Jom Camping!!!
Ni pengalaman pertama berkhemah kat SK (F) Seri Rasau... Seronok jugak walaupun diadakan secara sederhana. Letih memang dah tentu... Kerjasama warga sekolah... Alhamdulillah. Walaupun agak letih tapi FUN!!! 5 Unit uniform menyertainya. Ada Pengakap, Puteri Islam, Tunas Puteri, PBSM dan TKRS ( Tak Kisah RElax Sajerrr...)...
Malam BBQ semalam terkilan sket coz x ada jagung bakar seperti yang diplan. .. Tapi x perlah... Makan ayam pun ayamlahhh.. ( Ermm hilang perfume kami yang dok mengipas diganti dgn bau asap api )... Tapi x perlah coz perut kenyang. Aktiviti malam, dok pi panjat bangunan bertemankan lilin ( sorry coz gamabr x amik... Ngantuk punyer pasal sampai kamera pun x mampu nak klik! Yalah biasa kul 9 dah tido, ni dah tengah malam...)
Ada 5 pertandingan yang dipertandingkan sepanjang perkhemahan ni...Kawad kaki dimenangi oleh Unit Tunas Puteri, Pertandingan Memasak laks diungguli oleh TKRS, Pertandingan Ikhtiar Hidup oleh Puteri Islam, Gajet & Anyaman dah tentu Pengakap dan Persembahan yang cukup menghiburkan oleh Unit PBSM.. Pemenang Keseluruhan... TKRS... Tahniah!!! Hadiah disampaikan oleh En. Salman, GPK Koko...

" Nak g kawad ni... Time kawad x dpt amik gmbr coz kena jd hakim "

" Kerjasama... Kerja Sama -Sama "

" Sebahagian Gajet2 yang Dihasilkan"

"Ini dia jenput-jemput pisang yang dipertandingkan... Jemput Pisang 1 Malaysia"

" Ikhtiar Hidup ; Membuat Roti Lilit "

"Persembahan Dikir Barat PBSM ( Johan Persembahan) ; Tukang Karut paling sensasi... Cikgu Zul yang menghiburkan"
Semoga Berjumpa Lagi di Tahun Hadapan :0)