Monday, April 20, 2009

Di Sebalik Tangisan

KENAPA KITA MENANGIS?
Dari sudut sains, tangisan berguna kepada deria penglihatan, membasahkan dan melincirkan bebola mata serta memudahkan pergerakan buka dan katup pelupuk. Namun, manusia satu-satunya makhluk yang dipercayai menangis atas sebab emosi, sama ada sedih atau gembira...
Bayi, sering dikatakan menangis. Bayi tidak mampu bercakap dan menggunakan tangisan untuk berkomunikasi dan menyuarakan kehendaknya.
Tangisan mempunyai impak positif kepada psikologi. Perbuatan memendam perasaan dan enggan mengeluarkan air mata akan memberikan kesan negatif kepada tubuh. Jika kita menyorokkan perasaan, tubuh akan terdedah kepada masalah fizikal dan emosional... So.. menangislah... Tetapi, jika mahu menangis untuk menenagkan perasaan, adalah tidak mujarab melakukannya dengan memotong bawang atau menyapu minyak angin Cap Kapak...
Air mata juga dikeluarkan dalam insiden rutin harian kita, tanpa apa-apa pencetus emosi. Contonhya, kita akan menangis apabila mata dimasuki bendasing atau ketika mengupas sebiji bawang. Tatkala itu, air mata digunakan untuk mengeluarkan habuk atau anasir pengganggu yang tersekat di pelupuk. Tangisan ini tidak memberikan efek psikologi.
Perbuatan suka menangis berlebih-lebihan boleh pula memudaratkan... Ia mampu mengganggu struktur dan sistem neurotransmiter otak. Ia akan menjejaskan pembelajaran dan fungsi mengingat otak...
Selain itu, perbuatan ketawa dengan bersungguh-sungguh kerana terlalu gembira juga boleh mengeluarkan air mata. Hal ini kerana pergerakan otot muka ketika ketawa merangsang kalenjar lakrimal .(teringat time belajar BIO - Anatomi & Fisiologi Manusia dgn Dr.Effendy dulu). Situasi ini sama ketika kita menguap...
Air mata yang mengalir bukanlah sekadar cecair jernih, hanya diseka buang tanpa menyimpan apa-apa rahsia di sebaliknya. Tangisan turut mempunyai sumbangan penuh berharga kepada fizikal dan psikologi manusia - dengan menangis, kita mempelajari tentang suka dan duka di dalam dunia. Maka menangislah jika mahu, seperti kata bijak pandai, mereka yang tidak tahu menghargai tangisan tidak akan tahu menghargai ketawa...



" Tangisan Melegakan Keresahan, Walaupun Tidak Mampu Untuk Melenyapkan Segala Masalah..."

1 comment:

  1. aku setuju kalau ada pendapat mengatakan dengan menangis boleh meredakan segala kesedihan dan rasa tak tenteram dalam hati..pas tu lepas menangis pikiran kita akan kembali tenang dan boleh berfikir lebih rasional dan logis berbanding dengan sebelumnya..kalu tak caya cubalah...tp kalu ada cara lain buat le cara lain..bukan semua org boleh menangis dengan mudah..bila ada masalah ..terutamannya org lelaki..dengan luahkan perasaan pada org yang kita percayai pun ok gak..

    ReplyDelete

mY MEmoRieS


Ingatan Untuk Mu... Ingatan Untuk ku

Ingatan Untuk Mu... Ingatan Untuk ku

National Geographic POD