Saturday, April 11, 2009

PICKLING


PEKA (SCIENCE PRACTICAL WORK ASSESSMENT)

Baru2 ni ada wat PEKA Science Year 6... Watlah pasal pickling... Bukan main seronok student aku kat 6 Dedikasi tu... Bersemangat... Bawak betik, mangga... Hem terliur aku dibuatnya... Ada plak yang sanggup mintak betik dari rumah makcik yang dok berjiran ngan sekolah... Bukan reti nak kongsi 3,4 biji dimintaknya... Baik pulak makcik tu bagi...
















Sesi menjalankan experiment pun bermula... Aku pantau jer.. Kdg2 risau gak tgk budak2 main pisau... Terutama boys... Alih2 aku jgk yang kupas kulit... Tukang potong buah2 tu...
Seronok tgk they all bersungguh-sungguh... Mcm2 gaya... Yang aku suka tgk... mereka bekerjasama... Teringat cerita kartun kegemaran anak sedara aku Ejah... Wonder Pets...
" Apa yg penting???

Hasil mangga yang telah siap dipotong

Ada laks lupa nak bawak cuka... Hem sasarannya kantin sekolah... Pergi pulak mintak cuka ngan makcik kantin... Tulah..aku dah pesan suruh bawak..LUPA!!! Yg bawak gula... Hem..berkilo2... Mcm nak kenduri dibuatnya...

Ha.. Kat bawah ni gelagat dia org tgh jalankan aktiviti...


Ni student aku paling kepo... Kimi namanya... Hem.. Keja memang bagus... Bab mulut pun tak usah nak cakaplahhhh..

Ini Hafizuddin... Kdg2 panggil dia Joyah... Bukan tgn jer bergerak.. Mulut pun bukan main sama laju.... Tapi kalau tak ada mereka sunyi plaklah kelas tu....


Inilah salah satu hasil "pickling" yang telah disiapkan oleh mereka... Nak rasa??? Berani ke??? Dijamin halal... Tapi apa yg penting kebersihan tu yang diutamakan... Cara penyediaan dijamin 100% suci lagi bersih... :0)

Friday, April 10, 2009

Round2 Penang

14 Mac 2009
(Sampai juo aku ke Penang pada pg 15 Mac, 4.00am.. Sempat lg bakal pengantin dtg jemput kat terminal Butterworth)

Cuti kali ni aku ke Penang.. Sebenarnya nak penuhi undangan X h'mate aku kat Mersing dulu... Emilia Yahya... 15 Mac selamat dia diijabkabulkan ngan Prince Charmingnya... Famili Emy cukup sporting... Tak janggal kami org asing ke rumah mereka di Kepala Batas...
After majlis, mlm tu jgk pasangan pengantin baru ni bwk aku ngan Aida (h'mate aku paling ceria) g pekena Char Kuey-Tiow... Then kami round2 Penang... Beli jeruk sekali... Hemm..X taulah bila lg bleh ke sana...


Ni time Emy kat kedai pengantin... Br pah siap make up.. Hemm.. Wajah ceria nak melangkah ke alam baru... Gerbang perkahwinan..



Sekitar Majlis Selepas Akad Nikah kat umah Emy..(Akad nikah kat masjid..X ada gmbr time tu)


Round2 Penang

Ni time g Balik Pulau.. Rehat jap kat park kebun buah2an...


Amik pengalaman naik feri....

KE BUKIT BENDERA???

( Ayu, Emy, Aida)

Monday, April 6, 2009

1 Arif In Progress...

Welcome....
4 April 2009....

Ptg Sabtu tu... Aku tekad g sekolah... Nak wat sesuatu kat kelas 1 Arif... Aku nak pujuk mood aku yg betul2 tertekan... Nasib tak giler... Huhuhu... Nak mengajar..aku kena ceriakan kelas aku dulu... Baru aku ada mood...Bukan senang nak pujuk hati yang tengah sedih... Siapa lg yang nak tolong pujuk kalau bukan diri sendiri... Dah jadi pael aku... time sedih... Aku suka wat keja sampai aku rasa letih..Malas nak pikir hal2 merumitkan hidup..hal2 manusia yg bermacam2 lagaknya... Better aku buat sesuatu yg menggembirakan...

2 hari aku dgn bantuan famili yg sentiasa memahami, kerah tenaga nak ceriakan kelas aku tu... Aku selalu tanya pendapat mereka... Bg aku..famili aku adalah sesuatu yg amat berharga dlm hidup aku... Mereka tak pernah buat aku keseorangan... Sentiasa menolong time diperlukan... Kdg2 kasihan jgk mereka bila bersungguh2 tolong aku... Termasuk kakak ipar aku...

Jom tgk kelas 1 Arif yg dlm proses nak jadi kelas... Huhuhu... Kasihan budak2 KIA tu kan... Dah lah lemah..dpt laks kelas yg tak terurus... Biarlah korbankan sedikit masa utk mereka... Utk anak didik aku jgk... Ank Melayu... Aku org Melayu...tolonglah org Melayu kan???

1 Arif... Berilah aku sedikit lg masa utk bantu penghuninya mengenal huruf...tahu membaca dan menulis... Tu azam aku utk thn ni... Hrp2 dimakbulkan Allah... Jom tgk kelas 1 Arif... Belum siap sepenuhnyalah..ada mcm2 lg dlm kepala ni utk 1 Arif ni.... Wat sket2... Teringat kata2 Dr kesayangan aku kat U dulu.. Prof Madya Dr.Effendy... "Plan your work...Work your plan..."


Haa... Ni org kuat aku... Hehehe... Dia org pun join sama... Tolong sama tau... Tlg memeriahkan suasana... Tolong mak sedara dia ni jd lebih putar alam jadinya....






Ok tak??? Bolehlah utk permulaankan??? Pah settle hal ni... Tugas utama aku adalah ajr mereka samapai pandai membaca... Tiada lg buta huruf.... Cheee...wah!!! Yalah tu... InsyaAllah... Kalau diizinkan... Aku cuma merancang..tuhan yg menentukan...


Chayoo!!! Chayooo!!! CHAYOOOOOOO!!!

1 Arif

Assalamualaikum...

Dah lama tak update blog ni... Bz lah katakan... Nasib aku seorang guru biasa...
Saat yang aku nantikan akhirnya muncul jugak... Walaupun selama ini jadi teka-teki siapa yang bakal memegang kelas 1 Arif di SKRKBB1, hati kecil aku ni tetap yakin yg aku pastinyer akan jd guru kelas utk kelas baru tu... Tanggal 22 March 2009 ngan rasminya aku dinobatkan sebagai guru kelas 1 Arif... Huhuhu... Suka ker aku ni??? Actually aku dah bersedia kot dari segi mental dan fizikal...

Bukan aku nak menolak tugas... Tapi yalah... Bukan mudah nak hadapi Budak2 KIA... Pening, tension...takut.. mcm2 lg lah yg bermain dlm kepala dan jiwa aku ni... Bukan aku tak ada pengalaman sebagai guru kelas tahun 1... Tapi nak ajr mereka membaca... Uhhhh... betul2 memerlukan kesabaran yg cukup tinggi... Aku ni bukan cikgu BM... Mcm mana ni???Tapi tak pelah...Aku terima jgklah sebagai cabaran... Syukur Cikgu Amin, GB aku byk bg support dan tunjuk ajar serta kongsi pengalaman mengajar dgr aku... Thanks sir....


Hem.. nak tgk kelas yg diamanahkan kat aku???Tambah tension tau bila dpt kelas macam tokang pecah... Mak oiii...Apa aku nak buat ngan kelas yg tak rupa kelas ni... Nak belajar environment mestilah kondusif... Kalau tak????Ya Allah... Kuatkanlah semangat hamba mu ini... Masa ajerlah yg menjawab... Hemm... jom tgk keadaan kelas aku at 1st aku melangkah ke kelas ini....




So... What should I do??? Tak boleh jadi ni... Cekalkanlah hati Ayu... Baiki sket2... Janji biarlah kelas tu ruper kelas ya takkkk.... Wat sket2... InsyaAllah...

May Allah bless me....


Wednesday, March 11, 2009

ZIKIR PENENANG HATI

BACALAH BISMILLAH


ABDULLAH BIN JABIR menceritakan bahawa dia mendengar Rasulullah berkata, apabila seseorang membaca Bismillah ketika hendak masuk ke rumah dan ketika hendak menjamah makanan, maka syaitan akan berkata kepada kawan2nya, "Malam ini tidak adalah tempat untuk kalian bermalam dan tiada juga makan malam"
Kata Rasulullah lagi, apabila seseorang tidak membaca Bismillah ketika hendak masuk ke rumahnya, maka syaitan akan berkata kepada kawan2nya, "Malam ini kalian akan mendapat tempat bermalam"
Sambung Rasulullah, apabila seseorang tidak menyebut Bismillah ketika hendak makan, syaitan akan berkata kepada kawan2nya, "Sekarang kamu dapat tempat serta makan malam!".
Riwayat Muslim

KAMI



INSPIRASI....
Adakah kita rasa sendirian di muka bumi? Tiada teman, tiada rakan dan tiada saudara ketika dilanda masalah? Ingatlah bahawa Allah tetap bersama walau di mana jua kita berada. Kita sebenarnya tidak keseorangan kerana itulah janji Allah seperti firman-Nya dalam surah al-Hadid (4) : " Dan Dia (Tuhan) tetap bersamamu walau di mana jua kamu berada".

Thursday, February 19, 2009

MUtTIArA KaTA

"HIDUP TIDAK BOLEH BERPANDUKAN PERASAAN HATI YANG KADANGKALA BOLEH MENJAHANAMKAN DIRI SENDIRI. PERKARA UTAMA HARUS KITA FIKIRKAN IALAH MENERIMA SESUATU ATAU MEMBUAT SESUATU DENGAN BAIK BERLANDASKAN KENYATAAN"
"Hidup adalah gabungan antara BAHAGIA & DERITA. Ia adalah MENGUJI KETEGUHAN IMAN seseorang. Malangnya bagi mereka yang hanya MENGIKUT KEHENDAK HATI tidak sanggup menerima PENDERITAAN"
" KATA-KATA itu sebenranya tidak mempunyai makna untuk menjelaskan PERASAAN. Manusia boleh membentuk 1000 kata-kata, 1000 bahasa... Tapi KATA-KATA bukan BUKTI UNGGULNYA PERASAAN"
"Hanya LIDAH yang mahu BERDUSTA & BERBOHONG. Namun PANDANGAN MATA, AYUNAN KEDUA BELAH TANGAN, LANGKAH KEDUA BELAH KAKI DAN PERGERAKAN TUBUH atau SELURUH ANGGOTA BADAN akan menafikan apa yang diucapkan oleh lidah.."- Khalifah Ali bin Abi Talib
"HAL YANG MENYEDIHKAN DALAM HIDUP ADALAH KETIKA KAMU BERTEMU SESEORANG YANG SANGAT BERERTI BAGIMU DAN MENDAPATI PADA AKHIRNYA BAHAWA TIDAK DEMIKIAN ADANYA KERANA KAMU HARUS MELEPASKANNYA..."
"Kehidupan kita ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang. Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula kepada Illahi"
"REAKSI EMOSI JANGAN DITURUTI KERANA IMPLIKASINYA TIDAK SEPERTI YANG DIIMAGINASIKAN"
"Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah"
"Penglihatan itu sebagai panah IbLIs yang berbisa... maka siapa yang mengelakkannya kerana takut pada-Ku... maka Aku akan menggantikannya dengan iman yang dirasakan manisnya dalam hati..."
"Jangan menghina barang yang kecil kerana jarum yang kecil itu kadang-kadang menumpahkan darah"
"JANGAN PERNAH MENGUCAPKAN SELAMAT TINGGAL JIKA KAMU MASIH MAHU MENCUBA.. JANGAN PERNAH MENYERAH JIKA KAMU MASIH MERASA SANGGUP... JANGAN PERNAH MENGATAKAN KAMU TIDAK MENCINTAINYA LAGI JIKA KAMU MASIH TIDAK DAPAT MELUPAKANNYA..."

Friday, February 6, 2009

ANNUAL DINNNNNEEEERRR....2008 SKSD TIMOTEL, MERSING
























HeEMmmm... Ni last last time g dinner sama-sama... Satu sekolah kita g raikan diri kita kan... ???
Kenangan terindah antara aku dan warga SKSD, Mersing




mY MEmoRieS


Ingatan Untuk Mu... Ingatan Untuk ku

Ingatan Untuk Mu... Ingatan Untuk ku