Thursday, July 9, 2009

PPSMI

Pembelajaran Sains & Matematik Dalam Bahasa Inggeris




Mata pelajaran Sains dan Matematik akan kembali diajar dalam bahasa Melayu di sekolah kebangsaan manakala bahasa ibunda di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan Tamil mulai 2012. Keputusan Kabinet hari ini mengubah dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang dilaksanakan pada 2003. Muktamad dr Timb. PM selaku, Menteri Pelajaran Malaysia.. Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Emmm... Bagi aku, ini satu keputusan yang bijak. Aku yakin ramai yg di luar sana pun bersetuju... Tak kisahlah walau bajet dah banyak tumpah, bangkangan lebih deras dari sokongan... Hasil pun tak begitu memberangsangkan. Better pikir strategi lain...

Personally, aku setuju jgk dengan PPSMI, tapi bukan bertujuan untuk memperbaiki penguasaan BI. PPSMI perlu untuk subjek sains itu sendiri. Konsep sains apabila diterjemah ke bahasa lain, kadang2 penggunaan kosa kata yang tidak begitu sesuai mengubah maksud. Then, rujukan pn lebih banyak in English (dalam peringkat yang lebih tinggi)... Kira PPSMI nih macam one of the preparation for future...cuma masalahnya... pelajar luar bandar yang kian ketinggalan. Yang scor akan terus mantap, yang tertinggal akan hilang mood. Hhmm... Sebagai contoh.. baru2 ni aku jaga exam utk pre-trial UPSR ...kelas last kat sek tu, budak2 semua termenung, bukan nak jawab exam tu, bila tanya kenapa tak jawab, "tak faham la cikgu, .. kami mana reti baca english.. Bahasa Melayu pun cukup makan" .. ni situasi sebuah sekolah kampung, sekolah bandar mungkin tak de la macam ni... Pikir2 balik... yap... kasihan budak2 kg ni... Hhurmm..kalo nk memperkasakan Bahase Inggeris tu, knp x tekankan je sbjek BI tu sndri? Dr sbjek BI tu, tekankan pmbelajaran brkenaan vocabulary, grammar, past tense..present tense..tense2...dll. Jadi x perlu la Math n Sains dlm BI. Aku dulu kt skola blaja Sains n Math dlm BM...tp bile msuk u, dua2 subjek tu kne blaja dlm BI...tp aku still lg bleh follow. X de ape mslh pn... Keputusan kabinet kira oklah tu. Belajar Sains & Math dalam Bahasa Ibunda. Utk bg budak faham sebenarnya dan tambah minat dlm kedua2 subjek tu. Then bila dah faham, masuk Form 6 dan Matrikulasi kira oklah nak belajar Sc & Math dlm English pun... Belajar makin lama makinlah tough... Sedia maklumlah...

Jadi selepas ini ... Harap x adalah lagi tindakan kurang wajar seperti tunjuk2 perasaan di kalangan masyarakat Malaysia (aku takut ngan rusuhan2 nih) kerana sepatutnya tidak ada lagi mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dengan apa yang telah kerajaan lakukan itu kerana ia mengambil kira kepentingan negara dan kemahuan majoriti rakyat. InsyaAllah...Tidak ada mana-mana negara di dunia ini yang membentuk dasar pendidikannya secara mendadak, tanpa memikirkan kepentingan murid dan kesediaan guru. Utk membuat sesuatu dasar perlu penyelidikan dan penelitian dan bukan hari ini cakap, tup2 terus on...Hanya cikgu2 yang berdepan dengan murid2 ni tahu dan faham situasi sebenar....Laporan, kajian kadang2 tak menepati... Sepatutnya, jadilah macam Khalifah Umar, kena gi sendiri, masuk sekolah tanpa keluar surat nak datang, duduk bersama pelajar ... Tgk dan fahami apa yang sebenarnya berlaku... Dan jangan pilih sekolah2 ternama sahaja utk dijadikan pengukur sesuatu dasar yang diputuskan...

4 comments:

  1. Bagi saya, penyampaian dan pemahaman pelajar yang penting..jadi untuk memudahkan pelajar memahami sesuatu pelajaran, bahasa ibunda lah pilihan yang tepat..

    Tiada gunanya kita mengajar dalam bahasa eng, jika pelajar tidak dapat memahami apa yang diajar......

    Kalau diajar dalam bahasa melayu pun, ramai pelajar yang tak suka belajar sciences n math, inikan pula kalo dua subjek ini diajar dalam bahasa eng, lagilah dua kali ganda pelajar tak suka.

    Dan satu lagi, kalo nak dibandingkan di bandar dan luar bandar, penguasaan BI pelajar bandr memang jauh lebih baik dari luar bandar.. Jadi kalo diajar dalam bahasa eng, maka pelajar luar bandar akan makin jauh ketinggalan (wlpun ada gak yg pandai BI, tp mungkin jumlah 5-10% sahaja-->mengikut pengalaman saya lah kan)

    Jadi untuk mengusai Bahasa eng, memang tiada jalan singkat, kena belajar bahasa eng dengan cara banyakkan membaca paper eng...

    mengenai beberapa istilah sains eng yg dimelayukan, sebenarnya sudah banyak istilah sains eng yg telah dimelayukan wlpun bukan 100%.. disebabkan oleh ppsmi, ianya kembali dilupakan.. Jadi, sekrang pihak DBP kena mempergiatkan lagi usaha untuk memperbanyakkan lagi istilah sains dalam bahasa melayu...

    Pihak kerajaan juga hendaklah banyak melaburkan duit dalam membantu penyelidik untuk menterjemahkan buku2 sains dan math yg terbaru ke dalam bahasa melayu.. Mungkin dengan cara memberikan insentif khas kepada penterjemah.. Ini secara tidak langsung akan meningkatkan lagi penggunaan bahasa melayu utk sains dan metametik...

    ReplyDelete
  2. “Tidak wajar sesuatu dasar pendidikan negara – seperti Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) – diputuskan berasaskan emosi dan persepsi, tanpa kajian dan perancangan rapi”, kata menteri besar Johor.
    “Banyak pemimpin politik luar dan dalam kabinet tentu hendak mencari kompromi. Orang politik suka berkompromi. Bila banyak komporomi, dia tidak boleh berpikir dengan rasional”.... Prof. Diraja Ungku Aziz.
    Semua pendapat tentang isu PPSMI ini berkepentingan untuk masa depan Negara. Apabila hendak melaksanakan sesuatu, perlu ada perbincangan... Libatkan mereka yang sepatutnya, ahli2 akademik... dan bukan hanya berbincang sesama sendiri tanpa ambil kira pendapat dan kemahuan rakyat... Percaturan dan perjudian sesuatu dasar tanpa melibatkan kajian yang menyeluruh dan kesan jangka panjang boleh memberi kesan negatif kpd pembangunan Negara...

    ReplyDelete
  3. kesimpulannya, kalo akademik dipolitikkan, pelajar lah yang akan jadi mangsanya... Sebenarnya akademil dipolitikkan telah lama terjadi di Malaysia, tetapi ahli politik tidak pernah mengambil iktibar dari kesilapan yang lepas :(

    ReplyDelete
  4. Setuju ngan kesimpulan Kamil tu... Harapan dan doa kita semoga tiada lagi eksperimen2 yg memudaratkan anak bangsa kita seperti ini... InsyaAllah

    ReplyDelete

mY MEmoRieS


Ingatan Untuk Mu... Ingatan Untuk ku

Ingatan Untuk Mu... Ingatan Untuk ku