalam kesusahan langsung dia tidak ingat, apatah lagi hendak menghulur bantuan."
Kerana untuk menolongnya, pasti kita terpaksa menanggung beban masa, tenaga dan mungkin juga wang. Jadi sekiranya kita mencurah masa, tenaga dan wang untuk membantunya; perlulah kelak menerima balasan setimpal. Sekurang-kurangnya bila kita susah, dia juga patut melakukan perkara sama.
Akibatnya ramai yang menjadi kecewa, dan budaya tolong menolong antara satu sama lain diganti dengan budaya penting diri sendiri dahulu sebelum orang lain. Kita akan hanya berkorban jika habuannya setimpal atau lebih besar. Budaya ini menular hebat dalam masyarakat; daripada penuntut-penuntut ilmu di pusat pengajian sehinggalah kepada pemimpin-pemimpin politik.
Adalah menjadi fitrah manusia itu akan senantiasa pertimbang kos dan manfaat, baik dan buruk sesuatu perkara sebelum membuat keputusan. Cuma malang sekali apabila manfaat tersebut dilihat dari neraca duniawi. Habuan yang diharapkan semuanya dalam perkara keduniaan: harta, pengaruh dan lain-lain.
Allah menceritakan keadaan orang-orang baik (al-Abraar) di dunia dan balasan mereka di Akhirat kelak:
[5] Sesungguhnya orang-orang yang berbakti (dengan taat dan kebajikan), akan meminum dari piala: sejenis minuman yang bercampur dengan "Kafur", -
[6] Iaitu sebuah matair (di Syurga), yang diminum daripadanya oleh hamba-hamba Allah (yang taat); mereka boleh mengalirkannya (di tempat-tempat tinggal mereka) dengan aliran yang semudah-mudahnya dan menurut kemahuannya.
[7] (Mereka dikurniakan kesenangan itu kerana) mereka menyempurnakan nazarnya (apatah lagi yang diwajibkan Tuhan kepadanya), serta mereka takutkan hari (akhirat) yang azab seksanya merebak di sana sini.
[8] Mereka juga memberi makan benda-benda makanan yang dihajati dan disukainya, kepada orang miskin dan anak yatim serta orang tawanan,
[9] (Sambil berkata dengan lidah atau dengan hati): "Sesungguhnya kami memberi makan kepada kamu kerana Allah semata-mata; kami tidak berkehendakkan sebarang balasan dari kamu atau ucapan terima kasih,
[10] "Kami sebenarnya takutkan Tuhan kami, takut Ia kenakan kami azab hari yang padanya muka orang-orang yang bersalah: masam berkerut-kerut".
[11] Dengan sebab (mereka menjaga diri dari kesalahan), maka Allah selamatkan mereka dari kesengsaraan hari yang demikian keadaannya, serta memberikan kepada mereka keindahan yang berseri-seri (di muka), dan perasaan ria gembira (di hati).
[12] Dan kerana kesabaran mereka (mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya), mereka dibalas oleh Allah dengan Syurga dan (persalinan dari) sutera.
[92] Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi. Dan sesuatu apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.
Aduhai celakalah kita kerana tertipu dengan dunia. Mata hati kita tertutup daripada melihat kehebatan Syurga dan kehinaan dunia. Akhirnya berapa banyak persaudaraan dan persahabatan yang putus kerana kecewa akibat pertolongan yang tidak berbalas. Marilah sama-sama membudayakan amalan orang-orang baik; berilah semata-mata kerana Allah!
Saturday, November 13, 2010
LET BYGONES BE BYGONES
~Izzati Ramli & Iqbal Taufik~
Thursday, November 11, 2010
INSYAALLAH... إن شاء الله


Wednesday, November 10, 2010
SALAHKAH WANITA TIDAK TAHU MEMASAK???
KALAU LELAKI TIDAK BOLEH JADI IMAM???

Syarat utama seorang lelaki mesti boleh menjadi imam! Walau ada yang kata , jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup... Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai. Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya. Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi dari gaji suami. Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam. Ilmu bermain video game di komputer dirasa lebih perlu.
Sunday, November 7, 2010
السلام عليكم

mY MEmoRieS
Ingatan Untuk Mu... Ingatan Untuk ku
